HDO 8

15.4K 748 96
                                    


Olivia berjalan beriringan dengan Viviana semasa menuruni tangga sekolah dengan pakaian seragam sekolah masih melekat pada badan mereka berdua. Dalam pada itu mereka sempat bergurau senda sehingga Viviana sengaja menarik rambut panjang milik sahabatnya itu.

" Vivi sakitlah! ". Suara halus Olivia menaik sedikit tinggi seraya mengejar Viviana yang melarikan diri dengan segera. Semasa hampir sampai ke dua anak tangga terakhir kaki Olivia menjadi tidak stabil sehingga menyebabkan lututnya menghantam lantai dan jatuh.

Viviana yang awalnya ingin bergurau segera berpaling ketika mendengar bunyi dentuman seakan ada orang terjatuh. Dirinya terkejut sebaik melihat sahabatnya terduduk dengan lutut menyentuh lantai. Kakinya bergerak ingin membantu Olivia tetapi di sana terdapat empat orang pelajar lelaki berdiri tepat di depan Olivia yang di lantai.

Olivia meringis sakit dan secara perlahan merenung kaki yang berdiri di depannya saat ini. Wajah pelajar lelaki yang bernama Kyle terpampang di depannya. Lantas dia merenung ke bawah semula sambil cuba bangkit dengan sisa tenaga yang ada. Hampir dua anak tangga Olivia tidak pijak akibat berlari mahu mengejar Viviana tadi.

Kyle cuma berdiri dengan kedua tangan di dalam poket sambil menatap ke bawah tanpa sebarang kata. Begitu juga dengan tiga orang kawannya lagi. Viviana di hujung sana agak was was mahu ke sana memandangkan ada empat lelaki yang berdiri menghalang Olivia.

Olivia hampir menangis kerana malu bercampur dengan rasa sakitnya berhadapan dengan Kyle yang pernah memarahi dirinya. Kyle menjongkok merendahkan badan menatap Olivia yang melindungi wajahnya dengan rambut.

" Sakit ke? ". Suara perlahan milik Kyle keluar bertanya kepada Olivia yang menunduk. Dengan wajah yang panas menahan malu dan tangisan dia mengangkat wajah cuba untuk menatap Kyle. Kyle beriak biasa tapi pandangan tidak lepas daripada Olivia.

" Kau tak ada mulut ke nak jawab? ". Ujar Kyle lagi. Olivia kembali menunduk tapi kali ini dengan perasaan sedikit gerun selepas mendengar suara keras Kyle yang seakan menakutkan. Olivia mengapai begnya yang tergeletak di lantai dan cuba bangun.

Dirinya terlalu takut ingin berhadapan dengan Kyle dan kawan kawannya. Olivia menahan sakit, baru kakinya menapak untuk bangun ada dua tangan menyeluk bawah ketiaknya mengangkat dirinya agar berdiri dengan betul. Terbuka besar mata Olivia menatap Kyle malu dan terkejut.

Viviana di sana menekup mulutnya kerana terkejut dengan tindakan berani Kyle menyentuh Olivia sedangkan mereka tidak kenal atau dekat sama sekali. Kyle membongkok kembali mengambil beg milik Olivia lalu di genggamnya.

" Lain kali kalau perlukan bantuan tu cakap. Minta tolong, tak payah diam macam kayu. Kau ada mulut kan, ". Kyle menghapuskan jarak antara wajahnya dengan Olivia. Menatap seluruh wajah Olivia yang berubah merah. Olivia kekal diam dengan bebola mata yang besar merenung Kyle.

" Kalau kau ada mulut, guna baik baik. Kalau kau tak tahu macam mana nak gunakan mulut kau— Aku boleh tolong ajarkan Olivia.... ". Kyle mengukirkan senyuman tipis. Terlalu tipis sehingga orang yang melihat boleh menyalah ertikan maksud senyuman tipis tersebut.

Olivia mengundur sedikit takut, dia tak faham maksud Kyle tapi riak wajah lelaki itu nampak menakutkan. Olivia cuba mengambil begnya dari tangan Kyle tapi dengan laju Kyle menarik ke belakang seakan tidak mahu memberikan beg Olivia. Ketiga kawannya hanya ketawa kecil.

Tanpa henti kelopak mata Olivia berkedip kerana tindakan Kyle seakan mahu mengajaknya bermain. Kebetulan pandangan Olivia bertembung dengan Viviana yang semakin dekat ke situ. Dengan lirikan mata sedih Olivia memberi isyarat agar Viviana membantu dirinya lepas daripada Kyle.

Kyle berpaling ke belakang melihat ke arah yang Olivia tengok tadi lalu berpaling menatap gadis kecil itu kembali. Niatnya cuba ingin bergurau dengan Olivia. Entah kenapa gadis kecil di depannya ini menarik perhatiannya.

Henry's Dark ObsessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang