HDO 30

15.1K 738 117
                                    

Sinar cahaya matahari masuk lurus mengenai tepat di wajah gadis yang masih terlelap lena. Akibat dari itu, tidurnya mula terganggu. Bulu mata melentik dan juga kelopak mata mula bergerak perlahan sebelum terbuka sedikit. Kelihatan kabur lalu matanya di tutup kembali. Perlu beberapa saat barulah dia membuka sepenuh matanya.

Benda pertama yang menyapa pandangan ialah sliding door yang terbuka separuh. Gadis yang tak lain tak bukan adalah Olivia berniat bangkit dari pembaringannya namun terhenti apabila mendengar satu suara garau berbual di satu tempat iaitu di dalam bilik pakaian.

" I know, kau buat kerja kau. Aku datang kejap lagi. ".

Suara khas milik Henry kedengaran makin dekat. Serentak dengan tubuh sasa Henry berjalan keluar dari bilik pakaian sambil menekap telefon pada telinga. Sebaik keluar, pandangannya jatuh pada Olivia sudah terjaga namun masih baring.

Olivia hanya memerhati dalam diam menahan jantung yang tiba tiba berdetak gugup melihat langkah Henry menuju ke arahnya. Sesekali Henry bersuara menyahut percakapan orang di seberang sana. Dengan sebelah tangan Henry menolak sliding door sehingga tertutup rapat.

Kemudian Henry membawa kakinya mendekat dengan Olivia. Rambut yang menutup dahi gadis itu di selak lalu dirinya maju mendaratkan sebuah ciuman lembut pada dahi tersebut. Ibu jarinya menggosok halus rambut Olivia dengan badan kembali berdiri tegak.

Olivia makin membeku di tempatnya. Hanya anak mata terus memandang Henry yang berdiri di dekatnya. Jari Henry masih terus mengusap lembut. Mata tajamnya menghunus lurus ke arah Olivia sehingga menyebabkan Olivia terpaksa melarikan pandangan ke arah lain. Pipinya bersemu merah.

" Hm, lagi satu jam aku sampai.".

Begitulah akhir perbualan Henry yang telinga Olivia dengar. Kemudian panggilan tamat setelah Henry menjauhkan telefon dari telinga. Benda mahal tersebut di letak ke atas meja lampu. Tidak lupa mata tidak putus merenung wajah gadis yang mengalihkan pandangan.

" Bangun, atau masih nak tidur lagi?". Mendengar sahaja suara Henry, kelopak mata Olivia mula berkedip beberapa kali tanpa henti. Olivia diam membungkam suaranya sendiri. Tak pasti nak jawab apa. Mungkin kerana menunggu agak lama kening Henry mula ternaik sebelah dan Olivia nampak dengan jelas.

Kain yang menyelimuti badan ditolak dengan ragu seiring badan ikut bangun. Secara tak sengaja sebaik Olivia mula duduk, bahu baju yang tersarung pada badannya melorot turun. Mendedahkan bahu putihnya pada udara. Olivia tersentak kecil dengan kejadian tersebut.

Henry menaikkan sudut bibir ketika melihat adegan menggoda tersebut. Olivia melirik Henry dengan mata polosnya. Melihat wajah sinis Henry laju tangan Olivia menarik bahu baju tersebut agar ternaik kembali. Seketika tubuhnya mengeras lagi apabila menyedari rupanya dia tak memakai baju dalam atau erti kata lain—bra.

Entah kerana malu atau tak biasa, tangan Olivia spontan naik bersilang di depan dadanya sambil kepala sengaja menunduk segan. Baju hitam yang tersarung pada badan terlalu besar untuk ukuran badan Olivia yang kecil. Tak perlu berfikir panjang mesti ini pakaian Henry dan persoalannya.

Kenapa Olivia pakai baju tanpa pakaian dalam. Satu persatu menarik gadis itu dalam kenyataan. Kakinya terasa bergesek dengan comforter. Dapat di teka, kemungkinan besar Olivia tidak memakai seluar di bawah sana.

Cup

Sebuah kucupan yang hinggap di puncak kepala membuatkan Olivia membulatkan matanya besar. Henry cium dia lagi.

" Bangun, your punishment tak habis lagi babygirl." Bisik Henry yang sudah mengambil tempat duduk di sisi katil. Tangannya menolak rambut panjang Olivia ke belakang supaya mata dia mudah menjelajah wajah cantik tersebut.

Henry's Dark ObsessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang