HDO 24

10.9K 574 81
                                    

" The K! Seriously kau nak join game ni? Kau nak mampus cepat ke apa?! ".

Jeritan kawan The K di seberang sana kedengaran kuat. The K bermain dengan kunci superbike nya menggunakan jarinya di atas meja. Menggerakkan kecil sambil berbual dalam talian. Telefon mahalnya menekap ke telinga.

Sesekali dia merenung ke luar kaca restoran. Dia menghirup minumannya sekejap. Ingat perlawanan yang akan memberi hadiah lumayan sebesar 500k? Itulah topik yang menjadi perbualan mereka sekarang ini.

" Pernah ke aku main main dengan kata aku. ".

Balas The K tak kurang kasarnya. Dia sudah tekad nak join perlawanan kalah mati itu. Kalau menang 500k dalam tangan. Siapa yang nak bagi duit besar macam tu. Lagipun setakat patah tangan atau kaki tu dah biasa. Kalau kalah pun paling paling kena campak tepi jalan.

" Kalau fighter yang join tu nak bunuh kau sebab tak puas hati macam mana? Dengan aku aku sekali kena belasah nanti sial.".

Jerit rakannya yang sentiasa ikut teman dia ketika ada perlawanan. Ini kali pertama The K akan join match yang paling besar. Memang underground fighter tapi bangunan building II tu nampak dari luar macam bangunan biasa namun kalau masuk ke dalam tersedia tempat khas yang dikatakan cukup mewah untuk bertanding nanti.

Itu The K dengar dari orang yang jalankan perlawanan haritu. Excited The K jadinya. Lawan dia nanti semua hebat hebat. Mesti ada yang berbadan besar dari dirinya. Confirm tulangnya ada yang patah nanti.

" Kau takut ke sebenarnya ni.". Sengaja The K mengejek kawannya di dalam talian. Terdengar jeritan berupa makian di sana yang membuat The K menahan tawanya. Sesaat ada seorang perempuan berjalan melepasi dia. Matanya hanya mengekori perempuan tersebut.

Dia macam kenal perempuan tu walaupun membelakangi dia. Sebaik perempuan itu mengambil tempat duduk dekat satu meja yang kosong di depannya. Mulutnya ternganga sedikit.

" Aku tak takut lah gila... ".

Kata kata kawannya yang di seberang sana The K tak dengar dengan jelas lagi. Pandangan mereka bertemu sebelum senyuman lebarnya muncul. Gadis itu nampak terkejut ketika mata mereka bersambung.

" Olivia. ". Bisik The K sendiri. Olivia ialah perempuan yang baru duduk tadi. Olivia bersama mata yang berkedip kedip hanya diam memerhati si lelaki yang dia kenali.

" Woi The K! Kau dengar tak apa aku cakapkan ni?! ".

The K tersentak kembali pada kenyataannya. Dia memutuskan pandangan lalu bangkit membawa kuncinya bersama.

" Okay aku chaw dulu. Bye! ".

Serentak itu, panggilan ditamatkan sepihak oleh The K. Dia berjalan menarik kerusi yang kosong di depan Olivia. Gadis itu nampak begitu comel dan manis. Geram The K melihatnya. Nak cubit pipi yang putih itu boleh tak?

" A-Awak buat.. apa dekat sini K—Kyle?". Olivia menyapa lelaki itu dalam bertanya nya. Lelaki yang duduk di depan Olivia sekarang ini memang benar Kyle. Kyle pelajar lelaki yang sebaya dengan Olivia. Ya tekaan korang selama ini betul. Memang Kyle lah selama ini memegang nama sebagai The K semasa menjadi fighter.

The K and Kyle ialah orang yang sama. Olivia menunduk menatap mejanya. Dia datang ke sini sebab nak lepak dengan Viviana. Viviana pergi ke toilet sekejap. Kyle menampung pipinya dengan tapak tangannya. Merenung seorang Olivia dengan tatapan penuh makna.

" Kau datang sini dengan siapa Olivia?". Kyle tidak menjawab pertanyaan Olivia tapi bertanya pada gadis yang menunduk malu itu. Aww so cute. Olivia memegang tali beg nya erat, mendongak ke arah Kyle sebelum membuang pandangan ke arah lain.

Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now