Chapter 21 - TAMAT

465 24 5
                                    

"Emmm awak....Lisa tumpang kita nanti boleh?" Jihah bertanya kat Fiza yang tengah bantu Kak Mun.

"Boleh je..... Awak ni semua benda tanya macam lah saya ni makan orang.... Hah lupa nak tanya, nanti nak pergi beli barang dapur tu kawan awak tu ok ke? Nak balik hantar dia dulu ke?" Fiza tak nak menyusahkan Lisa.

"Takpe kita ajak je. Kot dia ada barang nak beli. Dia pun baru balik dari UK. Mungkin ada barang yang tak cukup." Jihah bercakap dan terus beredar. Nora perhatikan muka Fiza. Fiza pandang ke arah Nora. Kak Mun pula perhatikan Nora.

"Eh toyol....kau tenung orang macam tu kenapa?" Kak Mun baling carrot yang dah dipotong kat kepala Nora.

"Tak aku tak faham kak. Kenapa kau baik sangat dengan orang. Kau memang tak reti nak tolak permintaan orang ke? Kau dah macam ni, Jihah tu lagilah. Orang yang curang pun dia boleh layan elok. Kau dengan husband kau siap bagi semua barang kemas kau. Apa masalah korang ni" Nora geram dengan tindakkan Fiza dan Jihah.

"Sini duduk sebelah akak." Fiza tarik tangan Nora untuk duduk sebelah dia.

"Kalau apa yang kita pandang dari luar ni kadang tak sama dengan apa yang orang lalui. Macam Nora pandang keburukan Farhan. Semua benda jahat dia Nora nampak sebab Nora tak kenal Farhan. Sama dengan Lisa. Semua benda tak elok dia kita nampak. Kita pun buat andaian. Tapi akak nampak kebaikan Farhan lebih dari 10 tahun. Dari zaman bercinta. Jadi aku tak dapat nak teruskan hidup dengan dia. Itu tak bermakna akak benci dia. Sama dengan Jihah. Dia pernah sayang Lisa dengan ikhlas. Rasanya Jihah kenal Lisa lebih lama. Nora akan faham semua ni satu hari nanti" Fiza terangkan kepada Nora.

"Dengar tu. Selalu sangat buat andaian bukan-bukan. Cakap macam tahu semua benda. Entah-entah esok dah kahwin dia lagi teruk. Silap-silap tak terima kalau kita burukan pasangan dia. Tengok muka pun dah tahu. Tapi kan Fiza, ada beza. Farhan dia menyakitkan hati kau je. Lisa ni dia akan menyakitkan hati semua orang. Tengok jelah nanti. Jangan cakap akan tak bagi warning" Kak Mun sengaja usik Nora dalam masa sama beri amaran kepada Fiza. Fiza tersenyum dia anggap kata-kata Kak Mun sebagai gurauan sahaja. Fiza masuk ke dalam bilik untuk kemaskini akaun harian.

"Kak Mun apa maksud akak dia menyakitkan hati semua orang? Teruk ke? Cakap lah kak." Nora menyibuk macam biasa.

"Lisa jenis yang suka mengawal. Kau tengok je nanti, dia akan masuk campur semua benda. Itu yang akak risau. Jihah pula kalau dengan Lisa macam lembu kena cucuk hidung. Kita yang jadi mangsa nanti" Kak Mun mengeluh.

"berani ke dia nak kacau Nora. Nora tolak dia jatuh, kemudian tumbuk-tumbuk perut dia. Dan tu tenyek cili kat mulut dia. Lepas tu letak kicap. Then ikat dalam oven panggang terus. Buat menu special. Ayam serama panggang" Kak Mun dan Nora tergelak serentak.

Nora mop lantai sebelum tutup kedai. Fiza pula selesaikan urusan lain dan ambil wang untuk masukkan dalam bank. Kak Mun bersihkan dapur. Jihah bersihkan tempat buat air. Lisa pula masih menunggu mereka.

"Hey girl.....boleh tolong hantar beg ni kat kereta tak? Tak larat nak angkat lah." Lisa bertanya kepada Nora. Nora tenung muka Lisa.

"Kalau tak larat angkat macam mana bawa dari UK? Jatuhkan dari kapal terbang ke? Tahu pula beg tu jatuh tepat kat kedai ni. Hebat betul" Fiza keluar ke depan dia perhatikan Nora yang bercakap kasar dengan Lisa.

"Hey...minta tolong je kot. Tak perlulah buat drama. Kalau I cakap kau bos U baru padan muka nanti. Budak mop lantai pun mulut macam ni. But you annoying face reminds me of someone total annoying." Lisa perasan muka Nora ada iras Tina. Tapi dia tak ingat dengan Tina. Fiza menghampiri Lisa.

"Takpe biar saya tolong." Fiza angkat beg Lisa.

"Oh thanks darl.... Hey you are the manager right.... kenapa staff you macam. My god you should teach her. Kalau cakap macam ni dengan customer teruk nanti. If in UK they will never do that.." Lisa menjeling ke arah Nora.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now