Chapter 20 - Ex Girlfriend

321 16 6
                                    

Fiza bangun seawal pukul 5 pagi. Bersenam sedikit demi kesihatan. Dia turun ke bawa. Masuk ke dapur dan bersedia untuk buat sarapan. Dia periksa kabinet di dapur. Tiada apa pun bahan untuk masak kecuali bahan untuk buat minuman. Fiza naik kembali ke atas, mandi dan bersiap. Ketika dia keluar dari bilik, Jihah juga keluar dari biliknya.

"Selamat pagi awak..." Fiza ucapkan selamat pagi dan tersenyum pandang muka Jihah. Jihah menjawab sambil toleh ke arah Fiza. Jihah menikmati pemandangan di pagi hari. Muka yang ceria dan senyuman manis dari Fiza buatkan hatinya riang. Hari yang bermula dengan agak baik.

"Naik kereta jelah dengan saya hari ni. Nak beli barang dapur nanti. Awak ikut sekali ya." Fiza ajak Jihah naik kereta dengannya. Jihah agak keliru.

"Emmmm nak buat apa barang dapur?" Jihah bertanya dengan suara yang lembut. Sangat berbeza bila dia menjawab soalan Kak Mun atau Nora.

"Apa pun takde kat dapur tu. Nak buat sarapan pun takde apa-apa. Awak memang tak pernah masak ke? Ni kunci kereta. Tolong drive ya. Malas nak nak drive" Fiza bertanya kepada Jihah. Jihah angkat bahu je. Fiza serahkan kunci kereta kepada Jihah.

"In sebenarnya nak ajak saya beli barang dapur ke nak suruh saya jadi driver ni?" Fiza tak melayan dia masuk dalam kereta dan duduk di sebelah pemandu. Jihah tergelak kecil dan masuk dalam kereta. Axia merah itu tinggalkan perkarangan rumah dan menuju ke LOF Cafe.

Fiza dan Jihah masuk ke dalam cafe. Nora tengah mop lantai. Jihah masuk ke dalam. Fiza dapatkan satu lagi mop dan mop lantai. Kak Mun pula tengah sibuk sediakan sarapan. Biasanya Kak Mun orang pertama sampai ke kedai. Sediakan sarapan dan bahan untuk masak.

Nora pusingkan papan depan pintu dari "WE ARE CLOSED" ke "WE ARE OPEN". Fiza pula masih mop lantai. Pintu cafe dibuka. Seorang gadis masuk ke dalam. Nora pandang muka gadis itu. Berkulit putih. Berambut warna cobalt blue paras bahu. Berseluar jeans warna hitam dan blouse warna putih. Bediri depan Nora. Nora senyum.

"Saya nak cari Najihah. Dia ada?" Gadis itu bertanya kepada Nora. Nora pandang ke arah Fiza. Jihah keluar dari belakang sambil menyanyi lagu lemak manis. Dia pandang ke arah gadis yang berdiri dan lambai kepada dia. Jihah terdiam. Mukanya berubah. Senyuman tawar terukir di bibir Jihah.

"Hai sayang.......lamanya tak jumpa U..... Damn I missed you alot...." Gadis itu berlari anak mendekati Jihah. Jihah tanpa rela keluar dari belakang meja barista. Gadis berambut cobalt blue itu terus peluk Jihah. Jihah sekadar berdiri tanpa balas. Gadis itu tarik tangan Jihah untuk mengekori dia ke meja makan yang tersedia dalam cafe. Fiza perhatikan mereka berdua. Jihah perasan Fiza pandang ke arah mereka. Jihah lambai tangan minta Fiza mendekati mereka.

"Ini Fiza...... Fiza ini Lisa...Lisa my.." Jihah perkenalkan Fiza kepada Lisa.

"Girlfriend...I mean ex-girlfriend for now.... Nice to meet you Fiza. Can I have a cup of coffee please. Kurang manis ya. I tak suka benda manis sangat. And please inform your people I nak private time with your boss. Anything please don't disturb Jihah. Sorry dah lama tak jumpa. Hope you understand" Fiza angguk sahaja dengan permintaan Lisa dan beredar tinggalkan mereka berdua.

Fiza mendekati mesin ekspesso. Dia buat dua cawan kopi kurang manis. Dia letakkan kedua cawan atas dulang dan hantar kepada mereka berdua. Jihah perhatikan muka Fiza. Fiza letakkan cawan atas meja. Kopi yang diberikan kepada Lisa tertumpah sedikit.

"Hey darl...be careful. Boss you ni tak suka sangat kerja macam ni." Lisa hirup sedikit kopi yang disediakan oleh Fiza. Dia tutup mata, riak wajahnya berubah sedikit. Dia pandang muka Fiza dan tersenyum.

"Darl...I minta kopi kurang manis. Ini agak manis. Not good for my diet. So if you don't mind, boleh tak buatkan lagi. Jangan letak gula, just bawa je gula kesini I akan masukkan sendiri." Lisa minta Fiza buatkan balik kopi. Fiza sekali lagi angguk dan tersenyum.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now