Chapter 2 - Interaksi Pertama

340 17 2
                                    

Dah pukul 8 malam. Lof café masih kosong tanpa pelanggan. Jihah keluar dari kedai berdiri depan kedai. Rokok dari kocek dikeluarkan. Dia bakar rokok berjenama mahal. Asap rokok disedut perlahan. Mata dia perhatikan kereta Axia berwarna merah di hadapan pejabat hartanah. Kak Mun keluar dari kedai.

"Tak habis-habis dengan rokok. Sehari berapa batang kau hisap ni?" Kak Mun berdiri sebelah Jihah. Jihah tak pedulikan Kak Mun. Dia masih perhatikan kereta Axia merah. Seorang berbaju kurung hitam mendekati Axia itu. Senyuman mula terukir di bibir Jihah. Setelah kereta itu meninggal kawasan itu barulah Jihah pandang muka Kak Mun.

"Sehari sekotak je. Benda syok Kak Mun. Bukan hisap dadah pun. Cara-cara release tension tau." Jawapan Jihah buatkan Kak Mun rasa meluat. Dia dan Jihah selalunya tidak sehaluan. Kak Mun bukan hanya seroang pekerja di Lof Cafe, dia merupakan sepupu Jihah. Kak Mun menggeleng kepala.

"Kau ni kadang menyakitkan hati tahu tak. Kalau arwah mak ayah kau ada lagi memang teruk kau dikerjakan." Muka Jihah terus berubah. Dia renung tajam muka Kak Mun. Muka Kak Mun juga berubah bukan marah atau takut dia rasa kesal keran terlepas cakap. Jihah tinggalkan tempat itu dan masuk ke dalam. Pintu kedai dihempas kuat. Jihah terus dapatkan beg dan helmet. Keluar dari kedai dan terus menaiki motor tinggalkan kedai.

"Kenapa tu Kak Mun?" Nora keluar dari kedai sambil perhatikan Jihah tinggalkan kawasan kedai. Kak Mun berpeluk tubuh dan geleng kepala. Dia ajak Nora masuk ke dalam.

"Datang angin dia dah tu. Kak Mun tadi terlepasa cakap pasal arwah orang tua dia. Tu yang berangin sangt tu. Akak tak terfikir. Tak sengaja sebenarnya." Kak Mun tarik kerusi dan duduk. Nora duduk depan Kak Mun. Nora berfikir sebentar.

"Kak Mun? Kenapa eh Jihah tu selalu marah kalau cerita pasal orang tua dia? Lepas tu kadang-kadang cara dia cakap dengan Nora, annoying gila lah" Nora mengadu kat Kak Mun. Memang betul Jihah seakan membuli Nora. Kadang gurauan dia agak melampau. Kak Mun pandang atas. Nora pandang atas juga.

"Kau dah kenapa pandang atas?" Kak Mun bertanya kat Nora.

"Eh bukan Kak Mun nak cerita flash back ke? Biasa orang pandang atas nak cerita kisah silam? Kak Mun pandang atas kenapa?" Nora tanya balik kat Kak Mun.

"Tengkorak kau flash back. Aku tengok sawang kat lampu tu. Esok bersihkan. Dah lah kedai ni memanjang sunyi. Dengan sawang, lama-lam bertukar jadi rumah hantu nanti." Kak Mun mula membebel. Mungkin dia rasa Nora tak bersihkan betul-betul.

"Eh lagi bagus. Dari pagi sampai ke malam customer 5,6 orang itu pun muka yang sama. Baik buat tiket kat depan. Rumah Hantu Lof. Masuk-masuk kita suruh Jihah diri depan. Tengok muka dia mesti ramai takut....hahahahahahaha" Nora buat lawak tapi Kak Mun tak ketawa. Dia cuma perhatikan Nora.

"Dia yang bayar gaji kita. Suakti kau je mengutuk dia. Kau ingat dia tak boleh tengok CCTV kat kedai ni? Kalau dia tengok esok siap lah kau. Kau kat dia buli kau, kau pun boleh tahan kalau bab cakap belakang" Kak Mun tegur sikap Nora. Walau Nora bergurau tapi Kak Mun orangnya tegas. Dan memang betul kata-kata dia. Jihah pemilik cafe ini.

Jihah parking motor depan pintu. Pintu pagar automatik rumah 3 tingkat tertutup sendiri. Jihah masuk dalam. Letak helmet di atas meja. Dia terus baring kat sofa. Matanya pandang ke gambar yang tergantung di dinding rumah. Gambar ibu dan ayahnya tergantung di situ. Jihah kenang kembali peristiwa lama.

Najihah anak kepada Datuk Suhaimi dan Datin Mastura. Anak tunggal pasangan itu selalu menyendiri kat rumah. Dia tidak berapa suka dengan kedua orang tuanya. Dari dia kecil ibu bapanya selalu tinggalkan dia di rumah mak saudara iaitu ibu Kak Mun. Terlalu kerap sehinggakan mereka tidak tahu apa kursus yang diambil Jihah waktu belajar dulu. Mungkin rasa benci itu membentuk dirinya menjadi sangat dingin dengan orang sekeliling. Dia hanya tunduk kepada mak saudaranya. Namun 3 tahun yang lepas sewaktu najiha berusia 22 tahun ibu dan ayah terlibat dalam kemalangan dan disahkan meninggal di tempat kejadian. Syarikat hartanah yang dimilik ayahnya terpaksa dijual bagi menyelesaikan segala hutang. Manakala 35 juta diserahkan kepada Jihah sebagai waris tunggal kepada Datuk Suhaimi.

Pelangi SenjaOnde histórias criam vida. Descubra agora