Chapter 1 - Pertemuan

686 19 2
                                    

Syafiza atau Fiza dah mula masak. Dah jadi rutin dia masak seawal pukul 5pagi. Selesai masak dia perlu mandi dan bersiap untuk pergi kerja. Dalam masa yang sama pakaian dah dimasukkan dalam mesin basuh. Mesin sedang berputar. Sarapan juga disediakan. Nasi goreng dengan telur sudah cukup untuk dua orang. Selesai masak dia cuci semuanya. Jam dan hampir 5.30pagi. Pakaian didalam mesin dah siap. Dia keluarkan pakaian dari mesin masukkan dalam bakul dan bawa ke depan untuk disidai. Agak awal untuk sidai pakaian namun dia wanita bekerja. Jadi agak sukar untuk dia jemur kain kemudian.

Selesai sidai kain, dia masuk ke dalam. Terus mandi dan keluar dari bilik air. Dia masuk dalam bilik. Suaminya Farhan masih tidur. Jadi lampu bilik tidak dibuka. Dia salin pakaian dan ke bilik sebelah untuk bersolek. Kini jam dah hampir 6.30pagi. Dia kembali ke bilik tidur.

"Abang.....abang.....abang... bangun dah 6.30pagi ni." Dia kejut suaminya. Farhan buka mata. Isterinya sedang senyum di depan mata dia. Namun dia takde mood nak balas senyuman di pagi hari. Fiza tetap tersenyum. Sudah 10 tahun dia dirikan rumah tangga dengan Farhan. Sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini. Farhan bangun capai tuala dan terus ke bilik air. Fiza pula kembali ke dapur.

Dia sediakan makanan yang dimasak atas meja makan. Air di isi dalam botol. Dua botol semuanya. Satu untuk dia dan satu lagi untuk Farhan. Farhan keluar dari bilik air dan terus masuk dalam bilik. Fiza pula masukkan sedikit makan dalam tupperware. Dia biasa bawa bekal ke tempat kerja. Farhan pula lebih selesa makan kat luar.

"Sayang...... Stokin abang mana?" Kedengaran suara Farhan dari bilik.

"Ada dalam drawer pakaian..." Fiza menjawab dari dapur.

"Takde.....dah tengok..." Sekali lagi Farhan bersuara. Fiza tarik nafas. Dia berjalan ke bilik. Sebaik masuk dalam bilik dia ke drawer pakaian. Dia ambil stokin yang dilipat kemas dan serahkan kepada Farhan.

"Kenapa letak situ?" Farhan ambil stokin dari tangan Fiza sambil bertanya.

"Drawer lama tu ada semut api. Entah dari mana muncul. Tu sayang pindahkan kat sini. Nanti kena tengok lah dari mana semut tu datang" Fiza beritahu suaminya.

"Suka-suka letak tempat lain. Kemudian kat situlah lah kat sinilah. Dah banyak kali pesan jangan pindahkan barang. Pagi-pagi susah nak cari." Farhan mula membebel. Lelaki berusia 36 tahun, berambut pendek dan bercermin mata. Agak kacak mungkin ketinggian dalam 173cm namun perutnya sedikit ke depan. Mungkin kerana masakan Fiza yang sedap.

Fiza hanya mendiamkan diri dengan kata-kata suami dia. Dia Seorang wanita yang cantik, berusia 35 tahun. 52kg dengan ketinggian 162cm. Berambut lurus lepas bahu. Memiliki bentuk badan yang menarik walau sudah berusia 35tahun.

Farhan keluar dari bilik, ambil botol airnya dan terus keluar pakai kasut. Fiza hairan tengok suaminya terus pakai kasut.

"Tak sarapan ke bang. Sayang dan buat nasi goreng." Fiza ajak suaminya bersarapan. Farhan pandang muka Fiza.

"Itu awak patut fikir sebelum suka-suka pindahkan barang kat tempat lain. Buang masa 10 minit kat situ. Lagi nak makan konon. Awak makan lah sendiri. Saya dah lewat." Farhan masuk dalam kereta dan terus keluar. Fiza terdiam. Tak sempat salam pun. Dia tengok jam baru pukul 7 pagi. Fiza kembali ke dapur. Dia pandang makanan yang dah disediakan tadi. Hilang selera makan dia.

Dia ambil sedikit nasi goreng dan masukkan dan bekas makanan kucing. Selebihnya dia masukkan dalam plastik, ikat rapi dan buang dalam tong sampah luar rumah. Dia pun tak sarapan. Dia tak faham. Dia cuma alihkan semua stokin. Itu pun sebab ada semut. Kan kalau semut menggigit suaminya akan bising juga.

"Tomot......sini....makan.... Ni mama dah buat nasi goreng ni" Fiza panggil kucing kesayangannya. Farhan dan Fiza belum ada rezeki anak. Jadi kucing itulah tempat dia bermanja. Tomot kucing gemuk yang kuat makan berjalan dengan malas ke arah.

Pelangi SenjaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon