Chapter 15 - Fatin

240 13 2
                                    

**Ada unsur 18+ sikit. Jadi tolong skip kalau tak senang. Keperluan untuk jalan cerita. Harap Maaf. Bukan yang teruk sangat still kurang sopan. ***

Fiza hidupkan enjin keretanya. Dia terus pulang ke rumah. Fikirannya kusut. Entah mana yang betul dan mana yang tak betul. Dia percayakan Farhan. Dalam tempoh 10 tahun perkahwinan belum pernah ada cerita buruk tentang Farhan. Tapi kenapa isteri Zamri beria nak beritahu? Fiza duduk di sofa. Telefon di ambil. Nombor Mastura di cari.

'Kalau aku tanya dia, mesti aku dapat tahu apa yang tengah berlaku? Tapi kalau betul kata-kata bini Zamri, kenapa Husna datang pujuk aku. Kalau dia ada affair tak mungkin dia nak aku balik? Dan Farhan...nampak tak terurus bila aku takde. Jangan-jangan ini satu lagi mainan dorang' Fiza berkata dalam hati. Fiza telefon Farhan.

"Assalamualaikum bang.... Sayang ada benda nak beritahu." Fiza mulakan perbualan dengan tenang. Dia perlu selidik sebelum buat keputusan.

"Walaikumsalam... nak tanya apa sayang?" Farhan bertanya dengan lembut. Tak seperti sebelum ini, bila dapat panggilan dari Fiza dia akan menjawab dengan kasar. Layang dia sudah berubah. Jauh berbeza dari sebelum ni.

"Tadi jumpa Zamri dengan orang rumah dia kat bank. Tengah borak-borak tu, bini dia cakap pasal abang. Sayang rasa tak sedap hati dah. Dia kaitkan abang dengan Husna. Abang jujur dengan saya, apa yang tengah berlaku ni." Fiza bertanya dengan tenang. Hatinya berdebar menanti jawapan dari Farhan.

"Hahahahahahaha....merepek apa lah sayang ni. Dia sakit hati dengan Husna tu. Dia tak naik pangkat. Husna yang dapat. Itu yang dia mula buat cerita bukan-bukan. Konon abang ada hubungan dengan Husna. Husna kerja lebih bagus dari dia. Jadi layak dinaikkan pangkat." Farhan bercerita dengan tenang. Fiza putuskan panggilan.

Dari cerita Farhan ada logiknya. Mungkin Zamri tak puasa hati di tak dinaikkan pangkat. Mungkin isteri dia salah faham tentang Husna dan Farhan. Fiza letak telefon atas meja. Dia hentikan niat untuk mencari Mastura. Dia masih rasa dikhianati Jihah dan dia tak mahu percayakan orang lagi. Terutama bila libatkan rumah tangganya.

"Kau dah kenapa duduk termenung je macam ni. Jangan asyik fikirkan benda tu je. Akak dah pesan awal-awal kan. Jangan terlalu berharap." Kak Mun tegur Jihah yang duduk termenung di kaunter. Dia agak risau dengan Jihah.

"Aku tak kisah lah kak kalau dia nak pergi. Aku tumpang gembira juga kalau dia boleh pulihkan hubungan dengan suami dia. Tapi kenapa mesti tuduh aku? Aku tak pernah campur pun urusan dia dengan suami dia. Dia duduk serumah dengan aku dekat sebulan lebih. Nak berborak pun jarang. Masing-masing terperap dalam bilik je. Aku tak faham." Jihah mengadu dengan Kak Mun.

"Pelangi senja Jihah. Muncul kejap je. Dan-dan hilang. Sabar jelah. Kau muda lagi, ramai lagi kat luar yang masih nak kat kau. Kau kena buka hati kau. Kau sayangkan dia, tapi dia sayangkan orang lain." Kak Mun faham perasaan Jihah. Tapi Jihah perlu segera bangkit.

"Entahnya kau. Macam lah takde orang lain. Ramai nak kat kau. Tengok ni hah skuad hoki negara menang piala dunia. Ramai awek-awek cun dalam skuad ni. Semuanya umur lebih kurang dengan kau. Ni kapten Nazrin comel je. Syazana pemain peberet aku. Nadia, Balqis, Azy, Aira pilih je. Tapi tetap nak Kak Fiza." Nora menyampuk sambil sibuk baca berita kat telefon dia.

"Diamlah kau pendek. Aku tumbuk kang baru tahu. Geram pula aku tengok dia ni. Mulut dia ni hah punca. Kau kenapa tak nak berhenti kerja? Aku dah meluat tengok muka kau." Jihah jeling tajam muka Nora. Kalau Nora tak buat hal semua ini mungkin tak terjadi.

"Tak jadi berhenti. Aku rugi nanti. Kau lah buang aku. Dapat 3 bulan gaji free. Cepat lah buang aku. Kau tu yang tak laku nak salahkan aku buat apa. Harapkan muka je macam senorita perangai macam makcik kemboja." Nora jelir lidah kat Jihah. Jihah cuba tarik telinga Nora. Tapi cepat-cepat dia sembunyi belakang Kak Mun.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now