Chapter 7 - Kerana Wang

236 16 7
                                    

Fiza pulang ke rumah. Seperti biasa dia siapkan semua kerja di rumah termasuk masak. Walau dia tahu mungkin Farhan tak akan makan. Tapi dia pelik kenapa Farhan berubah sejak malam tadi. Perubahan yang mendadak. Fiza tertidur fikirkan semua ini.

Keesokan pagi Fiza siapa untuk ke kerja. Farhan juga bangun awal dan bersiap. Sebaik Fiza melangkah keluar dari rumah. Farhan juga keluar bersama. Fiza hidup[kan kereta dan tinggalkan kawasan rumah. Farhan mengekori Fiza. Dia ingin tahu bila Fiza akan berjumpa Akim. Kereta Axia warna merah milik Fiza meluncur laju dan berhenti di hadapan Lof cafe. Farhan hentikan kereta agak jauh dari kereta Fiza. Dia perhatikan semuanya dari dalam kereta.

Fiza buka pintu kedai. Kali ini dia tidak menjenguk. Dia terus masuk ke dalam. Sebelum duduk di tempat kegemarannya dia pesan minuman biasa dengan telur setengah masak. Nora senyum dan angguk. Pesanan Fiza sampai ke meja dia. Jihah sedang sibuk bersihkan mesin ekspressonya. Fiza pandang keluar dari cermin. Dia ternampak sebuah kereta berwarna hitam seakan kereta suaminya. Fiza cuba tenung nombor plat kereta tersebut.

"Tengok apa tu...." Jihah berdiri kat meja Fiza. Jihah pandang ke arah kereta tersebut. Matanya agak tajam dan dia tahu itu kereta Farhan kerana dia pernah nampak kereta yang sama 2,3 hari yang lepas. Fiza terkejut. Dia pandang muka Jihah. Matanya membulat.

"Astagafirullah al azim....... Bagilah signal. Boleh gugur jantung" Fiza membesarkan mata sambil mencebik bibir. Kini jantung Jihah yang hampir gugur. Rasa nak tarik pipi tapi tak boleh. Comel bila Fiza buat macam tu.

"Hehehehehe.....sorry. Sejuk makanan nanti. Tak elok biarkan macam tu." Jihah sempat pandang ke arah kereta tadi. Dah tak nampak. Dia duduk depan Fiza.

"Saya ada benda nak minta kat awak. Tapi awak kena tunaikan untuk saya. Sebab saya dah tolong awak sekali. Jadi awak tak boleh tolak." Fiza berkerut dahi. Dia tak pasti apa permintaan Jihah dan kenapa tiba-tiba.

"Permintaan apa ni.... Tak baik tau harapkan balasan kalau kita dah tolong orang" Fiza cuba timbulkan rasa bersalah. Namun dia tidak sedar yang duduk depan dia Jihah. Manusia yang tak pernah kenal erti rasa bersalah.

"Oh hina orang dengan bayar RM300 lepas dibantu tu kira baguslah ya...." Jihah angkat-angkat kening sebelah sambil tersenyum sinis.

"Hmmmmm....baiklah. Saya minta maaf. Saya tak patut buat macam tu. Ok saya cuba tunaikan permintaan awak. Tapi permintaan tu jangan melampau ya." Fiza beri peringatan. Jihah tersenyum sebab Fiza sudi dengar.

"Disebabkan saya dah tolong awak dengan ikhlas tapi awak bayar dan macam hina saya tau. Jadi awak kena ikut saya naik motor pergi ke satu tempat yang paling cantik kat tempat ni." Fiza terkejut dengan permintaan Jihah. Permintaan dia tak berat tapi tak sesuai dengan pakaian dia yang berbaju kurung.

"Tak melampau tapi tengok lah satu hari nanti." Fiza mengelak. Tapi Jihah nampaknya tak berputus asa.

"Tengok......tadi kata kalau tak melampau akan tunaikan. Ini permintaan yang tak melampau. Awak sendiri kata tak melampau. Jadi no way. Awak kena terima juga. Please...." Fiza tarik nafas dalam-dalam.

"Saya teringin nak naik motor, tapi motor awak terlalu besar. Dan saya pakai baju kurung. Saya tak selesa. Jadi tunggulah awak ada motor kecil. Saya akan ikut awak." Fiza beri syarat. Dia rasa dia dapat elak.

"Ok baik...permintaan yang logik. Motor besar awak takut. OK. Esok saya bawa motor kecil" Jihah teris bersetuju. Fiza sekali lagi terkejut.

"Awak ada motor kecil?" Soal Fiza dengan hairan.

"Belum ada. Tapi kejap lagi boleh beli. So esok kita boleh pergi." Jihah menjawab selamba.

"What??? Seriuslah???" Hampir tersembur air dari mulut Fiza. Dia tak sangka jawapan selamba macam tu. Jihah bangun dan tinggalkan Fiza. Dia sambung bersihkan mesin dia. Dia biarkan Fiza berteka-teki sendiri. Jam hampir pukul 8. Fiza tinggalkan cafe dengan penuh kehairanan.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now