Chapter 4 - Hajat Tak Sampai

247 16 1
                                    

Farhan masuk dalam pejabat. Fikirannya agak kusut. Moodnya tak elok. Dia masih fikirkan pergaduhan yang tercetus diantara dia dan Fiza pagi tadi. Dia duduk dan cuba tenangkan fikiran. Zamri perhatikan Farhan.

"Kau kenapa Farhan? Lain macam je. Ada masalah ke?" Zamri bertanya kepada Farhan. Farhan dan Zamri dah kerja di syarikat ini hampir 10 tahun. Jadi hubungan mereka agak rapat.

"Bini akulah. Pagi-pagi dah buat hal. Tiap hari nak bergaduh aku tak faham lah dengan dia. Nak balik rumah pun rasa sakit hati. Balik pun tak tenang." Farhan mengadu kepada Zamri.

"Alah biasalah orang perempuan memang macam tu. Kadang ok kadang tak. Sebab tu kuasa talak kat tangan kita. Kalau kuat talak kat tangan dia, jangan orang aku lain, aku ni dah kena cerai 8000 kali. Layan jelah. Orang rumah kau pun tertekan sama macam kau." Zamri cuab berikan kata-kata positif.

"Apa pula orang perempuan macam tu. Eh aku takdelah buat macam tu kat laki aku. Kau tu patut kesian kat Farhan tu. Selalu sangat dia mengadu kat kita. Kau tak rasa kesian ke? Aku yang dengar pun sakit hati tau. Nasiblah aku tak buat macam tu kat laki aku" Husna yang duduk di hadapan bersuara. Zamri pandang ke arah Husna.

"Kau jangan tambah-tambah Husna. Benda macam ni kita jangan campur. Itu hal rumah tangga dia. Kita jangan cakap apa-apa yang boleh runtuhkan rumah tangga orang." Zamri beri peringatan kepada Husna. Husna mencebik. Zamri bangun dan keluar dari bilik.

"Farhan..... Dengan cakap saya ni. Saya kesian tengok awak tau. Selalu sangat awak bercerita. Teruk sangat ke isteri awak tu? Tapi yelah tengok gayanya pun dah tahu orangnya mesti jenis yang kasar kan." Husna mula masukkan jarum.

"Entahlah Hus. Dah penat. Pagi tadi saya cuma tanya tak buat sarapan ke? Dia boleh melenting pula. Saya pun tak faham dengan dia." Farhan luahkan kepada Husna.

"Alah kesiannya. Ini saya ada bawa bekal. Awak makanlah" husna bangun dan serahkan makan dia kepada Farhan.

"Eh takpelah. Menyusahkan je." Farhan menolak.

"Eh takpe... Makan je. Kita ni kawan. Waktu susah kita saling bantu." Husna tetap serahkan makanan. Farhan terima makanan itu. Husna kembali ke tempat duduk dia.

"Saya pelik lah.. Tugas isteri ni buat yang terbaik untuk suami. Tapi kalau tanggungjawab sebagai isteri diabaikan itu dosa besar. Maaf lah Farhan. Saya rasa geram tau bila awak bercerita. Dia patut beruntung dapat awak sebagai suami. Saya ni suami saya teruk, tapi saya tetap jalankan jalankan tanggungjawab saya." Husna cuba tunjukkan yang dirinya bagus.

"Eh kenapa pula cakap macam tu. Ada masalah ke?" Farhan bertanya.

"Suami saya tu selalu cari kesalahan saya je. Macam-macam benda dia kat kat saya. Kadang rasa macam nak minta cerai pun ada. Tapi saya kena fikir tanggungjawab saya. Saya tak boleh lah abaikan dia. Macam mana pun dia tetap suami saya.

"Bersabar ya. Awak boleh je kongsi cerita dengan saya. Kalau isteri yang bagus macam awak pun dia tak hargai, apa lagi yang macam isteri saya. Kuat melawan." Farhan cuba pujuk Husna. Zamri yang berdiri diluar bilik dengar perbualan mereka berdua.

"Hmmm risaukan bini orang....Bini sendiri merana tak cari jalan." Zamri geleng kepala dan turun ke bawah.

"Kau kenapa muka macam tu? Ok tak?" Ira bertanya kepada Fiza. Fiza masih memikirkan cara untuk selesaikan masalah antara dia dan Farhan. Dia tidak menjawab soalan Ira. Dia tidak biasa berkongsi masalah peribadi. Dia lebih selesa berdiam diri.

"Kau tahu tak. Owner cafe kat depan tu orangnya muda. Baru 25tahun." Fiza terus tukar topik. Ira tersenyum. Dia faham dengan sahabatnya. Memang tidak akan bercerita tentang hal peribadi. Semua orang ada masalah peribadi. Namun bercerita dengan orang luar akan merumitkan lagi keadaan.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now