12

232 24 3
                                    

LIMA minit berlalu, akhirnya Lubna keluar dari biliknya dengan sepersalinan baju yang dia pakai ketika mendengar taklimat mengenai perjalanan penggambaran mereka sebentar tadi. Walaupun Lubna ini sejenis manusia yang keras kepala, tetapi dia tetap mengikut saja permintaan Elhan. Semua ini kerana kata-kata pedas yang lelaki itu berikan padanya. Terasa jugalah dia tadi.

Elhan mengangkat kepala memandang Lubna yang baru keluar dari biliknya. Telefon pintar yang sedari tadi menjadi pilihannya untuk mengisi masa menunggu disimpan rapi di dalam poket seluar pendeknya.

"Jom, kita pergi beli baju renang baru untuk Cik Lubna. Jangan risau, kali ini saya belanja. Dekat hotel ni, ada kedai jual baju renang. Tak payah la susah-susah cari kedai nak beli baju renang kalau terlupa bawa, kan?" Elhan berceloteh panjang. Dua pasang kaki itu diatur masuk ke dalam sebuah kedai baju renang yang berada berhampiran pantai.

Mata Lubna memerhati segenap ruang di dalam kedai baju itu. Semua baju renang yang ada di kedai itu langsung tidak menarik perhatiannya. Semuanya kelihatan biasa-biasa. Low class! Tidak padan jika mahu digabungkan dengan kecantikan rupa parasnya.

"Sawasdee Kha." Seorang pekerja perempuan datang menghampiri Lubna dan Elhan. Tersenyum lebar gadis itu menyambut pelanggannya. Elhan sekadar membalas senyuman gadis itu.

"What are you looking for, sir?" soal pekerja perempuan itu.

"I'm looking for a swimsuit for her. I like it more if it doesn't reveal her body that much," balas Elhan ramah. Lubna yang berada di sisi sekadar menyilangkan tangannya ke dada sambil memerhati dua orang manusia di hadapannya saling membalas kata. Jelas Lubna langsung tidak berminat dengan kedai yang dipilih Elhan ini.

"Oh, we have it here! Please come with me." Pekerja perempuan itu mula berjalan ke arah bahagian baju renang wanita. Satu persatu jenis baju renang ditunjukkan pada Elhan. Lubna pula langsung tidak memberi perhatian sepanjang Elhan mencari baju renang untuknya. Gadis itu bermain-main dengan hujung rambutnya sambil memikirkan baju renang baru yang terpaksa ditinggalkan di bilik.

"Nah, untuk Cik Lubna." Puas mencari, akhirnya Elhan memilih sepasang baju renang buat tuan mudanya. Baju itu dihulurkan pada Lubna.

Lubna pandang baju renang yang dipilih Elhan itu dari atas sampai bawah. Baju renang berlengan panjang bewarna hitam yang dipadankan bersama seluar pendek. Silih berganti dia memandang baju renang itu dengan wajah Elhan. Kemudian, tanda harga pada baju itu pula diperhatinya.

"You bagi I baju ni? Like seriously?" Wajah Lubna jelas masih tidak percaya dengan pilihan pengawal peribadinya. Lelaki ini mahu memalukan Lubna ke?

"Kenapa? Saya rasa baju ni la yang paling elok dalam kedai ni. Tak terdedah sangat. Sedap sikit mata memandang kalau nak dibandingkan baju Cik Lubna yang terdedah macam tadi." Dengan selamba Elhan memberi pendapatnya. Baju renang yang masih berada dalam genggamannya. Cantik saja dia tengok. Simple and nice.

Rasa macan berasap aje telinga Lubna sekarang ni. Suka betul perli pilihannya. Setiap orang ada cita rasa tersendiri, ya!

"You bagi I pakai benda murah ni? Selamat ke? Kalau kulit badan I gatal lepas pakai baju murah ni macam mana? Tak nak la I!" bidas Lubna laju. Ada pula Elhan ini mahu dia pakai baju renang begitu. Plain! Design pun tak cantik!

Elhan melepaskan keluhan kecil. Dah mula dah perangai keras kepala dia.

"Take it or leave it. Baju murah ni lebih baik daripada harga diri seorang perempuan itu menjadi murah hanya kerana dia selalu mendedahkan tubuhnya. Gatal badan sikit apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan seluruh tubuh melecur kena api neraka nanti, kan? Kalau Cik Lubna tak nak pakai baju ni, saya tak akan izinkan Cik Lubna main di pantai. You don't know how people stare at you with their lustful eyes. I did this to protect you from any harm. Now, Cik Lubna. I ask you again, take it or leave it?"

THE GUARDIANDonde viven las historias. Descúbrelo ahora