02

311 30 10
                                    

PAGI ini, awal-awal lagi Elhan bangun dan bersiap. Hari ini merupakan hari pertama dia akan bekerja di bawah Raden Aqlan. Lelaki itu merupakan usahawan berjaya yang memiliki beberapa buah syarikat terbesar di Asia Tenggara. Syarikat yang dimiliki oleh beliau termasuklah syarikat perdagangan, telekomunikasi, pengeluaran minyak serta beberapa syarikat yang lain. 

Dan hari ini, Elhan bakal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengawal peribadi anaknya. Ya, Lubna Malayka merupakan satu-satunya anak yang Raden Aqlan ada. Jadi, tidak peliklah jika usahawan berjaya itu mengupah pengawal peribadi buat anaknya. Pasti keselamatan puterinya semakin terancam apabila gadia itu semakin meningkat usia.

Elhan memerhatikan biasan dirinya di cermin. Hari ini dia kelihatan kemas dengan sut hitam yang lengkap dengan beberapa senjata sebagai alat pertahankan diri. Tipikal pakaian seorang pengawal peribadi. Disebabkan hari ini merupakan hari pertamanya mahu berhadapan dengan keluarga itu, dia perlulah memberi first impression yang baik. 

Jam dikerling sekilas. Pukul 7.30 pagi. Nampaknya dia perlu bertolak sekarang memandangkan pukul 8 pagi nanti dia diarahkan untuk melaporkan diri di rumah Raden. Tanpa berlengah lagi, Elhan mencapai kunci motor sportbike miliknya dan keluar dari perkarangan rumahnya itu.






BIBIRNYA dioleskan dengan sedikit gincu bewarna coklat kemerahan sekaligus melengkapkan solekannya yang bertemakan neutral look pada hari ini. Rambut bewarna coklat perangnya diikat tinggi sebelum dia tersenyum suka melihat biasan diri sendiri pada cermin besar di biliknya. Tubuhnya dipusingkan ke kiri dan kanan bagi memerhatikan setiap pakaian dan juga perhiasan yang dikenakan terletak elok dengan sempurna. Apabila sudah berpuas hati dengan penampilan diri sendiri, wanita itu lantas mencapai kunci kereta di atas meja sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Haruman sarapan pagi yang sudah siap terhidang itu menusuk ke dalam rongga hidungnya. Lantas, langkahnya semakin dilajukan untuk turun ke bawah bagi menjamu selera. Baru sahaja wanita itu mahu menyerbu meja makan, tiba-tiba niatnya terhenti apabila matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang tidak pernah dilihatnya.

"Good morning, my cupcake." Lelaki lingkungan umur 50-an itu menegurnya saat melihat wanita itu menuju ke arah meja makan. Wanita itu mengukirkan segaris senyuman sebelum dia melabuhkan punggungnya di meja makan itu bagi menyertai sesi sarapan bersama ayahnya.

"Good morning, papa." Tanpa banyak tanya, Lubna terus mencapai nasi goreng kampung yang berada di atas meja sebelum dicedukkan masuk ke dalam pinggannya. Lelaki yang masih berdiri utuh di sebelah ayahnya itu dia buat-buat tidak nampak. Mungkin, pekerja baru di rumah ini. Namun, cara pemakaian lelaki di sebelah ayahnya itu tetap menarik minat Lubna untuk tahu lebih lagi.

Raden yang perasan kerlingan mata anaknya itu mula berdehem kecil sebelum dia mula membuka mulut.

"I found an article about you last night."

"What's the article said about me?" Lubna mengangkat sebelah keningnya. Sudah biasa dia dengar namanya dipetik di mana-mana artikel. Sejak dirinya mula terkenal sebagai seorang influencer ini, namanya sering naik di dada artikel di atas talian. Netizen dan wartawan di Malaysia ini memang suka ambil tahu fasal kehidupan orang eh?

"It said that you have a new boyfriend. How many times that I told you not to fool around, Lubna? Papa tak suka you berkawan dengan mana-mana lelaki apatah lagi jadikan mereka itu sebagai kekasih hati. Manusia sekarang tak semuanya baik. Dia orang semua itu, rapat dengan you hanya sebab you anak papa. Do you know what I mean?" Panjang lebar Raden membebel pada anaknya.

Bukan dia tidak tahu sekarang ini anaknya sering menjadi perhatian orang ramai. Tambah-tambah lagi sejak video tutorial mekap Lubna yang viral baru-baru ini. Semakin bertambah pengikut anaknya di Instagram dan TikTok.

THE GUARDIANWhere stories live. Discover now