05

248 32 9
                                    

SETELAH selesai sesi penggambaran mereka, Lubna terus mengatur langkahnya ke arah bilik persalinan. Mujurlah mereka sempat menamatkan sesi penggambaran sebelum hujan tiba. Elok sahaja sesi penggambaran itu tamat, terus hujan mula lebat membasahi bumi. Penggambaran mereka hari ini mengambil tempat di tepi pantai memandangkan mereka membuat penggambaran bagi mempromosi pakaian semperna musim panas.

"Bye, Lubna! See you later, babe!" Emelda memeluk tubuh Lubna sekilas sebelum dia mencapai beg tangannya dan keluar dari bilik persalinan itu. Lubna juga turut melambaikan tangannya ke arah gadis itu. Dia sangat gembira hari ini kerana dia dapat bertemu Emelda kembali. Terubat sikit rindu.

Sebaik sahaja Lubna keluar dari bilik persalinan, dia ternampak susuk tubuh Elhan yang sedang berdiri teguh sambil memegang payung. Lelaki itu hanya berdiam diri. Tidak banyak mulut seperti biasa. Lagi bagus. Tak ada la Lubna sakit hati dengar kata-kata si mulut puaka itu!

Mereka berdua jalan beriringan menuju ke arah kereta milik Lubna yang diletakkan elok di kawasan meletakkan kenderaan. Sebaik sahaja mereka tiba di kereta itu, Elhan terus menutup payung dan memboloskan diri ke tempat pemandu. Pintu kereta juga turut dikunci, meninggalkan Lubna yang masih terkebil-kebil melihat telatah Elhan tadi.

"What the heck? What's wrong with him?" Lubna mendengus kecil. Geram pula bila Elhan tidak tolong membuka pintu padanya seperti biasa. Sudahlah meninggalkan dia di luar tanpa sebarang payung.

"Wait a damn minute." Sekali lagi Lubna cuba membuka pintu kereta tempat penumpang belakang. Namun hasilnya masih sama, pintu itu masih belum terbuka. Sah, lelaki ini sengaja mengunci kereta dari dalam. Elhan memang nak kena!

"Hey!" Lubna mengetuk cermin kereta bahagian hadapan. Tempat di mana Elhan berada. Lambat-lambat lelaki itu menurunkan tingkap kereta. Senyuman sinis sudah terlakar cantik pada wajah lelaki itu. Sah, lelaki ini memang sengaja mahu mengenakan dia!

"Yes, Cik Lubna?"

"Buka. Pintu. Ini!" Satu persatu perkataan itu disebutnya dengan lantang. Hatinya mula membara. Lelaki ini sengaja membuli dia!

"Hmm... should I? Siapa la agaknya yang kata muka saya ni macam cicak tersepit tingkap ya? Gosh, that's really hurt," luah Elhan seraya memegang dadanya. Acah terpaling sakit!

Lubna memutarkan bebola matanya. Menyampah! Sekali lagi, tangannya mengetuk tingkap kereta bertalu-talu.

"Ergh! You ni! Itu pun nak ambil hati ke? You cakap I macam pokok tak apa pula? Cepat la buka pintu ni bagi I masuk! Hujan lebat la dekat luar. You nak biar I demam ke?" Sekali lagi Lubna melenting. Tidak pernah lagi seumur hidupnya bertemu lelaki seperti Elhan. Sumpah Lubna katakan, kesabaran dia sangat tercabar setiap kali dia berdepan dengan lelaki itu.

"Hai, Cik Lubna. Air coklat panas tertumpah atas badan sendiri hari tu elok aje. Tak akan la hujan sikit dah lemah?" Senyuman nakal sudah terjungkit pada bibirnya sehingga menyerlah lesung pipit pada pipi kirinya itu. Oh, dia suka melihat reaksi tuannya ketika marah. Cute and addictive.

"Eee! Kalau I demam ni siap la you!" Lubna menghentakkan kakinya tanda protes. Tangannya dibawa memeluk tubuh sendiri kerana kesejukkan semakin terasa. Hujan mula semakin lebat. Tubuhnya juga sudah hampir basah keseluruhannya. Terketar-ketar tubuh itu menahan sejuk. Dalam hati bukan main dia menyumpah lelaki di hadapannya ini.

"Cik Lubna puji saya handsome dulu, baru saya bagi Cik Lubna masuk."

"Tak nak." Lubna menyilangkan kedua-dua belah tangannya. Angkuh! Dia tidak mahu memuji lelaki itu. Kalau dia mengaku Elhan itu seorang lelaki yang kacak, habis la jatuh sahamnya! Dia jarang memuji lelaki secara berdepan begini.

THE GUARDIANWhere stories live. Discover now