𝐖𝐏𝐃 𝟏𝟔

177 17 1
                                    

KAKINYA berhenti di tempat pertemuan mereka pada pagi tadi. Kelibat lelaki itu dicari. Hud ke mana? Takkan lah dia dah balik.

"Dia tak ada pun dekat sini. Jom lah kita balik. Entah-entah dia sendiri pun lupa dengan apa yang dia cakap pagi tadi." Baru sahaja wanita itu ingin melangkah pergi, Qaissara pantas menyambar lengan Azaleya sebelum wanita itu melangkah lebih jauh.

"Tunggu lah sekejap, kejap lagi dia datang lah tu. Kau ni pun, terburu-buru nak pergi mana? Bukan kau kerja pun harini." Azaleya mengeluh berat. Bukan apa, tapi dia sudah terlalu segan untuk berjumpa dengan Hud semula. Tambah pula hatinya sekarang ini tiba-tiba berdebar tanpa sebab.

"Azaleya." Azaleya menoleh apabila mendengar suara lelaki itu. Hud benar-benar datang. Lelaki itu masih tersenyum sambil berjalan mendekat ke arah Azaleya dan juga Qaissara.

"Ha kan aku dah cakap." Qaissara berbisik di telinga Azaleya namun wanita itu hanya diam sambil memerhati wajah Hud.

"Pergi lah, prince charming kau dah datang tu." Qaissara sengaja mengusik sambil bahunya dilaga-lagakan dengan bahu kawannya itu. Dia kemudiannya berundur beberapa langkah ke belakang untuk memberi ruang kepada Hud dan Azaleya. Kelakuan dua manusia itu hanya diperhati dari jauh.

"Ingat kan awak dah balik tadi." Azaleya menunduk. Malu untuk bertentang mata dengan Hud.

"Tak ada lah. Kan aku cakap aku nak jumpa kau dekat sini? Tak mungkin lah aku balik macam tu je." Azaleya hanya mengangguk. Suasana antara mereka tiba-tiba menjadi hening dan juga canggung. Masing-masing hanya mengunci mulut tanpa bersuara sepatah kata.

"Awak nak jumpa saya dekat sini sebab apa?" Kali ini Azaleya memberanikan diri untuk menatap mata lelaki itu. Dan sekali lagi, dia terhanyut dengan kecantikan mata yang dimiliki oleh Hud. Sempat juga Hud berdiam buat seketika sebelum menjawab pertanyaan Azaleya.

"Tentang haritu yang kau cakap kalau aku dah betul-betul nak kahwin dengan kau, aku kena datang pada kau semula and now... here I am. Aku datang pada kau sebab Dia. Dan aku juga nak ambil kau sebagai isteri kerana Dia. Aku tak pernah main-main dengan apa yang aku cakap Azaleya." Lidah Azaleya menjadi semakin kelu. Degupan jantungnya juga berdegup lebih laju dari kebiasaannya.

"Ya aku jujur. Pertemuan kita harini adalah perancangan aku dan Sara. Aku buat macam ni sebab aku nak jumpa kau semula Azaleya. Allah yang gerakkan hati aku untuk berdiri di hadapan kau semula, seperti yang kau maksudkan dulu. Datang pada kau kerana Dia dan hari ini juga aku buktikan perkara tu." Berkerut dahi wanita itu. Jadi kehadirannya untuk datang ke kursus kahwin ini telah dirancang oleh Hud dan juga Qaissara? Tidak hairan lah jikalau sebelum-sebelum ini Qaissara kelihatan hampir separuh mati memujuknya untuk datang ke kursus kahwin pada hari ini.

"Dan ini kali terakhir aku tanya pada kau. Kalau kau tak terima, aku akan undur diri dan tak akan ganggu kau lagi. Kau pun dah tak akan jumpa aku lagi dah. Tapi... kalau kau terima, aku nak bawa kau jumpa dengan mama aku." Azaleya masih terdiam. Tidak tahu ingin memberi jawapan apa pada lelaki itu.

"Nur Azaleya Azhara... aku nak ada hubungan dengan kau sebagai suami isteri bukan hubungan sebagai seorang kenalan atau kawan rapat." Semakin terdiam wanita itu. Bukannya sebelum ini Hud tidak pernah mengajaknya untuk berkahwin tetapi kali ini kedengarannya lebih berbeza. Kali ini Hud benar-benar kelihatan ikhlas dan tulus untuk menjadikan Azaleya sebagai isteri. Sebagai pelengkap hidupnya.

"Kau tahu kan yang aku ni seorang kapten pilot? Dan seorang kapten pilot memang memerlukan seorang co-pilot untuk membantunya menerbangkan pesawat. Begitu juga dengan situasi sekarang. Cumanya aku berdiri di depan kau sekarang ini sebagai Hud Rafael, bukan sebagai kapten pilot. Dan sebagai Hud Rafael, aku perlukan peneman yang boleh diajak berbual, bergurau, berkongsi rasa yang sama dan seseorang yang sanggup untuk habiskan hidupnya dengan aku."

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now