𝐖𝐏𝐃 𝟑

132 21 1
                                    

MATA dipejam rapat bersama bibirnya yang sudah menggariskan senyuman lebar kerana terlalu menikmati udara di bumi London. Tenang. Itu yang sedang Hud rasakan saat ini.
Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Kali terakhir rasanya dua tahun yang lepas.

Mata kembali dicelik dan matanya tertumpu pada Hazeeq yang sedang menghampiri ke arahnya dengan membawa dua cup besar Iced Americano. Senyuman semakin melebar. Setiap kali datang ke London, Iced Americano itu wajib bagi Hud Rafael.

Bukannya tak pernah merasa Iced Americano itu di Malaysia, namun rasanya lain apabila berada di negara London. Semestinya cari yang halal. Mahu kena penampar sulung dari ibunya jika berbuat perkara yang melanggar dengan hukum Islam. Walaupun berada di negara orang, dia masih tahu untuk menjaga batas.

"Raf, dari semalam kau cakap nak cerita tentang pergaduhan yang berlaku semalam tapi sampai sekarang tak cerita-cerita. Sembang British lah kau ni." Kawannya itu sudah mencebik bibir sambil kedua-dua lengan dilipat ke dada. Hud hanya tertawa.

"Tak ada yang serius sangat pun. Cuma..." Ayatnya yang tergantung membuatkan Hazeeq berkerut dahi. Cakap lah bagi habis.

"Cuma?" soal Hazeeq dengan penuh tanda tanya. Hud pula masih berdiam lama.

"Aku mengaku jadi tunang orang semalam." Terbuntang mata lelaki itu. Sejak bila kawannya sudah bertunang? Dengan perempuan mana?

Hazeeq yang dari tadi hanya bersandar santai terus mengalihkan seluruh tubuh badannya menghadap ke arah Hud. Wajah kawan baiknya yang masih beriak tenang itu dipandang dengan wajah yang seakan-akan tidak percaya. Macam mana Hud Rafael boleh buat kerja gila macam tu?

"Kau ni biar betul Raf? Bercinta pun tak pernah ini kan pula nak mengaku jadi tunang orang. Kau dah gila?" Wajah Hazeeq masih dalam keadaan yang agak terkejut. Matanya dari tadi membulat.

Ini bukan Hud yang dia kenal. Hud Rafael memang tak pernah dekat dengan mana-mana perempuan sejak dia mengenali lelaki itu. Dia lebih mementingkan kerja dan juga ibunya. Memang langsung tak ada masa untuk bercinta.

"Gila apa nya? Aku buat tu dalam keadaan yang waras. Bukan ada apa pun. Niat aku cuma nak selesaikan masalah waktu tu. Itu je. Kau jangan nak fikir melebih pula." Airnya dihirup sekali seraya tangan tidak henti-henti mengusap lengannya. Sejuk lain macam kali ini.

Matanya hanya memandang pada kanak-kanak kecil yang berlari-lari di hadapan mereka. Namun adegan seorang lelaki bersama anak lelakinya lebih menarik perhatian Hud. Kedua-duanya kelihatan sedang bergurau tawa menghadirkan sedikit rasa cemburu dalam dirinya. Bibir hanya tersenyum tipis. Sebahagia itukah hubungan antara seorang bapa dan juga anaknya?

Hazeeq menyiku lengan Hud apabila menyedari kawan baiknya itu hanya diam. Matanya kemudian mengekori ke mana pandangan Hud dilemparkan.

"Kau ni, mengelamun pula. Macam mana? Cantik ke perempuan tu?" soal Hazeeq bersama kening yang dijongket berkali-kali. Hazeeq kalau bab perempuan memang laju seperti petir.

"Biasa je aku tengok." Hud mengangkat bahu. Dia bukannya pandang dengan teliti sangat perempuan tu. Hanya sempat melihat sepintas lalu sahaja. Tapi dia masih ingat wajah wanita itu.

"Iya-iya je kau ni. Kau ni kan, memang tak ada hati untuk perempuan langsung ke? Dingin je memanjang. Ke... kau ni sebenarnya serong?" Hazeeq mendekatkan wajahnya dengan wajah Hud. Wajahnya terlalu serius saat ini. Kalau benar kawannya itu serong, dia perlu bantu.

"Ish apa benda kau ni? Aku straight lagi lah. Kau jangan nak menuduh yang bukan-bukan. Aku tinggal kau dekat London ni nanti," marah Hud. Tubuh badannya dijarakkan sedikit dengan Hazeeq. Risau pula dengan kawannya itu. Bukan apa, lelaki pun dah tak selamat sekarang.

"Habistu? Umur kau dah 28 tahun, Hud. Dah sesuai jadi bapak dah umur kau ni." Tubuh badannya disandarkan semula pada kerusi.

"Aku belum bersedia nak jadi suami. Apa, kau ingat suami ni tanggungjawab dia tak berat ke? Lagipun aku ni captain pilot. Sepanjang masa sibuk. Kalau aku kahwin nanti, kesian isteri aku nak kena tinggal je memanjang. Dan sekarang yang lebih penting, aku nak jaga mama aku je, Zeeq. Aku dah tak berapa kisah pasal kahwin," terang Hud.

Bukannya dia tidak mahu kahwin, namun keadaannya yang sekarang tidak terlalu mengizinkan. Banyak lagi perkara yang harus diselesaikan. Itu belum termasuk masalah hidup lagi.

"Dah tu, nak tunggu tua baru nak kahwin?"

"Eh yang kau ni asyik suruh aku kahwin, kau sendiri tu dah ada calon ke?" Hud menolak tubuh Hazeeq. Cakap je pandai Hazeeq ni, tapi diri sendiri pun dua kali lima je dengan dia.

"Tak nak lah. Malas nak cari." Itu sahaja jawapan yang diberikan Hazeeq. Hud juga sudah membuat muka. Ha tengok. Dia sendiri pun malas lepastu nak suruh kita pula yang kahwin.

"Suka hati kau lah. Yang pasti aku taknak kahwin lagi. Tak sempat lah nak bercinta bagai. Lagipun aku belum jumpa perempuan yang tepat." Hud mengeluh. Malas betul nak fikir tentang perkahwinan. Dirinya sendiri belum terjaga, inikan pula nak jaga seorang wanita yang bergelar isteri.

HAMPIR kurang dua jam kakinya dari tadi tidak berhenti melangkah. Dah memang rasa nak putus dah kaki ni!

"Sara, jom lah kita balik hotel. Dari tadi lagi kita berjalan tak berhenti ni. Kaki aku tercabut nanti memang aku pinjam kaki kau," kata Azaleya dengan keadaan yang tercungap-cungap. Bajunya yang sudah selekeh dibetulkan supaya lebih kemas.

"Ish kau ni. Kita baru je berjalan kau dah mengadu macam-macam. Rugi lah kalau duduk dekat hotel je. Bayar untuk datang sini mahal-mahal tapi kau tak berjalan? Sabar, mana tahu jumpa jodoh mata warna biru dekat sini? Kau taknak?" kata Qaissara sambil kembali melangkah. Langsung tidak menghiraukan keadaan kawan baiknya yang sudah tercungap-cungap itu.

Azaleya membuat muka. Itu je yang Qaissara tahu kan?

Tiba-tiba Azaleya memberhentikan langkahnya di hadapan sebuah kedai. Kedai buku Foyles sudah menjadi tumpuannya saat ini. Senyuman semakin melebar. Ingin saja kakinya itu melangkah masuk ke dalam kedai buku tersebut.

"Kau dah kenapa berhenti dekat sini?" Qaissara menghampiri kawan baiknya apabila melihat Azaleya yang sudah tercegat di hadapan Foyles. Bangunan yang pernah dikenali sebagai kedai buku terbesar di London itu dipandang. Ha sudah.

"Sara..." Azaleya memanggil nama kawannya dengan penuh lembut seraya matanya dikebilkan berkali-kali. Bibir bawah digigit. Berharap supaya kawan baiknya itu memberi kebenaran untuknya pergi menjelajah mencari buku. Bukan selalu dia nak pergi kedai buku ni. Alang-alang dah ada di depan mata, apa salahnya?

"Kau jangan nak mengada. Kan kita dah plan nak pergi tempat lain. Ni kalau kau masuk, belum tentu 30 minit lepastu kau akan keluar. Entah nak pergi beli buku ke buat buku." Qaissara menggulingkan biji matanya. Pantang betul Azaleya ni kalau nampak kedai buku.

"Sekejap je. Aku janji tak akan lama." Mata sempat dikenyitkan ke arah Qaissara sebelum dia berlari masuk ke dalam bangunan kedai buku tersebut.

"Leya!" Qaissara sudah menggaru kepalanya yang berlapikkan tudung itu. Habistu dia nak kena tunggu dekat sini tanpa buat apa-apa? Dia bukannya pencinta buku macam Azaleya. Personaliti mereka berdua memang betul-betul berbeza.

"Bukan dia suka baca novel Melayu ke? Dah kenapa pula cita rasa dia bertukar kali ni?" Sempat Qaissara mengomel seorang diri. Bebola matanya kemudian mengarah ke arah seorang lelaki tampan yang juga baru sahaja memasuki ke dalam kedai buku tersebut.

Mulutnya sedikit ternganga kerana terpesona dengan wajah tampan lelaki itu. Jika dilihat, lelaki itu kelihatan sebaya dengannya.

"Hensem betul. Tetapi selalunya orang hensem macam tu selalu dah berpunya." Bibirnya mencebik. Hasrat untuk menegur lelaki tersebut hanya dibiarkan tertanam di dalam diri.

Rasanya lebih baik dia berjalan-jalan di kawasan ini dulu. Nak tunggu Azaleya memang boleh kudung kakinya nanti sebab berdiri terlalu lama.

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें