𝐖𝐏𝐃 𝟕

97 16 12
                                    

MATA dikecilkan apabila memandang wajah lelaki yang terlalu tenang di hadapannya saat ini. Pelik, ragu-ragu, tidak percaya dan berbagai lagi perasaan yang hadir sewaktu itu.

"Perempuan mana yang kau kenal ni Raf? Cantik sangat ke sampai lelaki macam kau ni boleh tertarik nak dekat dia?" Kening dijungkit tinggi. Sudah lah Hud tak pernah memperkenalkan dia dengan wanita tersebut. Bagaimana dia nak tahu?

"Perempuan yang haritu aku pernah cerita." Santai sahaja Hud menjawab. Hampir tersembur Hazeeq dibuatnya.

"Kejap, perempuan yang kau terpaksa mengaku sebagai tunang dia waktu dekat airport dulu? Yang itu ke Raf?" Wajah Hazeeq jelas menunjukkan yang dia benar-benar terkejut. Macam mana Hud boleh terjatuh hati pada wanita itu?

Hud hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Kau ni biar betul Raf? Korang berdua baru jumpa sekali je kut. Takkan lah dah jatuh hati?"

Ya, Hazeeq hanya tahu bahawa Hud hanya berjumpa dengan Azaleya sewaktu di lapangan terbang sahaja.

"Aku dah jumpa dia tiga kali Zeeq. Takkan lah kebetulan je?" Hampir terkeluar biji mata Hazeeq apabila mendengar itu. Tidak tahu pula yang mereka berdua sudah berjumpa lebih dari sekali.

"Dia ikut kau lah tu. Entah-entah dia nak jadi pengintip kau."

"Tak. Aku yakin dia bukan perempuan yang begitu. Aku pun awalnya ada pemikiran macam kau tapi bila dia jelaskan semuanya baru aku terdiam." Hud tertawa sinis. Malu dengan diri sendiri yang hanya tahu menuduh tanpa menyoal terlebih dahulu.

"Habis tu kau nak aku tolong macam mana ni?" Air diteguk sebelum wajah Hud ditatap kembali.

"Kau pernah bercinta kan?" soal Hud dengan perasaan yang ingin tahu. Hazeeq sudah mengerutkan dahinya.

"Pernah lah tapi tu dah lama." Malas-malas Hazeeq menjawab. Dia malas untuk mengingat cinta monyetnya sewaktu zaman universiti dahulu. Terlalu main-main. Tak pernah serius.

"Bagi kau, macam mana nak dapatkan hati seorang wanita tu? Apa yang patut lelaki tu buat?" soal Hud. Kalau bab percintaan ni dia memang lemah. Bukan tak pernah jatuh cinta namun perasaannya itu hadir semasa dia berada di zaman sekolah menengah.

Sewaktu itu Hud hanya lah seorang lelaki yang kurang matang dan hanya tahu bermain-main dalam percintaan. Tapi sekarang dia ikhlas. Cumanya dia tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan rasa cintanya pada wanita yang disukai.

"Banyak cara dia Raf. Sekarang ni kau ada nombor telefon dia?" Pertanyaan Hazeeq membuatkan Hud mengangguk kecil.

"Good. Pertamanya, kau ajak lah dia berjumpa. Bagi je lah alasan apa pun. Pastikan dia setuju. Dan dari situ lah kau dah boleh mula buat strategy untuk nak kenal-kenal dengan dia. Tanya lah dia ni suka apa, dah ada calon ke belum, suka lelaki yang ciri macam mana. Ha macam tu," terang Hazeeq. Hud hanya membulatkan mulutnya seakan-akan faham apa yang dimaksudkan oleh kawan baiknya itu.

"Aku tak pandai lah nak tanya benda-benda yang begitu. Kau pun tahu kan aku ni jenis macam mana?" Hazeeq mengeluh. Ya dia tahu. Memang susah bagi seorang Hud Rafael untuk memulakan perbualan yang sebegitu. Kalau hal kerja dia boleh terima. Tapi kalau hal percintaan memang gagal! Ditambah pula lelaki itu langsung tiada pengalaman dalam memikat hati wanita.

Hazeeq diam seketika seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Dia juga sebenarnya sudah lama tidak jatuh cinta. Tiba-tiba tangannya menarik keluar sehelai kertas putih kecil dari poket bajunya. Entah dari mana datang pun dia tak tahu.

"Ha macam ni lah. Aku tulis atas kertas ni lepastu kau balik rumah dan terus hafal. Tapi dengan syarat lepas je aku tulis ni dan surat ni dah bertukar tangan, kau tak boleh baca lagi. Simpan dulu dan lepas dah sampai rumah baru baca." Hud mengerutkan dahi. Apa punya permintaan ni? Beberapa detik, terpaksa lah dia mengangguk setuju juga.

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ