𝐖𝐏𝐃 𝟐

148 23 6
                                    

"Baik kau ganti balik luggage aku yang dah rosak ni. Kau ingat murah ke?! Habistu sekarang aku nak naik kapal terbang macam mana kalau benda macam ni dah jadi?!" Suara lelaki itu sedikit bergema di segenap penjuru lapangan terbang tersebut membuatkan banyak mata yang memandang ke arah mereka.

"Encik tinggal je lah dekat sini." Perlahan sahaja wanita itu bersuara namun masih didengari oleh lelaki itu. Makin bertambah panas jadinya.

"Eh betina ni memang kurang ajar dengan aku!" Tangannya kemudian naik untuk memukul wanita itu namun tindakannya itu sempat diberhenti oleh seorang pemuda yang kelihatan sebaya dengan wanita tersebut.

"Jangan kotorkan muka dia dengan tangan kau yang dah kotor ni, bang. Tak macho lah main pukul-pukul perempuan. Sekarang ni abang yang kurang ajar ke dia yang kurang ajar? Bahasa pun dah tak reti jaga." Wajah Hud bertambah semakin serius. Dia pantang betul kalau nampak perempuan yang nak disakiti dengan mana-mana lelaki atas muka bumi ni.

"Kau ni siapa pula? Jangan berlagak nak tunjuk hero sangat dekat sini. Sekarang ni aku ada urusan dengan perempuan ni je sekarang. Kau jangan nak menyibuk," balas lelaki itu dengan penuh kesal.

"Saya tunang dia. Jadi saya ada hak untuk nak menyibuk." Terbuntang luas mata wanita itu. Lelaki yang langsung tak dikenali tiba-tiba mengaku sebagai tunangnya? Sejak bila dia bertunang pula ni?

"Sekarang ni abang bagi tahu saya, apa masalah abang dengan tunang saya ya sehingga perlu naik tangan pada dia?" Wanita yang berada di sebelahnya masih kaku dan langsung tidak bergerak. Sesekali bibir cuba untuk menahan senyum apabila mendengar perkataan 'tunang' itu.

Gila! Mudahnya dia jumpa jodoh.

"Kau tengok sendiri dekat luggage aku ni. Roda dia pun sampai dah terkeluar sebab perempuan ni punya pasal." Lelaki itu merenung tajam ke arah wanita itu. Tak puas hati betul. Kalau dia terlepas kapal terbang tu, memang semuanya salah wanita di hadapannya ini.

Hud menahan tawa. Rasa kelakar pun ada. Disebabkan roda luggage rosak pun dah boleh kecoh satu dunia.

"Kau-

Matanya dipejam seketika. Tersasul pula. Sepatutnya kena panggil dengan panggilan yang elok sikit lah kan?

"... maksud saya, cinta buat apa dekat luggage dia sampai jadi macam tu?" soal Hud dengan penuh lembut sambil memandang wajah wanita di sebelahnya itu.

Tergamam wanita itu dibuatnya sehinggakan dia sendiri dah tak mampu nak beri jawapan untuk pertanyaan lelaki itu. Cinta? Lelaki tu panggil dia... cinta? Lelaki ni agak-agaklah nak panggil dia dengan panggilan macam tu pun. Bergetar juga jantung dia sekarang ni.

"Saya terlalu rushing tadi sampai tak sedar luggage saya dan dia berlanggar. Bukannya kuat pun. Mungkin dia punya luggage tu yang dah lama." Muncung-muncung bibirnya apabila menceritakan kejadian yang sebenar. Bukan salah dia pun luggage tu rosak. Dah sampai ajal. Nak buat macam mana?

Hud menarik nafas dalam. Pandai menjawab juga perempuan ni.

"Tapi dari tadi saya dah minta maaf banyak kali. Encik ni yang taknak terima maaf saya." Bibir mencebik sedih.

"Nah, abang ambil duit ni dan beli luggage baru. Dekat tingkat bawah ada kedai yang jual luggage. Terima je duit ni sebagai permintaan maaf dari kesalahan tunang saya." Dua keping RM100 dihulurkan pada lelaki itu.

"Ingat aku miskin sangat ke sampai tak ada duit nak beli sendiri? Kau tu pun jangan nak tunjuk terpaling kaya sangat." Tanpa mengambil duit yang diberikan oleh Hud, lelaki itu segera melangkah pergi dari tempat tersebut.

"Lah, yang ini pun nak emo?" ujar Hud dengan mata yang masih mengekori langkah lelaki sebentar tadi. Kepala digeleng. Pagi-pagi macam ni pun dah ada drama.

Jam di tangan kembali dikerling. Matanya tiba-tiba membulat. Dia masih ada 5 minit je sekarang ni. Tanpa menghiraukan wanita itu, dia cepat-cepat meneruskan langkahnya. Namun langkahnya terhenti seketika apabila wanita itu tadi bersuara.

"Awak." Hud menoleh sambil keningnya dijongket. Apa lagi kali ni?

"Terima kasih," sambung wanita itu lagi. Hud tersenyum kekok sambil kepalanya sedikit menunduk.

"Hensem juga." Wanita itu menggumam perlahan sambil tersenyum. Hampir luruh juga jantungnya apabila lelaki itu tadi tersenyum ke arahnya. Senyum pun dah manis patutlah perangai pun manis.

"Tapi aku tak tahu nama dia." Bibirnya mencebik sedih. Terlepas pula peluang keemasan ni. Bukan mudah nak jumpa dengan lelaki hensem dan sebaik lelaki itu tadi. Nafas dihela berat.

"Kau pergi mana ni Leya?" Tiba-tiba saja bahunya ditepuk oleh seseorang iaitu kawan baiknya, Nur Qaissara. Tersentak wanita itu dibuatnya.

"Dari tadi aku tunggu kau tak sampai-sampai. Nasib lah nampak kau dekat sini. Boleh lah aku nak membebel. Kau tahu tak flight kita kejap lagi dah nak berlepas?" sambung Qaissara. Nadanya juga sedikit tinggi. Wanita cantik di hadapannya yang bernama Nur Azaleya Azhara itu dipandang tajam.

"Ada berlaku kejadian malang tadi." Suara Azaleya sekadar mendatar. Malas nak bercerita tentang kejadian yang berlaku antaranya dan juga lelaki penuh beremosi itu.

"Kejadian apa?" Qaissara menyoal dengan nada yang sedikit terkejut.

"Tak ada apalah. Tak penting pun." Kakinya kemudian diatur langkah ke arah tempat duduk di hadapan mereka. Kaki Qaissara juga laju sahaja mengekori ke mana kawan baiknya itu pergi.

"Tapi tadi ada lah juga jumpa dengan seorang lelaki ni. Pilot mungkin. Dari pemakaiannya nampak macam dia bekerja dalam bidang tu. Dia tu juga yang tolong aku tadi dan siap mengaku yang dia tu tunang aku." Azaleya tersenyum seorang diri sambil menggelengkan kepalanya. Terasa geli hati dengan sikap lelaki kacak tadi.

Macam mana lah lelaki tu boleh terfikir untuk buat begitu?

"Oh my God. Pilot?! Kau serius ke ni? Hensem tak? Kau ada minta nombor dia? Kau tahu tak nama dia? Tak cuba try ke, Leya?" soal Qaissara dengan penuh teruja. Dia kalau bab abang pilot ni memang laju. Lelaki idaman para wanita kan? Boleh juga dia mencuba nasib untuk kawan baiknya itu. Kalau untuk dia, lambat lagi.

Laju sahaja Azaleya menggeleng kepala. Taknak lah dia. Standard dia dan juga lelaki itu memang jauh. Ibarat jarak bumi dan juga Neptune.

"Aku taknak. Tengok dia tadi pun dah macam orang yang ternama dan kaya. Jauh beza dengan aku, Sara. Lagipun tadi memang tak sempat nak tanya semua tu sebab dia tengah rushing juga. Sempat cakap terima kasih je." Azaleya mengeluh kecil.

"Alah kau ni. Terlepas dah peluang. Patutnya tadi kau kena cepat-cepat tanya. Mana tahu, dia tu jodoh kau." Sekali lagi, Azaleya menggeleng. Kurang setuju dengan kata-kata Qaissara. Dia masih sedar diri.

"Tak ada lah. Aku sedar diri. Kau tahu kan kisah silam aku dulu macam mana? Disebabkan benda tu, aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki. Aku takut. Aku takut kalau lelaki tu tahu aku ni perempuan yang macam mana dulu. Dia mesti rasa jijik." Wanita itu menunduk sambil bermain dengan jari jemarinya. Walaupun kisah silam itu sudah berlalu sejak 3 tahun yang lepas namun masih menjadi bekas dalam ingatan seorang Nur Azaleya Azhara.

Qaissara mengeluh berat dengan luahan kawan baiknya itu. Dia faham jika Azaleya bersikap begini.

"Kau masih tak boleh lupakan kisah silam kau ke, Leya? Benda tu dah jadi kisah silam yang kau tak perlu nak ingat. Yang dah lepas, biar je dah lepas. Aku tahu tak mudah untuk nak lupa, tapi tengoklah diri kau yang sekarang ni. Kau dah bahagia dan kau dah jadi manusia yang lebih baik dari yang dulu. Jadi, buat apa nak kena fikir benda yang akan jatuhkan kau semula?"

Tangan Azaleya digenggam dan ditepuk berkali-kali. Cuba untuk menyampaikan kata-kata yang positif buat kawan baiknya.

"Sekarang ni kita chill-chill je. Aku bawa kau ke luar negara ni sebab nak kau happy. Asyik sedih je memanjang. Muak dah aku tengok muka sedih tu. Cubalah senyum sikit. Mesti abang pilot tu pun boleh tergoda," gurau Qaissara. Azaleya juga tertawa dengan kata-kata kawan baiknya. Ada function juga Qaissara ni kadang-kadang.

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Donde viven las historias. Descúbrelo ahora