𝐖𝐏𝐃 𝟏

504 28 6
                                    

TALI leher yang terlihat sedikit senget itu dibetulkan. Sesekali wajahnya diteliti dari pantulan cermin yang berada di hadapannya sebelum minyak wangi berjenama Blu Atlas disemburkan pada badan. Aroma wangian yang menusuk ke rongga hidungnya itu membuatkan lelaki itu tersenyum tipis. Bau kegemarannya.

Blazernya segera digapai dan langkah dituju ke tingkat bawah.

"Hensemnya Captain Pilot kita hari ni." Kelihatan seorang wanita yang sedikit berusia tersenyum manis apabila melihat penampilan anaknya. Memang sama seperti arwah si suami. Langsung tak ada yang kurang.

"Tengok lah anak siapa." Kening diangkat tinggi seraya bahu wanita yang bergelar ibunya itu dipeluk erat. Pipi ibunya, Naura Medina Ayesha dicium sekali.

"Cepat makan. Dah lambat ni. Nanti kalau terlepas flight tu macam mana?" Ni dia mula nak membebel. Hud Rafael kalau bersiap memang akan mengalahkan perempuan.

"Selagi Hud belum sampai, kapal terbang tu memang tak akan berlepas," ujarnya sambil menyuakan mi goreng ke dalam mulut.

Naura tertawa. Betul juga. Macam mana kapal terbang nak berlepas kalau orang yang nak menerbangkannya pun tak ada?

"Bertambah sunyi lah mama lepasni sebab Hud tak ada dekat rumah." Wajah wanita itu kelihatan monyok. Sedih dan sedikit risau kerana ingin melepaskan anak tunggalnya untuk ke luar negara. Tapi Naura faham. Itu masa depan Hud. Memang tugasnya apabila sudah menjadi seorang kapten pilot yang berjaya.

Lagi pula itu bukan pertama kali Hud merantau ke negara orang. Cumanya sudah tentu dia akan rasa sunyi tanpa kehadiran anaknya itu.

"Jangan lah cakap macam tu, ma. Berat hati Hud nak tinggal mama sorang-sorang sekarang ni. Sekarang ni Hud nak paksa mama balik rumah tokma. Duduk sini sorang-sorang pun boleh buat apa je?" Suasana di antara mereka menjadi hening seketika.

"Hud taknak cari pasangan lagi ke?" soal Naura sambil memerhati tingkah laku anaknya. Sengaja ingin mengubah topik perbualan. Teringin juga dia nak tengok anaknya itu mempunyai keluarganya sendiri.

Hud mengeluh kecil. Tengok lah tu. Sekejap je mama dia boleh suka-suka ubah topik. Memang sengaja nak berdalih lah tu.

"Mama ni bukan makin muda dah Hud. Mama teringin sangat nak tengok Hud ada keluarga Hud sendiri sebelum mata mama ni tertutup sampai bila-bila." Sayu sahaja suaranya saat ini.

"Ayat drama mana pula mama ambil ni? Hud tak suka lah bila mama cakap macam tu. Pasal jodoh tu Hud langsung tak kisah. Tak kahwin pun tak apa. Yang penting Hud dapat jaga mama sampai ke hujung nyawa Hud," katanya sambil membalas renungan dari Naura. Tak suka betul bila ibunya itu membuka topik ini.

"Takkan lah Hud nak tinggal mama sorang-sorang? Tak nak lah. Kalau jadi apa-apa dekat mama, macam mana?" sambungnya lagi. Naura kembali tertawa. Manja betul anaknya yang satu ini.

"Hud gerak dulu lah, ma. Nak singgah ke suatu tempat sekejap sebelum masuk kerja." Berkerut dahi Naura.

"Nak pergi mana?" soal Naura sambil mendekati anaknya yang sudah berdiri dan bersiap sedia untuk melangkah keluar dari rumah.

"Melepas rindu," kata lelaki itu sambil tersenyum ke arah ibunya. Naura juga turut tersenyum dan mengangguk kecil. Tahulah dia apa yang dimaksudkan oleh Hud.

Sisi kepala ibunya dicium sebelum badannya menoleh arah dan beredar dari situ.

BATU nisan di hadapannya itu diusap dengan penuh lembut sambil bibirnya menguntum senyuman tipis. Rindunya dia pada seorang bapa memang tak akan pernah pudar walaupun tak pernah berjumpa.

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now