53|..( season 1 end)

11 4 0
                                    

Yohan mengerling menatap Velic yang sedang gelisah sambil memanggil namanya sebelum tersenyum..

"Stun" perkataan yang diperkatakan olehnya membuat semua pengawal yang ikut mengelilinginya pengsan. Tapi tidak berkesan terhadap makhluk undead yang diciptakan oleh iblis yang bernama Feire.

Perlahan dia mengangkat tangannya sehingga menggapai paras bahu. Velic yang menyedari akan niat Yohan mula terkejut.

"Yohan! JANGAN!"

Ctak!

Seluruh bangunan mulai bergegaran selepas Yohan memetik jarinya. Dia berniat ingin mati bersama penjahat-penjahat itu dengan cara merobohkan istana.

Crackle!

Bathump..

"Uhukk!" Yohan batuk darah.

Yohan memandang kearah jendela balkoni, melihat bulan sihir penuh bewarna merah pekat sperti darah, dia mengukir senyum. Seluruh bangunan berhenti bergegaran.

'hah?-'

"Apa kamu berniat ingin menghancurkan kerajaan ini?" Suara yang muncul diikuti petir merah penyambar menembusi atap istana.

Atap istana roboh akibat sambaran petir merah tadi. Angin, mendung, hujan pun tak, boleh pula ada petir. Muncullah seorang lelaki berambut panjang terbang diatas menghiasi bulan penuh kemerahan itu.

Semua mata tertuju pada susuk lelaki yang terbang itu. Matanya menatap tajam kearah Yohan yang masih duduk sambil mendongakkan kepala.

"Siapa dia?" Soal Zia terhadap tiga orang dewasa itu. Velic, Cleo dan Wade.

"Aku tak kenal, tapi.." jawap Velic. Cleo dan Wade hanya diam.

"Aku dapat merasakan aura murni penyihir darinya. Jangan-jangan.." Cleo.

Lelaki itu turun sehingga betul-betul berada dihadapan Yohan. Yohan yang sudah tidak larat pun hanya mampu tetap terduduk.

"Katakanlah kalau kau masih ingin hidup" datar sungguh nada lelaki itu seperti sedang memerintah. Dia berdiri dihadapan Yohan dengan begitu megah.

"Tidak, aku nak pergi-"

Zia refleks berlari kehadapan Yohan untuk melindunginya. Yohan tercengang.

"Tidak! Jangan ambil nyawa Yohan! Dia kawan kami!" Jerkah Zia sambil melindungi Yohan. Velic, Cleo, Wade dan empat orang pemegang elemental membatu.

"Aku takde pula cakap yang lelaki tu malaikat maut" Cleo menepuk dahi.

Lelaki itu berieksi terkejut. Yohan pula membatu. 'rasa, comel pula bila dia tengah salahfaham'

Lelaki itu memandang Zia dengan mata terbuka luas.  "Haaaa" dia melepas keluh.

Lelaki itu duduk untuk mengapai ketinggian Zia, sebelah lututnya menyentuh lantai. Tanpa berkata apa-apa, dia terus mengusap lembut kepala Zia. Zia tercengang.

"Saya bukan malaikat maut" Zia ternganga.

"Bu-bukan yaaa" lelaki itu tertawa melihat rieksi polos Zia. Muka Zia memerah menahan malu.

"Jangan risau, saya tidak akan mengambilnya. Saya hanya ingin berbicara dengannya. Kalau kamu masih mencurigaiku, maka tetaplah disitu" ujar lelaki itu untuk menyedapkan hati Zia. Zia memandang lelaki itu seperti sedang meneliti, mengapa wajahnya ada sedikit iras dengan Yohan.

"Yohan, apa kau sudah menyerah dengan kehidupanmu?" Soal lelaki itu terhadap Yohan. Yohan hanya diam tidak menjawap soalannya. Zia menoleh menengok Yohan.

Missing Elementals | The Founding Power [Repair]Where stories live. Discover now