Sering kali dalam sujudnya dia menitipkan nama Karl Azriel. Bertahun-tahun. Meskipun ketika suatu hari, harapannya sempat punah. Bila mendapat tahu jejaka itu telah jatuh cinta kepada sepupunya, Zaharah. Sempat juga dia menutup lembaran yang mengutarakan rasanya terhadap Azriel dalam kamus hidupnya.

"Siapa dia?" Azriel bertanya.

"Dia cukup sempurna. Waktu tu Maira baru nak SPM. Maira terjumpa dia dekat kedai buku. Maira jatuh cinta, sebab ada sesuatu yang buat Maira tertarik." Tekun dia bercerita. Lenyap dalam kenangan masa lalunya.

"Tiga tahun Maira tunggu dia. Dan penantian Maira berhenti sebaik sahaja Maira dapat tahu yang dia masuk meminang arwah Zaharah. Dan saat tu, Maira jauhkan diri. Sejauh yang mungkin. Untuk ubat perasaan sendiri," jujurnya. Bila ingat kembali, dia rindu masa-masa itu.

Bersedih, putus asa dan kecewa. Tapi penantiannya adalah jawapan daripada doa-doa yang selama ini terhayun di bibir..

Setiap solat, dia terpaksa menanggung malu dihadapan Allah. Bila mana nama Azriel selalu dia sebut dalam doa, dia takut malaikat turut bosan mendengarinya. Kelakar, tapi itulah yang dia lakukan.

"Maksud sayang, lelaki tu adalah abang?" Azriel menaikkan sebelah keningnya. Dagunya mendarat pada bahu kanan Humaira. Seraya memandang bintang-bintang yang melampar di atas sana.

"Ya. Lelaki tu, abanglah orangnya. Di saat Maira mengalah, Allah bagi jalan lain. Allah pertemukan kita kemudian satukan kita. Maira gembira dalam sedih." Humaira mengeluh.

"Satu, bahagia sebab impian Maira terkabul. Dua, sedih sebab hati abang sulit nak terima Maira," sambungnya lagi.

"Dan sekarang, cinta dia terlalu dalam untuk seorang Humaira." Garau suara Azriel bergema di telinganya. Buatkan jantungnya semakin tidak keruan.

"Maira terkadang fikir. Apa agaknya yang buat abang tertarik pada Maira?" Satu hal yang tidak dapat diterima oleh akal sihatnya. Dirinya terlalu banyak kekurangan.

"Allah sebaik-baik perancang. Dan Allah yang maha membolak balikkan hati manusia. Life goes on, sayang. And sometimes, you can fall in love with the person you never thought you would." Tepat jawapan yang Azriel beri.

Betul. Perasan bila-bila masa boleh berubah. Seperti perasaan Azriel kepadanya ketika itu. Dan semoga, perasaan itu tidak akan pernah hilang lagi.

"Abang tak pernah jatuh cinta sedalam ini. Jujur abang kata, cinta abang pada sayang tak sama dengan cinta masa lalu abang. Mungkin, perasaan tu tak sama sebab sekarang ni, abang bersama orang yang tepat." Terharu. Itu yang Humaira rasakan tatkala mendengar ucapan Azriel itu.

Kata-kata itu... Semoga bukan sekadar kenyataan yang dihiperbolakan.

"Jadi abang minta, jangan tinggalkan abang," ujar Azriel penuh kelembutan.

Buatkan Humaira tersentak untuk seketika. Bagaimana keadaan Azriel jika seorang Humaira pergi meninggalkannya? Sungguh itulah mimpi buruk yang tidak akan sanggup dia hadapi.

"Selagi mana Maira bernafas, selagi itu raga Maira akan tetap cintakan abang. Melainkan Allah takdirkan perpisahan untuk kita." Hanya doa yang dapat menenangkan hatinya ketika itu.

"Sayang maafkan abang? Atas apa yang abang dah buat pada sayang sebelum ni?" Soalan itu buatkan Humaira melirik sedikit. Wajah Azriel dipandang sayu.

"Abang masih fikirkan benda tu?"

Azriel angguk. Berbakul ketenangan pada raut wajah Azriel ketika itu. Tetapi tunak matanya tidak menyimpan hela. Berbungkus hiba.

"Abang tak ingat. Dan kalau boleh, abang tak nak ingatan tu menerpa abang lagi. Tapi abang tahu. Sebelum ni, abang zalim. Dayus." Ada kekecewaan yang berpintal-pintal pada cebisan nada Azriel.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now