Azriel tertunduk seketika. Menyedari bahawa pandangan Encik Yazid kepadanya seperti ada maksud tersirat. Seperti mencemuh.

"Tak apalah kalau macam tu. Maira balik dulu. Telefon Maira kalau abah perlukan apa-apa. Maira tak nak abah sakit," pesan Maira. Hanya dibalas dengan anggukan lemah abahnya.

Tatkala terasa bahunya diusap lembut, dia akhirnya bingkas. Lalu meninggalkan tempat itu dengan hati yang berat.

....

POSTUR badannya cuba untuk diubah. Kedinginan malam yang menggigit sedikit sebanyak mengganggu lenanya. Tatkala tangannya ingin menarik selimut menutupi tubuhnya, ada tangan lain yang terlebih dahulu menolong. Sebelum tubuhnya dipeluk.

Nyaman pelukan itu. Ada kehangatan yang menyejukkan hati yang di landa bahang. Selesa. Dia tahu siapa gerangannya. Wangian badan Azriel cukup membuat dia tenang.

Dia menemukan sekelumit kekuatan di situ. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Detik itu juga, wajah kacak Azriel menjamah ruang pandang.

Terasa tubuhnya ditarik lebih erat. Sehingga hidung mancung itu berlaga dengan dada Azriel. Dia mendongak. Mencari mata suaminya untuk ditatap.

"Kesayangan abang kenapa tak tidur lagi?" Soal Azriel. Lembut suara itu. Membawa seribu satu rasa nyaman.

"Maira rindukan bayangan syurga pertama Maira." Luahnya. Bersama mata yang sudah berkaca-kaca. Berusaha di tahan rasa sebak itu. Jika tidak, pasti mutiara putih akan membasahi pipinya lagi.

"Hey, jangan nangis. Allah ambil, sebab Allah sayang. Allah ambil, sebab dia tahu. Apa yang terbaik untuk kita," pujuk Azriel. Kelopak mata Humaira dikucup sekilas.

"Sekarang ibu dah tak ada. Mesti ibu keseorangan dekat sana." Membayangkan wajah ibu, hatinya kembali sunyi. Kembali disayat oleh kersani tajam.

"Tak. Ibu dah tenang. It's time for her to go and rest her tired head, sayang," ujar Azriel. Cuba menyalurkan kekuatan kepada Humaira.

Satu per satu walang yang melanda diranduk. Pasti jiwa Humaira layu. Dan kelelahan itu pastinya tidak berpenghujung. Terkadang dia terfikir. Kenapa Humaira boleh sekuat itu?

"Hati Maira sakit sangat." Usah dikata bagaimana sesaknya dada itu menahan nestapa yang datang. Tidak henti-henti. Bahkan rasa sakit itu tidak cukup jika hanya diceritakan melalui air mata.

"Hati sayang kuat. Sebab tu Allah pilih sayang. Ujian yang berat hanya untuk wanita yang hebat." Azriel senyum. Lagi dan lagi, senyuman itu berjaya mengubati hatinya yang sedang gundah.

"Abang tahu, kesayangan abang ni mesti penat. Tapi abang tak nak tengok dia menangis lagi. Hati abang sakit." Pandangannya kini jatuh melihat pipi merah Humaira.

"Pipi ni, selalu menjadi saksi berapa kali air mata sayang tumpah. Disebabkan abang. Disebabkan banyaknya cubaan yang sayang hadap." Tangannya naik mengusap pipi Humaira.

"Tapi pipi ni juga, jadi saksi kekuatan sayang bila sayang tersenyum. Senyuman menunjukkan ketegaran. Diam menunjukkan kesabaran. Lapang menunjukkan mahalnya ketulusan sayang," sambungnya lagi. Penuh sesal.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih sebab membisikkan teguran pada hati yang gelap itu. Jika tidak, pasti Humaira akan tersakiti lagi. Masih belum terlambat.

"Seandainya nafas Maira ditarik dulu, abang macam mana?" Tiba-tiba sahaja soalan itu meniti pada bibir Humaira. Buatkan senyuman Azriel mati serta-merta.

"Abang tak suka soalan ni." Enggan mulut itu mahu menjawab.

"Maira cuma tanya. Kalau Maira tiba-tiba pergi dari hidup abang, abang macam mana?"

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now