"Mana awak tahu?" soalnya, sedikit terkejut.

"Kampung ni tak luas mana pun. Kalau ada penjenayah, senang masuk penjara. He should be grateful that I didn't kill him." Masih ada sisa amarah terdengar dalam suara Azriel.

"Awak buat report polis?"

Persoalannya, sejak bila? Setahu dia, Azriel tidak pernah meninggalkannya semalam. Sepanjang kejadian semalam, Azriel menjadi penemannya.

"Aku minta tolong dengan kawan. Dia polis," jawab Azriel sebelum membelokkan kereta itu keluar dari persimpangan rumah Tok Wan.

Humaira diam. Ingin bertanya tentang Sarah, dia malas mahu panjangnkan perbualan. Cukuplah ketika itu dia rasakan canggung yang teramat. Jadi, dia memilih untuk melayan perasaannya seorang diri. Sementara menyaksikan suasana di sepanjang perjalanan.

....


"KITA bercerai, boleh? Lepaskan saya?" Kuyu nada bicara Humaira. Tetapi hatinya jauh lebih hancur. Berkeping-keping rasa sakit itu menghentamnya.

Terus Azriel mengangkat wajahnya. Jejaka itu memandang tidak percaya. Cuba mencerna apa yang baru sahaja Humaira sampaikan.

"Maira," Karl Azriel terhenti sejenak. Nadanya bergetar. Hanyut dalam perasaan layu yang tiba-tiba datang menyapa.

Terdengar seperti enggan untuk membalas kata-kata Humaira. Atau mungkin, lelaki itu sudah diasak dengan perasaan bersalah.

"Salah saya, Azriel. Salah saya yang pada awalnya tak menolak pernikahan kita. Sedangkan saya tahu perasaan awak dekat saya macam mana." Laura Humaira meraup wajahnya perlahan. Gadis itu tersandar kaku. Terhenyak dalam detak rasa yang mencengkam.

"Saya ingat, saya boleh gantikan tempat arwah Zaharah dalam hati awak. Tapi saya silap. Semakin saya cuba, semakin banyak rasa sakit yang saya dapat," sambungnya lagi.

Lebih baik diakhiri. Jika diteruskan, akan bertubi-tubi rasa sakit itu mendulang masa hadapan. Kendatipun air matanya bertukar menjadi darah, tetap tidak akan merubah apapun. Tidak akan membuat perasaan Azriel berpaling kepadanya.

"Kau menyesal kahwin dengan aku?" Tunak matanya masih terpaku pada raut wajah Humaira yang tentunya terlihat lelah.

"Awak buat saya keliru, Azriel. Jangan sampai kekeliruan tu buat saya semakin buta memandang awak." Seperti ada yang tersirat daripada apa yang Humaira ungkapkan.

"Jawab, Humaira. Kau menyesal kahwin dengan aku?" cantas Azriel, separuh mendesak. Dia mahukan jawapan daripada persoalan yang dia ajukan.

"Sedetik pun tak pernah ada penyesalan dalam hati dan perasaan saya. Cuma sia-sia. Sia-sia bila saya seorang sahaja yang berjuang." Apa yang sudah lama dipendam, akhirnya berjaya dia utarakan.

"Maira-"

"Awak selalu berubah, Azriel. Apa sebenarnya perasaan awak pada saya? Jangan layan saya dengan cara baik bila rasa benci awak terhadap saya masih ada." Humaira membalas pandangan Azriel. Bersama mata yang sudah berkaca-kaca.

"Saya tahu saya bukan Zaharah. Dan awak tak perlu beritahu saya benda ni berulang kali. Saya manusia biasa, Azriel. Bila sabar saya dah hilang, saya pun boleh marah, boleh menangis, boleh..." Humaira menarik nafasnya sedalam mungkin. Memejamkan kelopak matanya untuk seketika. Mencari-cari sekepal kekuatan.

"Boleh berubah." Entah bagaimana penghujung kisah mereka. Semuanya bercorakkan duka.

"Saya bukan hamba awak, Azriel. Tak boleh ke saya terima layanan yang baik? Walaupun bukan sebagai seorang isteri. Tapi setidaknya, sebagai seorang manusia. Tak boleh?"

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now