Bergetar bibir pucat itu melantunkan setiap tutur katanya.

Mimpi itu. Memori yang masih bermain dalam benaknya. Sejuta cara dilakukan sekalipun, tetap akan datang menghantuinya. Hari berganti hati. Ketakutan dan kegusaran tetap menyapa atmanya.

Dia masih ingat akan suara lelaki itu. Ingatan yang sukar hendak dikikis. Buatlah apa sahaja pun, benda itulah yang datang dalam mimpi. Pandanglah apa sahaja pun, jika dia keseorangan, pasti bayangan ngeri itu muncul. Tidak pernah lekang. Tidak pernah hilang.

Klik!

Seketika, semuanya tergendala. Dia melihat figura yang baru sahaja terjengul di pintu. Entah sejak bila dia berada di atas katil, dia sendiri tidak tahu.

Sekarang, Karl Azriel berjalan menghampirinya. Jejaka itu menghulurkan segelas air putih kepadanya. Mahu tidak mahu, gelas itu disambut. Kemudian, laju dia meneguk air tersebut.

"Terima kasih." Seperti biasa, kata-katanya dibiarkan tidak dibalas.

'Dia angkat aku. Dia? Angkat aku? Biar betul? Habis, macam mana aku boleh ada dekat atas katil?' getus Humaira sendirian. Sekadar bermain dengan monolognya.

"Kau meroyan apa sampai nangis dalam tidur? Siap minta tolong bagai. Gila?" Azriel melabuhkan punggung disampingnya. Sudah pasti, jaraknya tidak terlalu jauh. Dia melihat jejaka itu memegang cool fever. Ketika dihulur, laju dia menyambut huluran itu.

"Awak angkat saya?" ajunya. Dibiarkan persoalan Azriel berlalu. Kalau dia cerita, Azriel percaya ke?

"Aku tanya, jawab." Merudum nada Azriel kala itu.

"Saya nangis? Mungkin, sebab mimpi buruk. Saya pun tak tahu," bidasnya. Cuba meyakinkan Azriel yang sedari tadi menatapnya mendalam.

Dalam diam, dia menyimpan senyum. Hari masih belum berganti. Azriel bukannya sekejam itu. Ingatkan nak biar dia tidur dalam bilik air itu, rupanya tidak. Baik juga suaminya itu.

"Betul?" masih tidak berpuas hati, Azriel bertanya lagi. Menerima anggukan daripada Humaira, terus lelaki itu berdiri tegak. Kemudian, langkahnya diatur meninggalkan gadis itu.

Sebelum keluar, Azriel berpaling. Raut wajahnya cukup menggambarkan rasa musykil.

"Aku dapat tahu kau sorok something dekat belakang aku, siap kau."

Umpama amaran, naik gerun Humaira mendengarnya. Eleh, ugut orang reti pula. Bila nak minta maaf?

"Man... Mana ada."

"Esok, kita balik rumah Tok Wan aku. Dia nak jumpa kau," sebaik sahaja selesai berbicara, terus Azriel menghilang. Sudah biasa dengan tingkah pelik Azriel. Mahu tidak mahu, diturutkan sahaja.

....

FANA melabuhkan tirainya. Bulan yang semakin naik mengambang, berkilauan di atas dedaunan menjadi penghias suasana pada ketika itu. Hembusan bayu terasa dingin menggigit seakan-akan melontarkan ketangguhannya. Bersama nyanyian camar dan cengkerik malam yang mesra berteman dengan alam.

Sayup-sayup, telinganya menangkap sebulat suara. Suram kedengarannya. Entah dari mana datangnya. Entah di mana dia berada. Entah siapa pula gerangan hamba Allah yang sedang bergumam itu.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon