𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕟𝕘 𝕋𝕨𝕚𝕟𝕤 ³²

179 18 1
                                    

*。Mohon maaf sekiranya ada typo dan ayat merapu..

"Aku tak sangka kau ada kat sini Shen hyung." Gempa memandang Shen dengan pandangan menyampah sambil melindungi Blaze di belakang.

"Li Qiang, lama tak jumpa kau. Dah hampir 4 bulan kita tak berjumpa." Shen atau dikenali sebagai John tersenyum ramah pada Gempa seakan tiada apa-apa yang berlaku dahulu.

"Apa yang kau buat kat sini dan kenapa kau serang adik aku? Kalau kau nak lawan dengan aku jangan pernah sasarkan pada adik beradik aku lagi."

"Jangan marah-marah A-Qiang, ge cuma nak main-main dengan budak je, lagipun ge dah tahu yang A-Qiang akan muncul kalau ada orang usik adik-beradik A-Qiang ni."

Sementara Blaze di belakang.....

'apa yang diorang cakapkan ni? Nak cakap Korea macam bukan. Rasanya ni bahasa cina. Ish, patutnya aku tak skip kelas bahasa cina. Abang Gempa macam kenal lelaki ni.'

"Blaze, cepat menyorok kat tempat yang selamat. Lelaki ni nampak je baik tapi dia pernah cuba untuk tikam abang dulu. Cepat sembunyi dan telefon abang Halilintar dan abang Taufan." Gempa menyuruh Blaze melakukan itu semua kerana dia tak tahu apa yang Shen aka John rancangkan ini.

"Ba....baik" Blaze terus berlari ke dalam sekolah. Dia bukannya lemah atau penakut tapi bila dia tengok muka Gempa yang serius tadi jadi dia buat keputusan untuk buat apa yang Gempa suruh.

Blaze mengambil telefon bimbitnya dari beg dan mula telefon Taufan. Tak sampai 10 saat, Taufan menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum Blaze, kenapa ni? Kau dengan Gempa kat man-" "Abang Taufan, sekarang ni abang Gempa tengah berlawan dengan seseorang, mereka macam saling kenal. Tolong datang sekarang abang." Blaze memotong pertanyaan Taufan dan meminta bantuan pada Taufan supaya datang. Taufan terdiam dan menjawab.. "baiklah, tunggu kat situ. Abang akan datang secepat mungkin." Taufan terus tutup panggilan itu.

Kembali semula ke Gempa...

Gempa mula mengeluarkan sikat rambutnya yang dia simpan dalam poket. Dia cabut di bahagian atas dan sikat itu menjadi pisau.

Dia sekarang akan sentiasa bersedia takut kalau tetiba musuh menyerang seperti terjadi dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia sekarang akan sentiasa bersedia takut kalau tetiba musuh menyerang seperti terjadi dulu.

Mereka saling beradu pisau, keduanya taknak mengalah dalam berlawan tapi Shen nampak kepenatan dan seperti menahan kesakitan sebab tendangan Gempa tadi. Al hasil, Gempa berjaya campakkan pisau milik Shen.

𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕟𝕘 𝕋𝕨𝕚𝕟𝕤 (𝐵𝑜𝑏𝑜𝑖𝑏𝑜𝑦 𝑉𝑒𝑟𝑠)Where stories live. Discover now