Kisah - 75

79 10 3
                                    

{Masa silam ketika Tengku Puteri Seri Dahlia yang sebenar datang ke Kampung Empat Puncak...}

"Ampun Tengku, patik mohon sungguh agar cadangan ini ditarik semula" Tok Penghulu kini melutut di hadapan Tengku Dahlia yang bengis bagaikan singa wajahnya ketika itu. Beliau mengambil tempat duduk di kerusi Tok Penghulu sendiri. Dewi kekal berada di sisinya.

Tengku Dahlia sekadar memandang Tok Penghulu sebelah matanya. "Kalian sangka beta berangkat tiba ke mari untuk meminta pendapat kalian?" sinis nada bicara Tengku Dahlia memandang serong ke arah penduduk lainnya juga.

"Beta hadir ke mari hanya untuk beritahu. Bukan untuk meminta pendapat. Jangan kalian melampau tatkala berurusan dengan beta" meja pejabat Tok Penghulu dihentak Tengku Dahlia kasar. Wajahnya jelas terlukis bengis. Langsung tiada aura wanita sejati dalam dirinya. Garangnya bagaikan singa buas.

Surat perjanjian berada kemas dalam genggaman tangan Tengku Dahlia. Isi kandungan surat itulah yang mencetuskan ketidakpersetujuan penduduk kampung terhadap perjanjian itu.

Memandangkan bumi Kampung Empat Puncak itu kawasan yang bagus, malah semua penduduk di situ adalah dari kalangan orang berada, Tengku Dahlia mewujudkan suatu rancangan. Sehidup semati, kesemua penduduk Kampung Empat Puncak dan segala keturunannya harus berbakti pada kerajaan dengan memberi sumbangan berjumlah lumayan bagi membantu rakyat kerajaan yang masih berada dalam kesusahan.

Cadangan Tengku Dahlia ada bernasnya namun semua penduduk tidak bersetuju. Mereka golongan bangsawan. Bukan sahaja punyai pangkat, namun mereka juga punyai nama dan disegani oleh ramai pihak. Membantu golongan susah mungkin mereka mampu namun memberi sumbangan dalam jumlah lumayan menimbulkan ketidakpuasan hati mereka.

Tambahan pula, terkandung juga dalam surat perjanjian itu bahawasanya kampung itu tidak lagi akan didiami oleh golongan dan keturunan mereka sahaja, malah golongan bawahan turut dibenarkan mendapat tempat di kampung itu memandangkan kawasan kampung agak besar namun tidak lagi didiami oleh mana-mana penduduk akibat ketandusan keturunan.

Menyedari bahawa tradisi nenek moyang mereka bakal dinoktahkan, malah membawa masuk orang asing ke Kampung Empat Puncak, menyebabkan ramai pihak mengamuk tatkala mendengar isi kandungan perjanjian.

Malah penduduk semuanya tiada yang berani untuk membantah bicara Tengku Dahlia yang galak memaksa Tok Penghulu menurunkan tandatangan tanda bersetuju.

"Ampun Tengku beribu ampun. Patik mohon sekali lagi agar sekurang-kurangnya diubah beberapa perkara yang tertera dalam perjanji-" Tok Penghulu sekali lagi merayu. Maruah dirinya terasa disiat-siat tatkala dia perlu melutut di hadapan seorang gadis yang jauh lebih muda darinya. Api amarah mencengkam seluruh lubuk hatinya.

"Turunkan tandatangan kau. Beta tiada meminta, beta mengarah" garau suara Tengku Dahlia mengarah. Wajahnya tiada terlihat terkesan langsung dengan tindakan Tok Penghulu yang melutut di hadapannya. Raut wajahnya masih seperti biasa, garang dan bersahaja.

Tok Penghulu mengetap bibirnya geram. Dendam mula terbit dari sudut hatinya. Sejak itulah bermulanya rancangan yang dirancang bersama seluruh penduduk kampung penuh teliti hinggalah ke kejadian terkini.

————————————•••————————————

Hairan, Tengku Dahlia yang dahulunya bengis bagaikan singa kini terlihat baik dan manis orangnya. Malah terlihat jelas juga akan sifat simpatinya terhadap semua penduduk. Bagaikan langit dengan bumi, berbeza sungguh sifat Tengku Dahlia dahulunya dengan yang terkini. Penduduk kampung turut hairan namun mereka tiada mengendah akan hal itu kerana yang lebih penting tika ini adalah supaya Dahlia menurunkan tandatangannya tanda pembubaran perjanjian.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now