CYBERAYA 9

207 20 15
                                    

Untuk menjadi ejen yang berprestasi mereka memerlukan latihan yang keras dan pengalaman yang cukup banyak.Itulah yang diperlukan untuk menjadi antara ejen yang terhebat di dalam m.a.t.a tidak peduli umur mereka masih muda atau sudah tua.tetapi entah bagaimana organisasi ini telah mengubah ali menjadi senjata yang sangat berbahaya untuk mereka gunakan.

Mereka semua sangat tidak percaya ali yang dulunya ejen yang berpotensi menjadi antara super ejen terhebat m.a.t.a telah menjadi senjata yang mematikan.ketua teras ingin mengetahui bagaimana organisasi boleh mengubah ali menjadi begini.kekuatan ali yang sekarang cukup kuat untuk menghadapi empat ketua teras secara serentak dan bukan tidak mungkin mereka akan dikalahkan.

Sekarang mari kita berbalik kepada situasi niki yang sedang menghadapi dua doktor organisasi yang dianggap sangat bahaya bahkan oleh ketua-ketua organisasi.boleh dikatakan situasi niki yang sekarang tidak terlalu baik.niki telah mengalami beberapa luka dan juga tenaga ketika menghadapi salah seorang doktor organisasi tersebut.

Belum lagi niki baru sahaja berhadapan dengan aliya sebelum datang ke sini untuk menyelamatkan para ejen m.a.t.a yang telah ditawan oleh mereka.jika mengenai konco-konco cinco mereka sedang menghadapi doktor organisasi yang lagi satu.

Niki sedang berhadapan dengan alex seorang doktor lelaki yang menggunakan senjata pisau bedah.pisau bedah itu terlihat seperti pisau bedah biasa namun entah bagaimana senjata tersebut tidak mengalami sedikit pun kerosakan ketika berhadapan dengan niki.

Trez dan rakan-rakannya sedang berhadapan dengan seorang doktor perempuan yang bernama vessa.senjatanya merupakan jarum suntik tetapi saiznya lebih besar dari biasa.serangan vessa ini sangat merepotkan kerana dia menyerang dari jarak jauh yang membuatkan trez dan yang lain tidak boleh mendekat.

Walaupun senjata vessa hanyalah jarum suntik sahaja tetapi kandungan jarum tersebut terdapat pelbagai jenis cecair dan salah satunya ialah racun.racun itu bukanlah racun biasa kerana racun tersebut telah dicampur dengan azurium.

Alex:ckckck....tak sangka kau dapat bertahan selama ni kau lebih bagus dari bawahan-bawahan sampah dari dalam organisasi ni.apa kata kau fikirkan semula?sertai kami dan aku jamin aku akan lepaskan kawan-kawan kau.

Niki:kau fikir aku bodoh?aku takkan percaya melalui mulut orang yang telah korbankan banyak orang tak yang bersalah.

Alex:kau pun apa bezanya?bukan ke sebelum ni kau hampir hancurkan orang-orang cyberaya yang tak bersalah?kalau bukan sebab budak ali tu yang sempat hentikan kau mungkin rancangan kau dah berjaya.

Niki:aku akui memang aku salah tapi aku tak sekejam kau yang lakukan eksperimen terhadap manusia!

swushhh!

Niki:apakah?

Slashhhhh!

Nasib baik niki sempat mengelak dari serangan tiba-tiba milik alex namun pipi kiri niki telah terluka sedikit.

Alex:ehhhh tak sangka kau dapat elak.

Alex melihat pisaunya yang dilumuri oleh darah niki lalu menjilatnya.kelihatan alex sangat menikmati darah yang menyentuh permukaan lidahnnya.niki melihat dengan rasa jijik dengan tingkah alex yang seperti bukan manusia.

Alex:tak sangka darah kau boleh tahan lazat juga.

Niki:hiyahhh!

Serangan demi serangan diberikan kepada alex tetapi alex tetap dapat mengelaknya dengan sangat mudah.sambil mengelak alex membalas dengan memberikan serangan kecil untuk melukai niki di beberapa bahagian.

Alex:ini je kemampuan kau?aku hairanlah kenapa aku perlu berhati-hati dengan kau sedangkan kemampuan tak sehebat mana pun.

Slashhh...slashhh...slashhh...

(MISSION) EJEN ALI DAN BOBOIBOY Where stories live. Discover now