LAWAN

325 27 26
                                    

Langkah ejen rizwan dan yang lain terhenti lalu melihat ke belakang atau lebih tepatnya ke arah semak yang tidak jauh dari tempat mereka berada.

Rizwan:keluarlah tak payah nak sembunyi lagi.

Namun tiada reaksi yang ditunjukkan di kawasan semak tersebut.itu telah membuatkan ejen rizwan kesal.

Rizwan:jangan paksa aku ke sana.

Masih lagi tiada reaksi yang ditunjukkan dan itu membuatkan ejen rizwan bertambah kesal.jadi ejen rizwan pun ingin bergerak ke arah semak tersebut namun di halang oleh cinco.

Cinco:biar saya yang uruskan.

Tidak lama kemudian muncul segerombolan benda kecil berwarna hitam.benda itu ialah microburg yang merupakan senjata andalan milik cinco.

Cinco:mari kita lihat adakah kamu semua masih lagi mahu sembunyikan diri?

Microburg itu pun bergerak ke arah semak-semak tersebut dan tidak lama selepas itu terdapat beberapa orang yang melompat keluar dari semak tersebut untuk mengelak daripada terkena serangan microburg milik cinco.

Cinco:saya ingatkan siapa yang ikuti kami dari tadi rupa-rupanya budak-budak mentah yang tak sedar diri.

Fang:siapa kau cakap budak-budak mentah?

Cinco:siapa lagi kalau bukan kamu semua?

Rizwan:sudah cinco.kita datang ke sini bukan untuk cari masalah.

Ejen rizwan berjalan ke arah sekumpulan remaja tersebut.di sana terdapat 2 orang remaja perempuan dan 2 orang remaja lelaki.

Rizwan:maaf atas kelakuan kawan saya tadi tapi boleh saya tahu kenapa kamu semua ikuti kami?

Remaja-remaja tersebut saling berpandangan sebelum mengangguk.

Yaya:kami ikut abang sebab pakaian yang abang pakai tu.

Rizwan:pakaian yang saya pakai?kenapa?ada masalah?

Yaya:pakaian yang abang pakai sama dengan pakaian yang kawan kami pakai.

Ejen rizwan mengerutkan dahinya apabila mendengar apa yang dikatakan oleh remaja perempuan yang ada di depannya.

Ada orang lain yang menggunakan pakaian yang sama dengannya.itu bermakna ada ejen yang berkemungkinan terselamat semasa penyerangan cyberaya.

Tapi kenapa ejen itu ada di sini?adakah ejen itu tahu bahawa ejen djin juga ada di sini?tapi jika difikir balik mungkin ejen yang dimaksudkan itu ialah ejen djin.

Rizwan:warna apa pakaian yang dia gunakan?

Yaya:erhmmm kalau tak silap saya ada warna merah,biru,putih dan kuning.

Karya:saya tak pernah pula dengar ada ejen menggunakan pakaian yang mewakili kesemua teras.

Ejen karya dan yang lain sudah berada di belakang ejen rizwan dan mereka mendengar pembicaraan antara ejen rizwan dan remaja perempuan tersebut.

Rizwan:kamu cuba nak tipu saya?

Yaya:tak saya cakap benda betul.memang kawan kami tu pakai pakaian yang ada keempat warna tu.

Memang wajar rizwan dan yang lain tidak tahu bahawa ada ejen yang mampu menggunakan kesemua teras.ejen yang dimaksudkan ialah ali ghazali.semua ketua teras telah bersetuju untuk tidak memberitahu ejen-ejen yang lain bahawa ali ialah ejen yang mewakili kesemua teras.

Itu pun kerana permintaan ali terhadap ketua teras yang mula-mulanya ingin mengumumkan perkara tersebut.tetapi sebab ali menolak pengumuman tersebut hal ini pun hanya menjadi rahsia antara ketua teras dan ali.

(MISSION) EJEN ALI DAN BOBOIBOY Where stories live. Discover now