CULIK

349 27 15
                                    

Tok abah:lebat betul hujan dekat luar tu.harap-harap tak adalah sampai banjir kawasan ni.

Tok kasa:hmmm harap-harap macam tu la.

Gempa bersama tok abah dan tok kasa sedang berada di tapops-u untuk sembunyikan ali.mereka semua sudah berada di sini lebih kurang 8 jam.

Sejak mereka mendapat maklumat dari komander kokoci mereka tidak pernah cuba untuk keluar untuk melihat keadaan di luar kerana ada beberapa sebab.

Sebab pertama di sini hanya ada gempa yang boleh bertarung untuk lindungi ali,tok abah dan tok kasa.sebab yang kedua pula ialah gempa tidak tahu berapa ramai musuh yang akan datang ke sini.

Walaupun mengikut maklumat yang diberikan komander kokoci bahawa hanya ada dua orang musuh saja namun mereka tidak terlalu pasti apakah itu jumlah sebenar mereka.

Boleh jadi jika terdapat lagi orang-orang bertopeng yang lain selain mereka berdua.

Tok abah:ali masih tak bangun lagi?

Gempa:belum tok.dah nak dekat 8 jam tapi ali masih lagi belum sedar.ni semua salah tok kasa punca ali jadi macam ni.

Gempa melirik tok kasa yang sedang tersenyum canggung.

Tok kasa:hahahahaha maafkan tok.tok tak tahu pula dia akan pengsan lama macam ni.

Gempa:tak apalah.nanti ali sedarlah tu.

Brtttt........brtttt.........brtttt...........

Tiba-tiba gempa,tok abah dan tok kasa merasakan pangkalan tapops ini bergegar dengan sangat kuat.

Tok abah:ehhh?apa jadi ni?

Tok kasa:gempa!tengok ni!

Gempa menuju ke arah tok kasa yang sedang melihat sesuatu di skrin.

Gempa:kenapa tok kasa?

Tok kasa:kamu tengoklah sendiri.

Gempa:apakah?

Di skrin gempa melihat terdapat dua orang bertopeng dan salah seorang dari mereka berdua cuba menggali tanah dengan pisau terbang.

Dari situ gempa dapat tahu bahawa mereka berdua sangat berbahaya.

Tok kasa:cepat mari kita pergi dari sini.

Gempa:kenapa kita perlu pergi dari sini pula tok kasa?

Tok kasa:situasi kita sekarang tidak terlalu baik.tok rasa kamu akan kesulitan untuk menghadapi mereka berdua jika mereka masuk ke sini.lagi pula tugas kita ialah bawa ali ke tempat yang selamat.

Gempa:tapi kita nak bawa ali ke mana?

Tok kasa:Kita lari dulu.nanti kita fikirkan tempat yang selamat untuk ali.

BOOOM!

Dari atas turunlah dua orang bertopeng yang gempa dan tok kasa lihat di skrin tadi.

Ace:lari?kamu semua nak lari ke mana?

?:kalau nak lari serahkan budak yang kamu semua jaga tu.

Gempa:ce...cepatnya.sekejap saja mereka dah gali lubang hingga masuk ke sini?

Gempa,tok abah dan tok kasa sangat terkejut melihat musuh sudah ada di depan mata mereka.

Ace:aku tak nak buang masa lagi.rasakan ni hiyahhh!

Ace melompat ke udara dan terjun secara menjunam ke arah gempa dan tok kasa.

Tok kasa:elak gempa!

Boooom!

(MISSION) EJEN ALI DAN BOBOIBOY Место, где живут истории. Откройте их для себя