Bab 11 - Bahagian 2 - Perkenalan

3 3 0
                                    

Dari tadi matanya asyik melihat si pelayan wanita berambut ikal itu. Rambut hitam pekat yang ditocang ekor kuda itu tergantung tinggi menyerlahkan leher jenjang putih melepak. Setiap kali langkah diayun rambut itu galak melompat-lompat sehingga menarik perhatian beberapa pasang mata termasuk dirinya.

Lelaki itu dibuai mimpi mengidamkan si jelita sebagai makmumnya. Tersengih macam kerang busuk dia dibuatnya dengan anganan indah itu. Sesekali mata si jelita tertacap ke arahnya bersama senyuman manis.

Maka semakin berbungalah hati dia. Manakan tidak, pelanggan lelaki yang memerhati ramai, tetapi hanya pada dia si pelayan membalas pandangan. Tak sia-sia dia jadi pelanggan tetap restoran itu selama tiga bulan berturut-turut. Masuk saja gaji terus dibelanja ke restoran itu. Hujung bulan pun dia berani ke sini walupun dompet kian menipis. Daripada full set meal ke nasi bajet lima ringgit. Asalkan dapat merawat rindu pada si dia.

Sedang dia ralit mencuci mata, seorang pelanggan duduk di meja depan dan menghalang pandangannya dari pujaan hati. Dia berdecit geram. Punya besar kedai ni, depan aku juga nak duduk. Kacau daun betul!

" Ish, minah tomboi mana pula ni?"

Kalau boleh mahu terkeluar biji mata dia menjeling orang tu, tak puas hati punya pasal. Si minah tomboi tu berpakaian longgar dan selekeh. Topi baseball, oversize jacket, cargo pants dan selendang yang diselempang ke bahu.

Mungkin didengari bahawa dia dikutuk, perempuan itu menoleh.

Hakim terkejut beruk. Alamak, isteri bos rupanya! Janganlah dia dengar aku kutuk.

" Er... Hi Cik Puan Sofea. Puan sihat?"

Aishah mengangkat kening, earphone ditanggal sebelah.

" Seorang je ke? Nadim mana?" Hakim mencuba lagi.

" Ya saya seorang, Nadim kan kerja. Break time?"

Hakim mengangguk.

" Puan first time datang sini?"

" Ya. Katanya menu sini best-best. Itu yang saya nak cuba makan hari ni."

" Puan dah tahu nak order apa? Kalau tak saya boleh cadangkan set A tu. Yang tu paling popular dengan kuantiti dia memuaskan dan berbaloi. Saya dah cuba memang puas hati, sedap pun sedap."

Mengalahkan pekerja dia beriya recommend. Tapi Aishah hanya membalas dengan pandangan pelik.

Hakim meneguk liur, dia ada buat salah kah?

" Awak memang panggil saya Puan ke sebelum ni?"

" Eh- tak, tak. Saya Cuma hormat awak sebagai isteri bos saya. Janganlah marah Sofea, kita gurau-gurau saja ya? Jangan beritahu Nadim."

Pelayan datang ke meja Aishah untuk mengambil pesanan.

" Saya nak set A dengan air suam." Kemudian dia menoleh ke belakang.

" Hakim, dah pesan?"

" Dah, dah. Saya baru habis makan ni."

" Tak nak pesan lagi? Desert ke?"

" Eh, awak nak belanja ke?"

" Ya."

" Wahh! Biar betul ni? Berbesar hatinya saya..."

" Awak kan pekerja Nadim, apa salahnya saya belanja sebagai sedikit penghargaan khidmat awak pada suami saya." Aishah turut tersenyum ikhlas.

" Oklah kalau macam tu. Dik, bagi mi goreng satu."

Pelayan itu meninggalkan meja. Mata mereka berdua menghantar pemergian pelayan lelaki itu.

" Enjoy your meal, Hakim." Aishah segera menoleh ke depan semula dan memasang earphone.

She as HerWhere stories live. Discover now