Bab 10 - Bahagian 1 Akhir - Berbeza

4 3 0
                                    

Aku merenung jerawat gemok yang terletak ditengah-tengah dahi. Wahh! Bukan main eh? Kat situ jugalah kau nak bertapa. Kalau kecik tak apa juga. Ni gedempol. Ada beberapa jerawat kecil juga dekat pipi.

Telefon berdering.

" Assalamualaikum, Shah. Dah siap?"

" Waalaikumussalam. Ya nak siap dah ni."

" Kau drive sendiri kan?"

" Naik Grab je kot."

" Ok. Aku tunggu kat luar mall ni."

" Ok. Wait for me."

Aku matikan panggilan. Hari ni aku jadi third wheel untuk date Maira dengan tunang dia bagi tujuan mencari barang perkahwinan.

Setiap kali Maira date, aku akan jadi orang ketiga. Kira oklah kan? Kalau setan ikut serta nak ajak buat maksiat, tak jadi sebab dia ada company iaitu aku. Nombor genap lagi macam double date. Astaghfirullah, apa aku merepek.

Actually sebabnya, ibu Maira tak akan beri anak perempuan tunggalnya keluar berduaan dengan bukan mahram biarpun lelaki itu bakal suaminya kelak. Maira kata sebelum ni pun aku kerap teman dia jumpa dengan tunang dia masa baru kenal. So, misi aku diteruskan sampai dia orang naik ke jinjang pelamin. Lepas tu bolehla mereka berdua love bird pergi mana-mana tanpa ada orang lebihan mengekor seperti aku.

Aku sampai ke tempat yang ingin ditujui. Nampak Maira dalam Starbucks seorang.

" Tunang kau tak sampai lagi?" Aku berdiri sebelah dia sambil meninjau kawasan.

" Belum... Dia otw, baru keluar office." Matanya masih terkunci di skrin telefon. Tengah text someone.

" Kau order air apa? Nak sikit?"

" Ambilah."

Maira menutup telefon dan pandang aku.

" Shah, duduklah- Oh, dear..."

" Kenapa dengan dahi kau?"

" Oh ni? Naik jerawat."

" Kau tak ikut ke skin care routine yang aku send kat kau?"

Aku diam.

" Kau ada skip step ke?"

" Alah satu je pun. Kita mana boleh escape jerawat."

" Kulit kau tu jenis sensitif tau. Kalau naik balik satu muka macam dulu jangan kata aku tak peringat."

Aku bersandar di kerusi. Leceh juga kena ikut step itu ini untuk dapat kulit mulus. Dengan kena pergi gym lagi.

" Kau ada pimple patch?"

" Benda apa tu?"

" Kejap, rasa aku bawa."

Maira hulur keluarkan satu kotak dan tarik tangan aku. Dia letak something kat dahi aku.

" See? Tak adalah nampak sangat."

Aku tengok cermin. Ketara juga uii.

" Kata tunggu dekat depan pintu masuk. Ada sini pulak."

Aku mendongak melihat jejaka di sebelah. Tinggi dan berpakaian kemas. Dia memandang Maira.

" Saya tunggu awak lambat sangat. Dah setengah jam kata nak sampai tapi tak keluar-keluar office lagi."

" Sorry Nis. Tiba-tiba ada kerja masuk. Laporan la bagai time orang nak balik."

Nisya Umairah nama penuh Maira.

Lelaki itu memandang aku pula.

" Long time no see, Sofea."

She as HerWhere stories live. Discover now