Bab 3 - Nadim

7 3 0
                                    

Aku bangun pukul 11 pagi. Dasar anak dara pemalas! Eh, aku dah kahwin. Maaflah tak ada memori pasal hari akad nikah, jadi tak terasa berumahtangga sangat. Bila dapat cuti wanita ni memang syok bangun lewat. Lagi-lagi bila tak ada yang akan berleter sekarang. Aman je.

Aku hargai usaha Nadim nak beri aku waktu untuk terima perubahan ni. Walaupun kalau dah bergelar suami isteri, dia boleh je bertegas nak dapatkan hak dia. Tapi... Bagi aku, aku masih Aishah yang seminggu lepas baru dapat keputusan SPM, di mana perkahwinan bukanlah sesuatu yang aku inginkan buat masa terdekat. Tapi, apakan daya benda sudah terjadi. Ikatan yang sah sudah terjalin. Nasiblah dapat suami seperti Nadim yang cukup memahami.

Nadim, dari apa yang aku lihat... Orangnya kelihatan sungguh polos dan innocence. Jenis orang yang boleh dikatakan jarang sekali tinggi suara apatah lagi naik tangan. Memang beruntunglah siapa yang dapat dia. Luckily, akulah orang tu. Mungkin ini apa yang menarik perhatian aku kepada lelaki ini.

Tapi bagaimana dengan dia? Apa yang buat dia tertarik dengan aku? Aku melihat refleksi pada pantulan cermin. Wajah seorang wanita yang berambut panjang ikal mayang dan berkulit cerah terbias. Apa kejelitaan yang menarik minat si dia untuk meminang aku? Apa personaliti aku sama seperti sebelum ini?

Seketika, ingatan tentang rumah dan kehidupan lama singgah di fikiran. Kepala berpinar sedikit, aku menahan tangan ke dinding bilik air.

Sejak dari hari pertama aku celik mata, aku tak sudah-sudah memikirkan apa yang jadi dengan kehidupan lama aku. Di mana ibu? Mana mungkin dia akan membiarkan aku sendirian kerana aku aset berharganya. Apa musuh-musuh lamaku tidak tadang bertandang? Tak mungkin selama lapan tahun ni aku dapat hidup dengan tenang dan bebas sepenuhnya dari kehidupan itu. Namaku masih sama, wajahku, identitiku...

Ring!!!!

Bunyi ringtone telefon rumah mematikan lamunan.

Ganggang telefon dirapatkan ke telinga "Hello?"

" Assalamualaikum orang di sebelah sana. Dah bangun ke? Best tidur?"

Tak guna, dia siap perli lagi.

" Waalaikumussalam, dah lama bangun."

"Yalah tu, tadi call pukul 8 pagi pun tak angkat pun."

"Ok, aku bangun pukul 11."

" Hahaha, bagus jujur."

" Kenapa call?"

" Ohh, nanti lepas zohor kita pergi rumah Umi tau. Aku balik petang, kau siap la awal-awal."

Darah menderau laju.

" Umi siapa?"

" Umi sayalah, mak mertua kau."

" Ohh ok. Umi nak jumpa ke?"

" Haah, dia kata nak masak untuk kau sebab masa kat hospital haritu dia tak sempat datang jenguk."

"Kenapa, Umi ada hal ke hari tu?"

" Umi ada kat perlis ikut Abi jaga Tok Mak sakit."

Aku ingat sengaja mak mertua aku tak datang, sebab reaksi Maira bagi macam ada yang tak kena je. Mungkin aku yang overreacting.

"Jadi, Tok Mak dah ok ke sekarang."

" Ya alhamdulillah, Pak Long pulak tolong tengokkan dekat kampung."

Aku mengangguk.

" Siap-siaplah dulu, nanti aku balik kita gerak."

" Ok baik."

" Assalamualaikum orang sana."

" Waalaikumussalam orang sinun."

Tut....

She as HerWhere stories live. Discover now