Bab 4 - keluarga si dia

4 3 0
                                    

Arjuna. Macam pernah dengar nama tu. Oh, Nadim kenalkan dalam kereta tadi! Inilah abang kepada Nadim, yang sulung dan yang paling berjaya dalam career menurutnya. Muka mereka berdua memang tiada iras sikit pun.

Makanan dah dihidangkan di meja. Selepas lama bertikam lidah, akhirnya Nadim mengalah dan bantu Umi hidangkan semua juadah ke meja. Kenapa tak aku je yang bantu? Soalan bagus. Semua orang dalam rumah ni layan aku bak tuan puteri sebab katanya orang sakit perlukan banyak rehat.

Lauk terakhir yang merupakan juadah utama diletakkan ditengah meja. Aku meneguk liur. Alamak!

" Fea, Umi buat masak lemak hari ni. Kamu tu dah macam suami tak jaga makan, kurus sangat. Nanti apa pula saudara-mara kata bila tengok kamu macam ni, Nadim jugak yang kena tuduh yang bukan-bukan. Ni Umi dah masak lauk kegemaran kamu, makan banyak sikit."

Gulp! Dingin sedingin salju nada suara mak mertuaku.

" Yaa, Umi." Macam semut suara aku jawab.

Nadim pandang aku.

" Err... Umi, Shah tak minat masak lemak..." Nadim bersuara.

"Hah?" Umi kelihatan bingung.

" Suka, suka! Saya suka masak lemak. Terima kasih ya, Umi." Semua orang kat meja pandang aku. Terkejut barangkali dengar anak semut terjerit.

Aku cedok lauk ke pinggan. Baru nak suap nasi ke mulut.

" Sofea."

" Ya, Umi?"

" Cedok pinggan sendiri je? Takkan nak biar orang lain tolong cedokkan untuk Nadim? Nak Umi yang buatkan juga ke?" terpinga-pinga aku dibuatnya.

" Eh, takpe-takpe, Umi. Nadim boleh cedok sendiri. Bukan jauh pun lauk."

" Jangan menangkan sangat isteri tu. Takkanlah benda senang nak kena ajar. Kalau layan suami kat meja makan pun tak reti, benda lain boleh buat ke?" Fuh, sindir dia sampai ke tulang kering mat!

" Mana ada, Umi. Shah layan Nadim okay je lah kat rumah. Umi je yang tak nampak." Nadim mengerling ke arahku seraya memberi senyuman manis.

Umi melepaskan keluhan. Nak telan nasi pun tak tenang aku dibuatnya.

" Macam mana pergi Ipoh minggu lepas?"

" Okay, Umi. Susah jugalah nak yakinkan writer baru tu."

" Eh, kata baru nak debut. Kenapa memilih sangat bila dapat tawaran untuk publish buku dia?"

" Nama dia tengah naik dalam media social, Umi. Syarikat publisher yang besar-besar nak contract dengan dia. Tapi, dia reply Nadim punya tawaran dulu. Itu yang tak fikir panjang Nadim pergi jumpa dia terus."

" Kenapa pulak sampai kena pergi Ipoh jumpa dia? Tak boleh ke chat dalam email ke WhatsApp ke? Tak pun hantar je lah Hakim pergi."

" Entahla, dah dia nak jumpa Nadim sendiri. Bukan Nadim banyak kerja sangat, alang-alang boleh bercuti."

" Penulis tu syok kat Abang, Umi." Mawar menyampuk sambil tersengih macam kerang busuk.

Umi pandang Nadim dengan mata helang.

" Mana ada Umi, mengarut je budak ni."

"Betul, Umi. Abang Hakim yang cerita. Dia kata penulis tu muda, 22 tahun baru. Lawa pulak lagi."

Hakim... Siaplah kau aku jumpa kat pejabat nanti, getus hati Nadim.

" Habislah kak Fea... Dah ada love rival."

" Mawar." Ha, sekali je Umi bersuara diam budak tu. Tertunduk-tunduk macam padi.

" Kalau Sofea ada love rival pun, bukannya jalan. Sebab mata Nadim nampak Sofea seorang je." Akhirnya teruna Arjuna bersuara.

She as HerWhere stories live. Discover now