Bab 7 - Hadiah

5 3 0
                                    

" Umi suruh balik hujung minggu ni. Nak sambut birthday abi."

Tangan Nadim laju capai potato chips dari bungkusan plastik di tangan aku yang ternganga luas.

" Jadi, semua balik rumah lah minggu ni?"

" Ya, Juita pun ada sekali."

Yang aku tahu, Juita cikgu tadika kat Petaling. Aku masih belum jumpa dia sepanjang tiga kali pergi rumah umi. Hanya tengok dia di sebalik bingkai gambar sahaja.

Dia sudah balik sini beberapa minggu lepas. Dan dia juga sering balik rumah. Tapi, setiap kali aku datang, setiap kali itulah dia 'ada urusan'. Aku dapat rasakan dia mengelak dari bertemu dengan aku.

" Hadiah apa nak bagi abi tahun ni ya..."

" Selalu kau bagi apa?"

" Aku akan bagi barang yang dia selalu pakai. Macam jam tangan atau kasut. Tapi, asyik benda yang sama je. Kau rasa apa patut kita beli tahun ni? "

" Beli saja lah apa yang kau biasa bagi. Tak membazir pun kalau abi memang pakai."

" Kau rasa barang apa, Shah?"

" Dompet?"

" Ok juga tu... Aku tak pernah bagi abi dompet sebab dia punya tu boleh pakai lagi. Apa salahnya ganti baru kan? Boleh tukar-tukar pakai."

Aku mengangguk. Mulut sibuk menguyah potato chips. Nadim pula asyik gagau beg potato chips aku.

" Bukan kau kata nak start diet ka? Benda macam ni banyak kalori, baik bagi aku."

" Minggu depan baru start."

" Aku dengar banyak kali ex-officemate yang perempuan cakap macam tu. Tapi hari-hari beli Starbucks dengan McDonald. Lepas tu merungut berat badan naik."

" Aku gemok pun lebih baik. Senang bagi penampar muka orang sampai bergegar otak dia orang. Biar pening seminggu."

Nadim tarik tangan. Aishah ni makin lama makin menakutkan.

" Bila kau nak beli hadiah Abi?"

Nadim tengok luar tingkap. Senja sudah melabuhkan tirai.

" Dah lambat nak keluar harini. Aku busy sampai hujung minggu masalahnya."

" Order online je lah."

" Benda branded ni nak pakai lama. Kalau dalam online tak boleh pegang tengok dengan mata kualiti dia macam mana. Beli kedai baru puas. Boleh teliti betul-betul pembuatan dia macam mana."

" Balik kerja beli lah."

" Malaslah rushing pilih hadiah. Hmmm... Kalau senang apa kata kau je yang beli, aku bagi duit?"

" Tak naklah, aku tak reti bab-bab kualiti barang ni. Nanti senang je kena tipu."

" Takpe, kau masuk kedai yang aku selalu masuk. Aku tahu macam mana dia orang layan customer, tak kan tipu punyalah. Kau pilih je yang mana sesuai."

" Aku mana tau selera abi macam mana?

" Beli je yang mana kau rasa ok. Abi tak memilih. Tolong beli eh, Shah. Aku bagi duit nanti."

" Ok."

*****

Kami datang awal hujung minggu tu, maklumlah Nadim cuti.

" Assalamualaikum umi." Nadim tanggal kasut dan masuk ke rumah. Aku hanya membuntuti dia dari belakang.

" Waalaikumussalam."

Kami menghampiri umi yang berada di dapur.

" Umi masak apa?" Nadim mencuri pandang makanan di bawah tudung saji.

She as HerWhere stories live. Discover now