Manis mengangguk. Tangan Hanim pada wajahnya dibawa turun. "Aku okay je. Biasalah penat sikit."

Hanim mengecilkan mata. Cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata yang tidak meyakinkan itu.

Tawa Manis terlepas. Geli hati dengan gelagat Hanim yang nampak bersungguh mencari kebenaran.

"Kau ni. Cucuk mata tu kang. Sampai hati tak percaya aku." Usik Manis kemudian menyelak halaman buku notanya.

Hanim mencebik. "Memang aku tak percaya. Kau ni pendiam. Suka memendam. Apa-apa sikit kalau ditanya, mesti jawab okay je." Bidas Hanim seraya membawa keluar buku nota serta test pad dari dalam beg sandangnya.

Manis tidak menjawab. Sebaliknya, tersenyum kecil.

"Weh Manis. Nak tanya sikit ni." Hanim menyenggol siku Manis di sebelahnya.

"Hmm?"

"Abang kau single lagi tak? Tak nak kenalkan dekat aku ke? Aku ni single tau."

Langsung Manis menoleh pada Hanim. Dengan wajah yang tenang, dia mengusap tangan Hanim.

"Tak perlulah aku kenalkan dengan kau. Abang aku tak sesuai untuk gadis sebaik kau." Ujar Manis. Namun, makna yang tersirat itu membawa maksud yang mendalam.

"Ceh. Kedekutlah kau ni. Tahulah abang kau tu hensem. Sampai hati tak nak share dengan kawan baik sendiri." Hanim berpura-pura sedih sambil menyapu air mata yang langsung tiada. Manakala Manis pula, sekadar tenang menyembunyikan perasaan.

"Dah lah. Dari bercakap soal abang aku, baik kita study chapter lepas. Nanti doktor yang ganti Dr.Arman tanya, tak memasal kau jadi patung cendana." Dalih Manis yang tidak mahu memikirkan soal abangnya lagi.

"Yalah, budak dekan." Usik Hanim dan dibalas dengan senyuman kecil dari Manis.

Selang beberapa detik, suasana dewan kuliah itu menjadi senyap ketika susuk tubuh seseorang melangkah masuk ke dalam dewan yang bersaiz besar itu.

Lelaki segak berkemeja itu tegak berdiri di hadapan meja mengajar dengan aura yang membuatkan semua pelajar di situ pegun dan kaku termasuk Hanim. Namun, hanya Manis sahaja yang tidak memberi reaksi.

"Morning, class. My name is Zaquan Zafrael and you guys can call me Dr.Zaquan. So, saya akan gantikan Dr.Arman untuk subjek ni sehingga habis semester dan saya harap awak semua boleh tumpukan perhatian sepanjang kelas saya berlangsung."

"Wuuuu..."

"Wow!"

"Helok mat!"

Terdengar beberapa sorakan dan siulan nakal yang mengusik. Namun, Dr.Zaquan tenang bersandar pada bucu meja.

"Chill, guys. Awak semua ada masa yang panjang untuk usya muka saya nanti." Gurauan itu menghidupkan suasana dengan sambutan gelak tawa dari seluruh pelajar.

Dr.Zaquan senyum tampan. Fail diambil dari atas meja dan diselak ke halaman yang dicari.

"So, dari laporan ni, saya dapat tahu hanya beberapa orang sahaja yang selalu score dengan assessment, kuiz dan tutorial yang Dr.Arman bagi. Hmm, a bit disappointment because I expect more from this class. But nevermind, I'll conduct a new teaching method in order for you to understand more about this subject as well."

Seluruh kelas terdiam. Hanya bunyi penghawa dingin dan suara Dr.Zaquan sahaja yang kedengaran.

"Tapi sebelum tu, boleh saya tahu siapa Manis Zulaikhah?" Mata diangkat meliar pada sekeliling ruang.

"Sini, Dr!" Hanim menjerit seraya menunjuk ke arah Manis yang diam menunduk menekur buku nota.

"Who?"

"Weh, pandang depanlah! Dr panggil kau tu." Kalut Hanim mencuit lengan Manis.

"Ya, saya." Suara lembut Manis menjelma.

"So, dalam rekod ni, awak antara yang selalu dapat markah tertinggi untuk semua assessment yang diberi. Jadi, awaklah Manis Zulaikhah?"

Dr.Zaquan tersenyum kecil. Menilik raut wajah Manis dengan penuh minat.

"Manis will be your class rep for this subject. Anything regarding about our topic or assessment, I will contact and inform her."

Manis diam. Ingin membantah namun suaranya bagai dikunci dan tersekat.













(🩸🩸🩸)




SENYUMAN Idlan mekar. Hanya memerhati gelagat tunangnya yang sibuk memesan makanan tengahari mereka.

"Okay, tu saja. Thank you." Wanita yang bertudung litup itu kembali memandang ke arah Idlan.

"Ada apa tengok saya macam tu? Adalah tu akal dia." Zahrah menongkat dagu membalas pandangan nakal Idlan.

Lembut sahaja suaranya. Seperti wajah sang empunya badan. Masakan tidak, Idlan terpikat. Cantik, berkerjaya dan ayu. Zahrah Diana.

"Saja. Nak tengok bidadari depan mata. Kenapa? Tak boleh?" Idlan turut sama menongkat dagu. Meniru gaya Zahrah.

"Awak ni." Zahrah menjegil mata. Mengundang tawa dari Idlan.

"Tadi kata nak bincang pasal majlis kita." Idlan angkat kening. Duduknya kembali bersandar pada kerusi.

Mata bundar Zahrah bersinar terang. "Macam ni, Mummy dah aturkan kita dekat butik kawan dia. So, weekend ni awak free tak?"

Idlan senyap. Merenung Zahrah sambil mengusap dagu. "Sure. Nanti kita pergi."

"Thanks, sayang. By the way, bawak sekalilah adik awak. Dah lama saya tak jumpa dia."

"Boleh, sayang. Nanti saya bawak dia sekali."

Senyum Zahrah semakin lebar. "Nanti kita kahwin, adik awak macam mana? Ajaklah dia tinggal sekali. Kesian dia."

"Awak tak kisah?" Soal Idlan dengan tenang.

"Tak. Lagipun saya sukalah dekat Manis tu. Baik je budaknya. Bolehlah buat teman saya nanti."

Sudut bibir Idlan terjungkit senget. 'Aku pun suka dia.' Naluri syaitannya berbisik di dalam hati.

"Yalah. Tengok abang dialah."

Zahrah membuat muka jelek. "Eee. Perasan eh?"

Gurauan itu dibalas dengan bahu yang diangkat oleh Idlan.

"Tapikan, awak tak nak biarkan Manis tinggal dengan kawan-kawan dia ke sepanjang pengajian dia ni?"

"It's okay. Dia masih tanggungjawab saya selagi belum berkahwin." Tenang sahaja reaksi Idlan. Namun, sudut hatinya membara dengan pertanyaan itu. Tidak suka perihal Manis dibawa ke dalam perbincangan.

"Untung Manis ada abang sebaik awak." Puji Zahrah dengan ikhlas. Sifat matang Idlan itulah yang memikat jiwanya. Lelaki itu jelas mengambil berat perihal tanggungjawab sebagai seorang abang.

Idlan senyum biasa. Tidak membalas.

Namun bayangan Manis bermain pada matanya.

Manis Zulaikhah.





𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬 : 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐭𝐚Where stories live. Discover now