"Jika engkau tidak mampu mengalahkan mereka dalam perihal dunia, maka kalahkan mereka dalam perihal akhirat."
"wanita itu anugerah terindah, perlu dibelai dan dimanja, bukan dipijak. ingatlah, Rasulullah mengangkat tinggi darjat seorang wanita."
"lensa kamera menjadi bukti, setiap momen terindah yang berlalu pergi. Andai sahaja lensa ini, turut dapat menjadi bukti, perasaan yang tersemat sepi."
"jika diberi pilihan untuk ditatap berejam antara buku dan wanita, aku lebih memilih rangkai kata yang tersusun indah di buku daripada melihat insan yang bukan milikku."