aksara 11

227 13 10
                                    

Bunyi jam loceng menghiasi ruangan bilik hotel. Alea yang yang tadinya lena terkebil kebil membuka mata. Ruangan katil sebelah dilihat. Jelas retina mata dihiasi tubuh sang abang yang masih dibuai mimpi indah.

Jam telah menunjukkan angka 5 pagi. Dengan perlahan tubuh itu bangkit menuju ke bilik air.

"AllahuAkhbar."

Ahnaf yang tadinya lena tidur terkebil kebil bangun dari baringan. Anak mata dihiasi tubuh sang adik yang lengkap bertelekung sedang menunaikan solat. Jam dinding menjadi tujuan seterusnya. Berkerut wajahnya apabila melihat jam menunjukkan pukul 5:30 pagi bermakna belum masuk waktu subuh.

Ahnaf diam memerhati sang adik. Ahnaf hanya merenung sayu tubuh kecil yang bersujud lama itu.

Saat ini dia tertanya tanya,
Tuhan, apa yang adiknya ini lalui.
Sehinggakan sujudnya yang terakhir begitu lama.

Betapa banyak dia mengadu padamu Tuhan.
Betapa sakitnya dia tika ini Tuhan.
Betapa rapuhnya dia saat ini Tuhan.

Dia tertanya tanya semua itu.

Masih segar diingatannya bagaimana keadaan Alea sewaktu berada di tingkatan 5.

Masih tersemat di kotak memori wajah sembap si adik. Masih segar bagaimana Alea yang selama ini ceria mula mendiamkan diri selama sebulan.

Adiknya yang selama ini sentiasa membalas usikkannya sekarang seolah berserah. Adiknya sekarang seolah berserah pada takdir. Tidak lagi melawan, atau mengadu. Tiada lagi Alea yang sering kali beradu kata dengannya.

Betapa sakitnya adik perempuannya Tuhan.
Sehinggakan gadis yang dulunya ceria. Kini hanya berserah pada segala ketentuanmu

Seolah hanya membiarkan hanya Tuhan sahaja mengatur hidupnya.

Seolah tiada lagi jiwa untuk hidup.

Lama, lama sujud Alea. Memohon pada Illahi.

Merayu agar Tuhan sembuhkan dia.

.⁠。⁠*⁠♡

"abang nak turun breakfast tak ?"
Soal Alea yang sudah lengkap memakai tudung.

"turunlah dulu. aku nak mandi jap."
Ahnaf yang hanya memakai tuala melangkah masuk ke dalam bilik air.

"okay."
Alea akur. Handphone dicapai sebelum tubuh itu keluar dari bilik

Tangannya terletak elok di dalam pocket hoodie seraya anak mata menikmati angin pagi yang menyapa wajah.

Pinggan dicapai sebelum makanan pagi yang disediakan pihak hotel diambil.

Tempat duduk menghadap pantai menjadi pilihan Alea. Alea menarik nafas panjang. Menghirup udara segar pantai yang terbentang luas di hadapannya.

Tuhan, sungguh indah ciptaanMu.

"eh hai.. Alea right ?."

Alea mengangkat wajah apabila disapa satu suara garau. Tersentak kecil dia apabila retina mata dihiasi wajah tampan yang sama menyapanya malam tadi.

"indra.."

"haii ! breakfast sorang je ke ?."
Indra yang hanya mengenakan jersey biru mengukir senyuman indah.

"haah.. sorang je."
Jawab Alea polos.

"mind if we join u ? lagipun dah penuhlah."
Pinta Indra sopan.

"we ?."

"yep.. saya dengan adik saya tuu.. tengah sibuk review makanan."
Jari Indra menunjuk ke arah seorang lelaki yang leka melihat makanan yang terhidang.

aksaraWhere stories live. Discover now