aksara 4

281 16 0
                                    

March 2022

Tahun ini aku merupakan seorang pelajar tingkatan 4. Ini bermakna aku tidak lagi berada di dalam kelas yang sama.

Apabila aku melihat senarai nama rakan sekelas ku yang baharu. Anak mata ku hanya tertancap pada sebaris nama yang sudah kian lama aku tidak ambil tahu.

Amar Firas.

Takdir, sekali lagi kami berada di dalam satu kelas.

Saat itu, aku tahu dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis dari kelas aliran sains.

Entah kenapa, aku tidak berminat hendak ambil tahu.

-intisar.

.⁠。⁠*⁠♡

May 2022

Aku Dusta.
Di saat aku melihat dia berinteraksi dengan gadis itu, jujur aku katakan aku sedikit terkilan.

Kadang aku terfikir betapa bertuahnya gadis itu mendapat layanan yang istimewa dari dia. Satu batch tahu bahawa Amar Firas bukanlah seorang yang bercakap dengan perempuan seperti lelaki lain.

Saat aku melihat dia menguntum senyuman manis buat gadis itu, jujur hati dihimpit rasa tidak enak. Tetapi aku cuba untuk mengalihkan perhatian ku dari terus terusan melihat ke arah mereka.

Tuhan, apakah rasa ini ?.

-intisar

.⁠。⁠*⁠♡

November 2022

Aku mendapat tahu dia sudah putus dengan gadis itu. Tetapi ada juga desas desus mengatakan dia masih menyukai gadis itu biarpun mereka tidak ada apa apa hubungan lain.

Aku dan Dia ?
saat ini, kami hanya sebatas rakan sekelas. Yang berinteraksi bila perlu sama dengan orang lain.

Hatiku mengatakan bahawa aku tidak lagi menaruh hati padanya, tapi entah mengapa mata ini sering kali mencari susuknya.

Diri ini sering kali hendak merapatinya.

Sehinggakan aku pernah berharap kami menjadi teman. Biarlah andai dia bukan milikku, aku hanya mahu menjadi sekadar sebatas teman.

-intisar

salam sayang,
dee

aksaraWhere stories live. Discover now