aksara 7

236 13 0
                                    

September 2023

wahai aksara,
sekali lagi,
aku mulakan bulan ini dengan melayan mereka yang sedang bergaduh.

Bulan ini, Amar sedang sibuk dengan acara sukannya.
Manakala aku, masih menjalani kehidupanku seperti biasa.

menjadi rumah singgah.

Dia menghantar pesanan buatku.
Meluahkan perihal apa yang dia rasa.

Dia bilang, dia tak suka apabila Nina melebihkan rakan sekelasnya berbanding dirinya.

entahlah.
sejujurnya aku tidak tahu bagaimana mahu mereaksi apabila dia meluahkan ketidakpuasan hatinya berkenaan Nina.

Tetapi aku cuba.
aku cuba untuk mengalih topik.

Aku cuba membuatnya tertawa.

aku cuba.

Buatkan dia lupa akan sakit nya tika itu.

Sakit yang diberi Nina.

aku cuba menyembuhkannya.

-intisar.

。⁠*゚⁠+

September 2023

Dia memberitahuku, dia mengalami sakit mata.
Menghantar sekeping gambar matanya yang memerah hebat.

Jujur, hati diterpa rasa risau.
aku menyoal asbab mata nya jadi begitu.

Dia bilang,
mungkin berjangkit dengan rakan sepasukannya sewaktu dia mewakili putrajaya dalam acara sukan.

Dia terus terusan mengadu bahawa matanya sakit sehingga dia tidak betah untuk membukanya.

Aku menyuruhnya membeli eyemo kerana aku risau melihat matanya yang semakin memerah.

Tapi Amar being Amar.
Degil.

Kami terus terusan berborak hal random. Berkenaan anak buahnya atau berkenaan hal hal lain.

Sehinggalah aku menyentuh soal Nina. Aku menyoal adakah dia dan Nina baik baik sahaja.

Dia mengelak. Dia bilang, dia tidak mahu bercakap soal Nina.

Saat itu, aku tahu.
Mereka sedang bergaduh.

aku cuba slow talk dengan amar.

Tetapi dalam masa yang sama. Aku tidak mahu memaksa dia. Jadi aku cuba untuk mengembirakan hati dia dengan lawak lawak bodoh aku sebelum aku menyoalnya tentang Nina.

Malam itu, kami melakukan kerja bersama. Memang menjadi rutin mingguan ku. Menolong Amar menyiapkan kerjanya memandangkan kebelakangan ini dia sibuk dengan sukan.

Malam itu setelah selesai melakukan kerja. Aku sangka, itu pengakhiran malam ku.

Tapi tidak aku sangka, dia dengan tiba tiba kembali menghantar pesanan ringkas.

Menanyakan aku sedang buat apa.

Dan entah bagaimana perbualan kami berlanjutan sehingga larut malam.

Dan malam itu, dia memberitahuku satu rahsia. Dia bilang, supaya aku tidak memberitahu kepada sesiapa.

Sebaris message darinya menyentakkan aku.

Dia bilang,
dia sudah tidak mahu ambil tahu perihal Nina.

aku tenang,
aku masih tenang menyoalnya.

Jujur aku tidak mahu terus terusan memberi tekanan kepadanya.

tetapi malam itu, aku memberanikan diri.

Aku menyoalnya soalan yang melibatkan hati.

Aku menyoalnya tentang perasaannya tika ini.

Sama ada dia masih punya perasaan buat Nina atau tidak.

aku menyoalnya.

Dan dia bilang.

dia tidak tahu.

Saat itu,
aku juga tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.

Yang aku tahu,
aku tidak mahu menjadi asbab Nina dan Amar bergaduh.

Aku tidak mahu.

aku tidak boleh melakukan apa apa saat dia bilang dia tidak suka dengan tingkah Nina.

Apa yang aku boleh buat,
to make him feel better.

Setiap kali dia meluahkan perihal apa yang menyakitinya.
Aku menjadi seorang Alea yang penuh dengan lawak bodoh yang mampu membuat dia ketawa.

aku mahu dia lupa akan sakit yang diberi Nina.

-intisar.

。⁠*゚⁠+

September 2023

Semenjak dia bergaduh dengan Nina. Dia sering menghantar pesanan ringkas buatku.

Menyoal apa yang sedang aku lakukan. Ataupun mengajakku membuat kerja bersama.

Ataupun dia dengan randomnya menghantar gambar anak buahnya. Kerana dia tahu, aku menyukai mereka.

oh pls anak buah dia comel gilak.

kami bertukar gambar. Dia menghantar gambar anak buahnya, aku menghantar gambar sepupu ku yang masih kecil.

Kami ketawa dengan gambar satu sama lain. Berlawan siapa yang paling comel.

Bergurau dan terus ketawa.

Sehinggalah.

Dia memberitahuku bahawa dia sedang berbaik dengan Nina.

Dan bermula dari situ,
tiada lagi.

Pesanan ringkas darinya menyoal hal hal random.

Huh.

tenang Alea.

aku patut sedar, dari awal.

Dia hanya akan datang sewaktu dia sedang bergaduh dengan Nina.

Kau patut sedar Alea.
Kau hanya sebuah rumah singgah.

Tak lebih, tak kurang..

Dan sekarang, perbualan ku dengan dia.
Hanya dipenuhi dengan kerja sekolah.

Tiada lagi,
perbualan hal hal random.

Bodohnya Alea.

Masih melayan.

Biarpun ditoreh ditoreh..

-intisar.

salam sayang
dee

aksaraWhere stories live. Discover now