aksara 1

430 18 0
                                    

November 2016

Wahai aksara,
hari ini, aku mendapat tahu,
dia menyimpan perasaan pada rakan sekelas kami.
Jujur aku katakan, gadis itu cantik. Dan aku lihat dengan mataku sendiri betapa kerap dia melihat gadis itu dengan tatapan yang sukar ditafsir.

Tetapi entah kenapa, aku tidak cemburu.

-intisar

"Amar suka Fatini ?"

Alea memasang telinga apabila nama si pujaan hati menyapa pendengarannya. Jari yang tadinya ligat menyalin nota terhenti. Tumpuannya lebih tertumpu pada bualan rakan sekelasnya.

"yerrr dia sendiri confess kat fatini."

Alea berkerut nipis. Rasa ingin tahu semakin membuak buak di dalam diri. Terus tanpa amaran, dia mendekatkan diri.
"seriuslah ? amar suka tini ?"

Dua gadis yang tadinya leka berbual sedikit tersentak apabila Alea menyampuk. Tetapi kepala tetap mengangguk mengiyakan pertanyaan Alea.

"iyerrr betull."

"uyyoo"
Alea membuat reaksi tergamam.

"pastu fatini suka dia tak ?"

"SUKA !"

"UISHHH SHIP SHIP."

Jujur, senyuman aku pada waktu itu, bukan sebuah senyuman palsu. Aku gembira bila bercerita soalnya. Biarpun perihal dia dan orang yang dia sukai.

Apa saja yang budak seumur 10 tahun tahu tentang perasaan. Waktu itu, aku hanya menganggap perasaan itu hanya seperti sebelum ini.

Bila tiba masanya, ia akan pudar.

Kerana mungkin, perasaan ini hanya sekadang rasa yang hadir kerana nafsu syaitan.

Maaf ya hati.

.⁠。⁠*⁠♡

Biar aku kenalkan, seorang Amar Firas.
Dia bukanlah idaman gadis yang mahukan lelaki yang berpendidikan tinggi.

Ada rupa ? Ya aku mengaku, dia ada rupa. Jikalau menyoal 10 orang sekalipun, aku pasti. Mereka semua akan bilang seorang Amar Firas mempunyai rupa paras yang menarik.

aku tidak menidakkan.

Tambahan lagi, Amar aktif bersukan. Membuatkan dia lagi dikenali ramai sebagai atlet olahraga sekolah.

Tetapi entah kenapa,
di mata aku,
dia hanya seorang Amar Firas.

bukan atlet olahraga sekolah.

kerana pada akhirnya, dia hanyalah seorang Amar Firas.
Jejaka yang tidak punya satu idea bahawa aku jatuh padanya.

salam sayang,
dee

aksaraWhere stories live. Discover now