aksara 16

231 16 9
                                    

Alea diam menanti kehadiran Indra yang pergi mengambil kereta. Anak mata ligat meliar melihat keletah pelawat yang keluar masuk hospital.

Anak mata menatap sandal yang tersarung di kaki. Entah kenapa tika ini mindanya kosong. Seolah dia tidak mampu menganalisis apa apa tika ini.

Air kotak yang diberi Indra sebentar tadi masih berada dalam pegangan.

Kereta Proton X70 milik Indra yang berona silver berhenti betul betul di hadapan lobi. Belum sempat Alea bangkit dari duduk, terhenti seketika pergerakkannya apabila Indra melangkah keluar dari kereta.

Plastik yang berisi ubat yang tadinya berada di pegangan kini beralih ke tangan Indra sebelum tanpa kata lelaki itu membukakan pintu belah penumpang buatnya.

"thank u.."
Perlahan suara Alea sebelum memboloskan diri. Tidak sedar akan tangan yang menahan dari kepalanya terhantuk.

Indra hanya tersenyum nipis sebelum kembali menutup pintu kereta. Kaki panjangnya bergerak ke arah tempat pemandu.

Kereta itu meluncur laju membelah jalan raya. Suasana sepi hanya diiringi alunan selawat dari corong radio. Alea hanya menatap suasana luar.

Indra mengerling sekilas tubuh gadis di sisi. Sebelah tangan ligat mengendalikan stereng manakala sebelah lagi hanya tenang di riba.
"lea.."

"hm ?."
Alea mengumam menyahut seruan Indra.

"mind if i ask you something ?."
Tenang Indra meminta izin.

Alea mengangguk membenarkan.

Indra diam memikirkan segala kemungkinan jikalau dia menyoal perihal Amar kepada gadis ini.

Mungkin, dia tidak patut.

Dia harus mengutamakan perasaan gadis ini berbanding rasa ingin tahu dia.

"awak suka cendol ?."

Alea berkerut nipis mendengar soalan yang diutarakan Indra.
"kenapa ?."

"saja. suka ke tak ?."

"suka !."

Indra tersenyum nipis apabila terbit senyuman di wajah jelita itu.
"Lea.."

"hm ?."

"kalau awak ada nak cerita apa apa. feel free to call me. i won't judge you lea."

Rasa hangat menerpa hati mendengar pesanan ringkas dari jejaka yang berada di sisinya tika ini.

"Jangan Indra."
Alea tunduk menatap jari di riba.

"kenapa ?."

"saya takut."

Indra diam membiarkan suara gemersik itu menghentam gegendang telinganya.

"saya takut saya akan bergantung pada awak. Saya takut saya gunakan awak Indra. Cukuplah apa yang awak buat sepanjang trip ni. I don't want to make myself comfortable with you."
Perlahan suara Alea menyatakan kegusarannya.

"sapa kata awak gunakan saya ?."

Alea menoleh menatap Indra yang tenang menatap jalan.

"lea.. everything i did throughout this trip. semuanya saya buat dengan rela hati. Awak perempuan lea. Semua yang saya buat is out of my responsibility as a man."

"lelaki. tugasnya melindungi. Allah ciptakan lelaki untuk melindungi kaum wanita."

"but mind if i ask ? kenapa awak taknak make yourself comfortable with me ?."
Indra mengerling sekilas wajah jelita Alea yang mengalihkam pandangan darinya.

aksaraWhere stories live. Discover now