aksara 10

231 15 2
                                    

Anak mata cantik milik Alea terkaku pada handphone di tangan. Kembali menatap gambar yang baru dihantar Madiha. Seolah tidak percaya dengan apa yang baru dilihat.

Jelas tertera dua baris nama insan yang cukup dia kenali.

Tuhan, aku sangka, aku sudah mula menerima hakikat bahawa dia bukan milik aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tuhan, aku sangka, aku sudah mula menerima hakikat bahawa dia bukan milik aku.

Tetapi kenapa, hatiku seolah ditoreh melihat dua baris nama itu.

Tuhan, kenapa mataku memanas seolah ada sesuatu yang ingin dirembeskan.

Tuhan, bantu aku hilangkan rasa ini.

Saat ini, jujur Alea katakan. Dia mahu keluar dari keramaian ini. Dia mahu lari dari semua ini.

"dik.."

Tersentak kecil Alea apabila bahunya disentuh Ahnaf.

"hm.."

"kau okay tak ?"
Soal Ahnaf apabila dia perasan adiknya seolah sedang terganggu dengan sesuatu.

Alea mengangguk. Tidak betah mengeluarkan suara. Entah kenapa saat ini, dia rasakan dia tak mampu keluarkan suara.

Dia takut, dia takut apabila dia bersuara, lelaki yang bergelar abangnya ini akan menjadi saksi kesakitan sang adik.

"are u sure ?"
Soal Ahnaf sekali lagi. Berkerut wajah tampan itu hendak memastikan keadaan sang adik.

Sekali lagi Alea mengangguk.
"bang.. lea keluar kejap. nak ambil angin."

Perlahan suara Alea menghentam gegendang telinga Ahnaf. Ahnaf mengangguk membenarkan sebelum anak matanya hanya mengekori langkah laju sang adik yang keluar dari dewan hotel menuju ke pantai.

Alea melangkah keluar bersama hati yang berat. Entah kenapa tubir matanya terasa memanas. Laju langkah itu menapak. Tidak sedar bahawa kaki yang tersarung sepasang sandal itu telah berpijak pada pasir pantai.

Angin pantai yang kuat menghentam wajah menyedarkan Alea dari terus terusan hanyut dengan rasa.

Lama anak mata cantik itu melihat ombak pantai. Minda kembali melayar memori memori di mana dia menjadi sebuah tempat persinggahan.

Satu demi satu memori kembali berlayar, seolah tidak mahu berhenti. Saat di mana, dia menjadi tempat Amar meluahkan amarah. Saat di mana dia menjadi tempat Amar dan Nina menghamburkan tangis. Saat di mana dia seolah barang yang dicari dikala perlu.

Semuanya kembali berputar. Menghentam kotak memori Alea membuatkan tanpa sedar setitis demi setitis air mata terbit dari anak mata cantik itu.

Tudung yang beralun ditiup angin lansung tidak dihirau. Saat ini, hatinya terlalu sakit.

Tangan Alea naik memukul dada sendiri bertalu talu. Cuba untuk menghilangkan rasa sakit yang semakin menyucuk hebat. Sakit mengenangkan segala pengorbanannya selama ini seolah tidak berharga. Mengapa.. dia perlu tahu tentang pertunangan mereka dari Madiha berbanding Nina dan Amar sendiri.

aksaraWhere stories live. Discover now