Bab 9 - Suami dan kekasih hati

Start from the beginning
                                    

" Saja."

" Okay... "

" So, kenapa kau kahwin dengan aku?"

" Sebab kita saling mencintai?"

Tak relevant... Terlalu umum jawapan tu.

" Sebab lain?"

" Aku suka kau."

" Lagi?"

" Kau suka aku."

Aku give up.

" Kau pasti ke?" soalan aku ditekankan.

" Yeah. Betul, Shah. Aku memang suka kau. Tak ada perempuan lain dalam hati aku. Kau tak percaya?"

" Aku percaya. Tapi... Macam mana dengan aku?"

Nadim kelihatan keliru.

" Kau yakin aku suka kau?"

" Yes! I'm sure. Unless... Kau ada simpan perasaan pada orang lain ke?"

" Tak."

" So, itulah jawapannya."

Aku nak terus menyoal, tapi aku takut aku melewati batas dan akan mengeruhkan keadaan.

Baiklah kalau itu yang dia kata. Aku terima jawapan tu. Tapi aku akan cari jawapan lain. Jawapan yang lebih tepat. Aku tahu Nadim sedang menyembunyikan sesuatu sekarang.

" Anyway, Nadim."

" Ya?"

" Bagi aku keluar hari ni."

"No."

" Kejap je."

" No."

" Aku-"

" No."

" But-"

" NO!"

*****

Aku dapat green light untuk keluar akhirnya. Berbuih juga mulut aku nak berdebat dengan Nadim mengemukakan hujah-hujah bernas aku tentang kebaikan keluar rumah.

Tempat pertama yang aku tuju ialah gym. Aku mahu kembalikan zaman kegemilangan Shah sebagai juara MMA. Kalau adult Aishah yang sebelum ni berjaya menghidupkan sisi feminine aku, this teen Aishah akan hidupkan semula athletic side Shah.

Aku masuk ke gym dengan penuh keyakinan. Bukak je pintu, nampak tempat ini dipenuhi brader-brader sado. Kurus semangat. Laju aku tutup balik pintu. Sepatutnya cari female gym. Cepat kaki melangkah untuk keluar, tetapi aku ditahan laju oleh seseorang bersuara garau dari belakang.

" Tak masuk, cik?"

Aku berpusing separa. " Tak, terima kasih."

Aku cepat-cepat angkat kaki nak blah, tapi dia datang mendekat.

" First time? Tak pernah nampak pun"

Kali ni aku berpusing penuh dan angkat muka.

" Yes. First time and for last!"

Terus ketawanya pecah.

" Why, takut ke tak pernah bersenam?" Lelaki itu mengangkat kening sebelah. Barisan giginya yang putih ditayang elok.

" Taklah, saya memang tak nak masuk. Tengok-tengok je. Saya pergi dulu ya, Assalamualaikum." Aku sengih terpaksa.

" Wait, not so fast. Nak pergi mana?" Laju saja dia berhenti di hadapanku untuk menghalangku dari menapak lebih jauh. Aku melepaskan keluhan.

" Awak nak cuba apa? Saya boleh ajarkan."

Dia mencuba lagi. Haih, gigih sungguh.

" Kan saya cakap, saya tak berminat. Silalah masuk ya, saya nak balik ni."

She as HerWhere stories live. Discover now