"Mungkin dia banyak benda tengah fikir kot. Lagipun sekarang tengah banyak projek baru masuk." Jawab Iris Medina, cuba positif.

"Sebelum ni banyak juga projek masuk, tapi tak adalah termenung jauh macam sekarang."

Iris Medina terdiam. Tak tahu nak balas macam mana.

Wajah putih bersih Iris Medina dipandang lama apabila tiada sebarang jawapan dari mulut gadis dihadapannya itu.

Tengku Syakir tersenyum kecil.

"It's okay, Iris. Actually, saya nak ajak awak jumpa seorang lagi client baru ni. Saya dah buat appointment dekat Bukit Bintang. Kalau awak free la."

"Bila tu?"

"Harini, kita gerak lepas lunch?"

"Sure."

"Okay, pukul 2.30 tunggu saya dekat lobi. Saya gerak dulu. See you later."

Tengku Syakir berlalu pergi sambil tersenyum kecil.

'They love each other so bad haa.'

Dalam waktu yang sama, Iris Medina dan Tengku Syakir tidak tahu yang diri mereka diperhatikan oleh Tengku Rayyan Mikael dari jauh.

Dia tadi turun ke pejabat Iris Medina tapi apabila seorang lagi pekerja mengatakan yang Iris Medina sudah turun ke kafe, cepat sahaja dia ingin turun ke kafe.

Tapi, langkahnya terhenti apabila melihat isterinya berdua-duaan dengan Tengku Syakir, sepupunya sendiri.

Tengku Rayyan Mikael mengepal tangannya dengan kuat.

'Kurang ajar kau Syakir!'

Terus terbantut niatnya ingin makan bersama Iris Medina. Dia terus keluar menuju ke arah kereta miliknya.

Keretanya dipandu laju tanpa ada hala tuju. Yang dia tahu, hatinya sakit melihat Iris Medina dengan Tengku Syakir.

Stereng kereta digenggam kuat.

**********

Iris Medina memandang kearah jam di dinding. Jarum jam sudah menginjak ke pukul tiga pagi. Namun, bayang Tengku Rayyan Mikael langsung tak kelihatan.

Iris Medina berasa tidak sedap hati.

'Buat apa kau tunggu dia? Itu life dia. Biarkan lah dia. Kau pergi lah masuk tidur.'

'Tapi dia suami aku. Aku risau.'

'Suami apa macam ni? Entah-entah dia tengah seronok enjoy dengan perempuan dekat kelab malam. Kau je yang beria risau dia dekat sini.'

Iris Medina terduduk. Dia beristigfar panjang. Tidak mahu sebarang hasutan syaitan masuk. Sekarang fokusnya adalah kepada Tengku Rayyan Mikael.

Telefon bimbitnya dicapai. Baru sahaja nombor telefon Tengku Rayyan Mikael didail, pintu rumah mereka terbuka.

Kelihatan Tengku Rayyan Mikael yang masih berpakaian pejabat tapi blazer dan tienya tak tahulah kemana.

Tengku Rayyan Mikael terkejut lihat Iris Medina berdiri di ruang tamu rumahnya. Memang dia sengaja pulang lewat kerana tidak mahu bertembung dengan Iris Medina. Tapi, sangkaannya meleset apabila Iris Medina belum lagi tidur.

Wajahnyya didinginkan. Langkah diatur menuju kearah tangga.

"Awak pergi mana?" tanya Iris Medina memecah sunyi.

Pertanyaan Iris Medina tidak diendahkan. Langkah terus diatur menaiki tangga.

"Awak lapar? Awak dah makan? Kalau belum makan, saya panaskan lauk ya." Tanya Iris Medina lagi.

Tengku PlayboyOnde histórias criam vida. Descubra agora