❤ 17 ❤

1.5K 23 1
                                    

Rutin harian Iris Medina dan Tengku Rayyan Mikael kembali seperti sedia kala apabila Isnin menjelma. Masing-masing sibuk dengan tanggungjawab yang perlu diselesaikan di pejabat.

Hubungan Iris Medina dan Tengku Rayyan Mikael semakin membaik. Tidaklah seperti pasangan suami isteri yang sebenar, tapi bolehlah dianggap seperti kawan baik. Jika ada masa terluang atau tiada sebarang urusan diluar pasti Tengku Rayyan Mikael mengajak Iris Medina untuk keluar makan tengah hari bersama. Tengku Rayyan Mikael juga sudah jarang keluar ke kelab malam. Dia lebih senang menghabiskan masanya dirumah, bersama Iris Medina.

Iris Medina juga sudah tidak kekok bersama Tengku Rayyan Mikael. Dia bersyukur dengan perubahan sikap Tengku Rayyan Mikael yang tidak lagi merendah-rendahkan atau menghina dia. Dia senang dengan Tengku Rayyan Mikael yang sekarang.

Tanpa mereka berdua sedar sebenarnya mereka berdua telah menyimpan perasaan antara satu sama lain tetapi dua-dua tidak berani untuk meluahkan. Lebih senang mendiamkan diri, lebih tepat takut sekiranya mereka bertepuk sebelah tangan.

Tengku Rayyan Mikael melepaskan lelah sambil menyandarkan badan ke kerusi. Batang hidung mancungnya dipicit lembut. Berpinar jugaklah mata menghadap komputer dan dokumen dari pagi tak berhenti. Terdapat beberapa dokumen yang perlu dia teliti sebelum memberi kelulusan. Setelah yakin semuanya sempurna dan berpuas hati dengan hasil anak buahnya, barulah dia menurunkan tandatangan.

Jam didinding dikerling. Lagi lima minit sahaja jam akan menganjak ke pukul satu. Sudah masuk waktu makan tengah hari. Terus sahaja telefon bimbit dicapai.

**********

Iris Medina masih khusyuk menyiapkan penyata kewangan yang perlu dihantar ke ketua bahagian. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan terdapat satu pesanan ringkas masuk. Dia tersenyum apabila melihat nama penghantar.

Tengku Rayyan Mikael ~

Awak, jom lunch sama-sama.

Iris Medina ~

Okay, jom. Saya siap-siap kejap.

Tengku Rayyan Mikael ~

Saya tunggu dekat lobi. See you.

Tangkas sahaja Iris Medina mengemas meja kerjanya. Setelah yakin semuanya kemas dan teratur, beg tangannya dicapai lalu laju sahaja kakinya melangkah turun ke lobi.

Setibanya Iris Medina di lobi, kelihatan Tengku Rayyan Mikael sudah menanti. Penampilan Tengku Rayyan Mikael yang lebih santai itu ditelek atas bawah. Baju kemeja yang pagi tadi elok je berkancing sudah disinsing hingga ke siku.

"Awak~" sapa Iris Medina sambil tersenyum.

Melihat sahaja kelibat Iris Medina, automatik Tengku Rayyan Mikael juga tersenyum. Macam virus pula, berjangkit-jangkit.

"Jom. Saya teringin makan Sushi. Awak okay?" tanya Tengku Rayyan Mikael sambil melangkah beriringan ke keretanya.

"Okay je. Tak kisah mana-mana."

"Alright, let's go!"

Iris Medina hanya tersenyum. 'Ceria betul!'

**********

"Awak, saya tak ada minggu ni. Ada site visit dekat Penang." Tengku Rayyan Mikael mulakan cerita sambil tangan tidak berhenti menyuap sushi ke dalam mulut.

"Oh, awak gerak bila? Naik kereta office?" tanya Iris Medina.

"Saya gerak Khamis, Ahad balik sini. Saya naik flight. Malas nak duduk dalam kereta berjam-jam. Kalau awak ada lain la." Perlahan sahaja suara Tengku Rayyan Mikael di hujung ayat.

Tengku PlayboyWhere stories live. Discover now