❤ 8 ❤

1.6K 23 1
                                    

Iris Medina's POV

Sekelip mata aku dah jadi isteri orang. Isteri Tengku Rayyan Mikael pulak tu. Tak pernah terlintas langsung dalam benak fikiran aku yang akan berkahwin dengan kerabat Tengku. Tak tahu la nak anggap ni rezeki ke bala? Kalau Tengku lain, rezeki la kot. Tapi dapat si Tengku Rayyan Mikael macam lebih kepada bala je. Pening kepala otak aku. Kahwin kontrak? Sah lah manusia bernama Tengku Rayyan Mikael ni gila. Fikir ni drama pukul 7 ke, kahwin kontrak segala bagai. Kalau tak dikenangkan yang aku ni memang perlukan duit, takdenya aku nak terima lamaran kerabat Tengku tu. Tak apa la. Yang penting, duit dah ada nak operate buah pinggang ayah.

Setelah selesai majlis resepsi, aku terus berlalu ke bilik hotel untuk berehat.

"Ya Allah, penat nya kahwin ni. Sakit satu badan aku." Masuk je dalam bilik, terus mata ternampak katil King. Bapak besar. Aku pon apa lagi, terus serang la.

"Empuknya tilam. Ni kalau aku tidur, memang gone sampai esok." Aku pejamkan mata menikmati keenakan tilam empuk hotel. Tapi bila memikirkan badan ramping aku masih tersarung gaun pengantin dan wajah putih mulus masih belum dibuang makeup, hajatku untuk beradu perlu ditangguh sebentar.

"Kau tunggu aku bersiap jap. Sat lagi aku datang belai kau balik eh" Tilam katil aku gosok-gosok sebelum berlalu ke arah meja solek.

Perlahan-lahan makeup aku buang menggunakan makeup remover. Dah jadi rutin. Malas macam mana pon rutin wajah takkan pernah aku tinggalkan. Aku akan pastikan wajah aku bersih sebelum tidur. Sebab tu lah wajah aku bersih dan cantik tanpa sebarang jerawat atau parut (Cewah masuk bakul angkat sendiri). Selesai sahaja buang makeup, aku beralih pula ke selendang yang terbelit di kepala. Satu-satu jarum peniti dicabut tanpa ingin merosakkan selendang majlis resepsi dan akhirnya mahkota indah milikku pon bebas mengurai hingga ke pinggang. Lega rasa dapat buka selendang selepas satu hari kepala ni bertutup je. Baru la rambut aku ni dapat bernafas sikit.

Okay now. The hardest part. Buka zip gaun. Aduh, macam mana aku nak buka ni? Selalu mesti minta ibu yang tolong.

Berkali-kali jugak aku cuba buka zip, tak lepas-lepas. Dari duduk, bangun, tertonggeng, melutut. Semua tak lepas. Eee, dasar tangan pendek laa kau ni Iris Medina. Nak buka zip gaun sendiri pon tak lepas. Ahhh... Ibu, tolonglah Iris. Call ibu la minta tolong buka kan gaun ni.

Tiba-tiba badan belakang aku sejuk terdedah. Terus kepala aku angkat memandang ke arah cermin dihadapan aku. Mata tu. Mata yang sama berjaya buat aku terbuai sekejap lepas akad nikah tadi. Ya, mata Encik Suami la. Siapa lagi. Takkan nak angau mata lelaki lain. Even aku tak suka, tak ada perasaan pon dekat Encik Suami, tapi dia tetap suami aku. Kena hormat Iris.

Bila masa pula dia ni masuk bilik? Tak perasan pon. Tak dengar pon dia ketuk pintu ke apa. Main masuk je kan dia ni. Nasib baik aku berbaju lagi. Kalau dibuatnya aku berbikini je? Tak memasal buat free show pulak malam ni.

"Ehh, bila masa awak masuk bilik? Saya tak dengar pon awak ketuk pintu."

"Aku nak masuk bilik aku sendiri pon kena ketuk pintu ke?" balas Tengku Rayyan Mikael aka Encik Suami.

"Yelah. Kalau dibuatnya saya tak pakai baju tadi macam mana? Awak saja nak ambil kesempatan kan" muka selamba Encik Suami aku jeling. Muka tak bersalah langsung.

Tiba-tiba Tengku Rayyan Mikael mendekati aku dengan perlahan. Hingga la hidung berlaga hidung. Matanya tajam menusuk ke mata aku. Bau cologne milik Tengku Rayyan Mikael kuat menyengat ke dalam hidung. Haih... Wanginya laa bau.

'Aipp. Wakeup Iris Medina. Wakeup. Jangan hanyut.'

Aku memberanikan diri untuk membalas pandangan Tengku Rayyan Mikael. Haih... Ya Tuhan, kuatkan lah aku.

"Kalau kau tak pakai baju pon kenapa? Ada masalah ke? Kau lupa ke kau tu isteri aku?" kata Tengku Rayyan Mikael. Cakap pon macam nak goda. Eeee menci !

"Awak jangan nak lebih-lebih eh. Ingat sikit, kita kahwin kontrak for 1 year only. Then, kita bawa haluan masing-masing. Awak tak suka saya, saya tak suka awak. So, jangan nak macam-macam." balas aku berani. Berani? Luaran jelah. Dalam, kecut perut seyy. Dengan kena tenung macam nak kena makan je. Ibu.... Tolong Iris. Huhu..

"Memang kita kahwin kontrak pon. Tapi, aku tak cakap pon aku tak boleh sentuh kau ke apa kan?" Saat itu, aku dah terkedu. Ahhhh bodoh kau Iris. Tak baca kontrak tu betul-betul. Patotnya kau kena tambah 1 lagi rules, yang tak boleh sentuh each other.

Saat aku ingat balik kebodohan diri sendiri, tetiba pinggang aku dirangkul kemas Tengku Rayyan Mikael. Kejung badan aku terus. Baru je kepala ku angkat nak maki Encik Suami sebab sedap-sedap dia je peluk aku, mata aku terpaku, lidah aku kelu. Lembut pipiku dielus, rambutku yang panjang diselit ke belakang telinga. Bahu ku yang terdedah separuh itu dicium lembut. Sikit-sikit, sampai la ke telinga sambil zip gaun aku yang sudah separuh terbuka itu ditarik habis. Mata aku pejam. Bodoh Iris, respon la. Kau patotnya marah dia buat kau macam ni. Bukannya diam.

"Heh, kau ingat aku berselera ke tengok kau? Kalau kau bogel sekalipon, takde maknanya aku nak tergoda. Kau kena sematkan dalam kepala otak kau tu. Yang sampai bila-bila pon, kau tu tak layak untuk aku." bisik Tengku Rayyan Mikael ke telinga aku.

Pedas, pedih, perit. Itu yang aku rasa. Sampai macam tu sekali aku dihina. Tapi muka aku buat biasa je. Bagai tak terusik dengan hinaan tadi.

Terus kepala ku dongak menghadap Encik Suami. Matanya ku tatap dalam.

"Awak jangan risau. Saya tahu semua tu. Saya ingat. Tapi, jangan sampai kata-kata awak tu makan diri awak sendiri."

Aku terus berlalu ke bilik air untuk mandi, meninggalkan Tengku Rayyan Mikael sorang-sorang depan meja solek.

'Haih, kemain tajam eh bahasa Tengku Rayyan Mikael ni. It's okay Iris Medina. Setahun je kau kena bertahan.'

**********

Tengku Rayyan Mikael's POV

Langkah Iris Medina aku hantar hinggalah tubuh badan ramping itu hilang ke dalam bilik air. Aku mengeluh. Aku berlalu ke balkoni hotel. Tiba-tiba panas pulak rasa.

Tak sangka, aku dah kahwin. Dengan perempuan biasa. Staff papa pulak tu. Tak pernah terfikir langsung. Kalau orang kata Tengku Rayyan Mikael, mesti akan terfikir gadis-gadis seksi yang akan ada di sisi. Sekali dapat, bertudung, bertutup litup. Langsung tak kena dengan lifestyle aku.

Aku teringat kembali saat aku baru je masuk dalam bilik tadi. Fuhh, berderau darah aku. First time tengok Iris tak bertudung. Rambut dia yang ikal mayang panjang paras pinggang tu aku pandang tak lepas. Boleh tahan cantik jugak Iris kalau free hair. Kemudian, Iris selak rambut panjangnya ke tepi.

Jackpot!

Those white neck. How I wish I can kiss and lick those delicious neck. Ternaik Junior aku.

Baru je aku nak berkhayal macam-macam benda yang aku boleh buat dengan isteri aku tu (dah halal kan), aku nampak isteri aku tu macam cacing kepanasan. Dari duduk, bangun, siap tertonggeng bagai. Rupanya nak buza zip gaun pengantin. Tangan pendek rupanya minah ni.

Kaki aku pulak, ringan je melangkah. Tahu-tahu dah depan Iris. Tapi pelik, minah ni sibuk galit nak buka zip gaun. Tak nampak aku ke?

Waktu Iris membelakangkan aku, aku terus capai zip gaun dia. Baru separuh jalan, Iris tersentak. Terus kepala ku angkat memandang ke arah cermin.

Those eyes...

Mataku pejam. Teringat pula leher Iris Medina yang aku cium. Aku sendiri tak tahu apa yang menghasut sampai aku berani buat macam tu dekat dia. Mata dia, bau dia, leher dia. Betul-betul menggugat iman aku sebagai lelaki. Tapi takkan aku nak mengalah macam tu je. Aku dah janji takkan jatuh cinta dengan dia. No, aku takkan kalah.

'Heh, kau ingat aku berselera ke tengok kau? Kalau kau bogel sekalipon, takde maknanya aku nak tergoda. Kau kena sematkan dalam kepala otak kau tu. Yang sampai bila-bila pon, kau tu tak layak untuk aku.' Maka keluarkah ayat-ayat bodoh daripada seorang Tengku Rayyan Mikael, hanya satu sebab.

EGO. 

Tengku PlayboyWhere stories live. Discover now