❤ 11 ❤

1.6K 17 0
                                    

Masing-masing mendiamkan diri. Yang seorang fokus memandu. Yang seorang lagi termenung pandang keluar tingkap, tak tahu kemana destinasi yang dituju. Tapi, perut dah bergendang ni. Tak makan lagi.

"Kita nak makan dekat mana ni? Jauh ke? Lambat lagi ke nak sampai? Saya dah lapar ni." Tak tahan lagi, Iris Medina bersuara.

"Diam boleh tak? Ikut je la aku nak pergi mana." Balas Tengku Rayyan Mikael dingin.

"Iya, tapi at least beritahulah nak makan dekat mana. Saya dah lapar tau. Kerja pon banyak lagi tertangguh dekat office tu."

Sebenarnya Tengku Rayyan Mikael sendiri tak tahu hendak kemana. In fact, dia sendiri tak tahu apa yang dia dah buat. Dia turun ke kafe untuk makan tengah hari. Kemudian, dia nampak Tengku Syakir dengan Iris Medina berbual. Tahu-tahu sekarang dia dah ada dalam kereta berdua dengan Iris Medina. 'Apalah yang kau buat ni Rayyan. Bodoh-bodoh je kau tarik tangan perempuan ni. Lepas tu tak tau nak kemana.'

"Tengku Rayyan Mikael. Saya tanya ni." Iris medina bersuara lagi apabila Tengku Rayyan Mikael masih tak jawab soalan dia. Mengelamun ke apa.

"Aku tak tahu."

"Haaa!!! Tak tahu?? Awak tarik saya tadi, awak yang drive, lepastu awak cakap awak tak tahu?" ternaik suara Iris Medina seoktaf. Iris Medina ni memang jarang marah, kecuali waktu dia lapar. Time dia lapar, janganlah cari pasal. Orang kata, jangan kejut harimau yang tengah tidur. Takut nanti kena ngap. Haa sekarang ni, memang dia rasa nak ngap je Si Tengku seorang ni.

"Ya, aku tak tahu. Kau pekak ke?" balas Tengku Rayyan Mikael mudah.

"Kalau tak tahu, kenapa awak tarik saya tadi? Baik saya makan dekat kafe office je."

"Eh, suka hati aku lah." Balas Tengku Rayyan Mikael tak nak kalah. Padahal dah tahu dia salah.

'Kecik besar kecik besar je lah aku tengok mangkuk ayun ni. Sabar Iris sabar. Suami tu. Apa apa pon dia masih suami kau. Kena hormat. Kena sabar.' Terus kepala ditala keluar tingkap. Malas nak menghadap Tengku Rayyan Mikael tu. Jawapan semua buat sakit hati je.

'Dah senyap pulak minah tadi? Tadi bukan main bising.' Tengku Rayyan Mikael toleh memandang sekejap kearah Iris Medina sebelum matanya difokuskan pada pemanduan.

**********

Setelah hampir empat puluh lima minit memandu, akhirnya mereka sampai disatu restoran mewah. Kalau dah namanya Tengku Rayyan Mikael, memang tempat-tempat mewah jelah dia pergi. Susah nak jumpa makanan yang betul-betul kena dengan tekak dia.

Masuk sahaja kedalam restoran, Tengku Rayyan Mikael dan Iris Medina memesan makanan masing-masing. Sampai sahaja makanan, mereka pon menjamu selera.

Laju sahaja Iris Medina menghabiskan makanannya. Makanan Tengku Rayyan Mikael masih berbaki separuh.

"Jangan nak gelojoh sangat boleh tak?" tegur Tengku Rayyan Mikael.

"Mana ada gelojoh. Biasa je. Macam nilah saya makan. Ini pon kalau ikutkan, lagi laju saya nak makan." Balas Iris Medina pula.

"Laju-laju nak pergi mana? Kerja kat office tu takkan habis pon. Beria sangat lah nak tunjuk diri tu perform."

Panas telinga Iris Medina dengar. Sabar Iris sabar.

"Ini bukan soal perform tak perform Tengku Rayyan Mikael. Ini soal tanggungjawab dan amanah. Lagipun sekarang ni dah pukul dua setengah tau. Ikutkan dah habis waktu lunch. Nak kejar solat lagi. Saya ni staff biasa je. Bukannya bos besar macam awak. Boleh suka hati bila nak masuk bila nak keluar."

Tengku PlayboyWhere stories live. Discover now