❤ 16 ❤

1.5K 25 0
                                    

Iris Medina sedang mengemas barang-barang basah yang baru sahaja dia beli di pasar tadi. Banyak betul barang yang dia beli. Tak tahu lah muat atau tidak dalam peti sejuk. Semua salah Tengku Rayyan Mikael. Semua jenis binatang dia nak beli. Ikan, ayam, udang, sotong, daging. Ikan pula macam-macam jenis ikan dia ambil. Belum masuk lagi bab sayur.

~ Flashback ~

"Ikan kembung ni 2 kilo bang."

"Ayam 2 ekor ya."

"Bagi saya daging 1 kilo. Nak yang lembut ya. Yang liat saya tak nak."

"Macam teringin nak makan udang buttermilk. Nanti masakkan. Saya beli 4 kilo."

"Sotong ni buat celup tepung pon sedap kan."

"Segarnya sayur ni. Sayur apa ni aunty? Bagi saya seikat. Sayur tu jugak. Dengan tu, tu dan yang tu."

Iris Medina terpinga-pinga melihat Tengku Rayyan Mikael yang sakan shopping. Ni nak masak buat makan hari-hari ke nak buat kenduri. Kemain banyaknya. Entah muat ke tak bonet kereta. Nanti yang kena kemas semua lauk ni aku jugak.

"Awak, sudah lah tu. Banyak dah beli ni. Bonet kereta saya kecik je. Nanti tak muat." Iris Medina bersuara.

"Banyak? Banyak eh?" Plastik bahan basah ditangan dipandang kejap.

"Ya Tengku Rayyan Mikael. Dah banyak. Ni, awak beli sayur banyak-banyak. Nanti layu je dalam fridge."

"Oh, ye ke? Saya tak tahu. Saya tengok murah, saya beli je." Jawab Tengku Rayyan Mikael polos.

"Dah la. Jom kita balik. Dah pukul berapa ni. Nak balik, nak masak lagi. Kesian mama papa sampai makanan tak siap lagi." Kata Iris Medina dan terus berlalu ke arah keretanya. Tengku Rayyan Mikael hanya membontoti langkah Iris Medina.

Setibanya di parking,

"Barang ni awak asingkan. Bahan basah masuk dalam besen hitam. Sayur masuk dalam besen kelabu. Barang kering, cili-cili letak dekat bawah seat passenger je."

Iris Medina memusingkan badan, namun langsung tiada kelibat Tengku Rayyan Mikael.

"Eh, mana dia ni? Aku cakap sorang-sorang la dari tadi."

Iris Medina tercari-cari Tengku Rayyan Mikael. Baru sahaja Iris Medina mengeluarkan telefon bimbitnya, Tengku Rayyan Mikael pon datang sambil tercungap-cungap.

"Awak pergi mana?"

Tengku Rayyan Mikael hanya menunjukkan plastik ditangannya sambil tersengih menunjukkan semua giginya atas bawah. Terdapat banyak jenis buah-buahan yang dibelinya. Iris Medina sudah tepuk dahi. Inilah orang kaya. Membeli tak ingat dunia. Nanti tak habis, membusuk je buah-buah ni semua. Membazir.

Iris Medina malas ingin melayan. Terus sahaja plastik ditangan Tengku Rayyan Mikael dicapai. Setelah pasti semuanya kemas, mereka berdua pon masuk ke dalam kereta.

"Nasib baik muat dalam bonet." Omel Iris Medina perlahan.

"Lepas ni kita pergi pasar bawak kereta saya. Bonet besar. Senang." Balas Tengku Rayyan Mikael tiba-tiba.

'Eh, dia dengar ke? Dia nak ikut pergi pasar lagi ke?'

~ Flashback tamat ~

Iris Medina mengeluh. 'Dia yang kemain shopping tak ingat dunia, kita yang kena kemas semua'.

Tengku Rayyan Mikael yang sedang berehat di ruang tamu dipandang tajam.

'Tengoklah tu. Seronok ya goyang kaki. Bukannya nak tolong.'

Tengku PlayboyWhere stories live. Discover now