❤ 27 ❤

1.5K 36 6
                                    

Hari demi hari. Hubungan Iris Medina dan Tengku Rayyan Mikael makin dingin. Sejak kejadian tempoh hari, Iris Medina semakin dingin dengan Tengku Rayyan Mikael.

Tengku Rayyan Mikael buntu. Tak tahu apa yang dia perlu lakukan untuk mendapatkan kepercayaan Iris Medina semula. Dia tahu dia salah. Dan dia tahu dialah yang perlu pulihkan semula hubungan mereka berdua. Dia tidak mahu Iris Medina terus-menerus dingin dengannya.

Walapun begitu, tanggungjawab Iris Medina sebagai seorang isteri tidak pernah dia ketepikan. Setiap hari, Iris Medina masih masakkan makanan untuk Tengku Rayyan Mikael. Tapi, tak ada satu pon yang dijamahnya. Selesai masak, dia terus masuk ke dalam bilik.

Sebab kan hal ini, lagi membuatkan Tengku Rayyan Mikael berasa semakin serba salah.

Tengku Rayyan Mikael memandang ke luar cermin melihat suasana ibu kota yang sentiasa sesak dengan orang ramai yang mencari rezeki.

Lamunan Tengku Rayyan Mikael terhenti apabila mendengar ketukan pintu meminta kebenaran untuk masuk ke dalam biliknya.

Tengku Syakir masuk ke dalam bilik Tengku Rayyan Mikael setelah mendapat kebenaran.

Dokumen ditangan ditolak perlahan kearah Tengku Rayyan Mikael.

"Ni dokumen yang kau minta tadi." Tengku Syakir berdiri agak lama dihadapan Tengku Rayyan Mikael. Tengku Rayyan Mikael seperti tidak menghiraukan kedatangannya. Dia asyik dalam lamunannya.

Tengku Syakir mengeluh perlahan lalu tersenyum kecil sebelum berlalu keluar. 'Eloklah tu dua-dua kuat termenung.'

**********

"Iris, kau kenapa? Tak sihat ke?" tanya Su tiba-tiba.

Iris Medina mengangkat kepala. Sekarang ada 3 pasang mata yang memandangnya tajam.

"Sihat je. Kenapa?" balas Iris Medina pendek.

"Ye ke? Akak tengok kau banyak termenung je. Makan pon selalu sangat tak habis. Tak ada selera ke?" tanya Kak Nita pula.

"Kenapa? Ada isi ke?" tanya Liza pula. Bersinar-sinar matanya dengan Su mengharapkan berita baik dari Iris Medina.

"Apa kau ni Liza. Isi lemak adalah. Haha. Tak ada apa. Saya okay je Kak Nita. Jangan risau ya. Ni pon, kita nak pergi makan. Saya makan banyak-banyak ye." Balas Iris Medina pula.

Ketika mereka berempat sedang berjalan menuju ke kafe pejabat, langkah mereka terhenti.

"Hai. Nak pergi makan ke?" tanya Tengku Syakir.

"Haah. Nak pergi kafe. Tengku nak join?" tanya Kak Nita.

"Oh, tak apa. By the way, boleh tak saya nak pinjam Iris sekejap. Ada hal sikit." Tanya Tengku Syakir. Su, Kak Nita dan Liza berpandangan.

"Okaylah. Kitorang tunggu dekat kafe ya." Iris Medina hanya menganggukkan kepala. Perhatian diberikan kepada sepupu suaminya itu.

"Ada apa awak cari saya?" tanya Iris Medina.

"Awak okay?"

"Alhamdulillah. Saya okay."

"Awak dengan Rayyan okay?"

Iris Medina terdiam lalu tersenyum kecil.

"Kami berdua okay."

"Saya tengok Rayyan sekarang dah lain. Tak macam dulu."

Iris Medina menjadi berminat ingin tahu.

"Lain yang macam mana tu?"

"Rayyan sekarang banyak termenung. Tadi, saya masuk bilik dia hantar dokumen pon dia buat saya macam tak wujud je."

Tengku PlayboyWhere stories live. Discover now