❤ 9 ❤

1.6K 19 0
                                    

"So, plan nak honeymoon dekat mana?" tanya Tengku Afzan. Tengku Rayyan Mikael dan Iris Medina baru sahaja pulang ke rumah Tengku Afzan. Ketika itu mereka sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh Tengku Sofia. Itu salah satu rutin harian yang ada pada Tengku Sofia. Walaupun berpangkat Tengku, dia tetap akan pastikan suami dan anaknya makan makanan hasil daripada air tangannya sendiri. Sebab itu lah Tengku Afzan sayang sangat dengan Tengku Sofia. Orang kata nak pikat suami, kena pikat perutnya dulu.

"Kena honeymoon ke?" tanya Tengku Rayyan Mikael selamba mendapat jelingan maut dari kedua ibu bapanya.

"Kena lah honeymoon, Rayyan. Both of you baru je kahwin. Kenal pon tak. So, boleh kenal dengan lebih rapat lagi. Betul tak bang." kata Tengku Sofia pula, tidak senang dengan sikap sambil lewa anaknya. Dan pernyataannya itu mendapat sokongan daripada Tengku Afzan.

"Rayyan busy la. Banyak kerja dekat office tu tertangguh. Papa pon tahu kan, Rayyan baru je take over company. Banyak benda Rayyan kena belajar. Papa jugak yang nak Rayyan give full commitment to the company, right? And Rayyan rasa, Iris punya kerja pon dah bertimbun dekat office." balas Tengku Rayyan Mikael membela diri sambil memandang Iris Medina. 'Tolonglah minah ni bagi kerjasama. Tak hingin aku pergi honeymoon dengan perempuan kampung ni.'

"Betul tu pa, ma. Iris pon banyak kerja dekat office tu. Nanti-nanti je la bila kami free baru pergi. Tapi, bukan sekarang kot." balas Iris Medina pula. Serba salah dia apabila melihat wajah kedua ibu bapa mertuanya. Tapi, nak buat macam mana? Dia memang banyak kerja dekat office. Bukan sekadar alasan. Lagipun, memang tak kuasa la dia nak berhoneymoon bagai dengan Si Buaya Darat tu.

"Kalau Iris dengan Rayyan dah kata macam tu, takpe lah. Papa dengan mama tak paksa. Tapi, nanti dah free, nak pergi honeymoon. Bagitahu papa. Papa sponsor. Sebagai hadiah perkahwinan kamu berdua."

"InsyaAllah pa." Balas Iris Medina lembut.

"Btw pa, ma. Petang ni Rayyan balik rumah Rayyan ya."

"La, kenapa awal sangat kamu nak balik sana? Duduk la dulu dengan mama papa seminggu dua. Mama tak puas lagi nak berkenalan dengan Iris." rungut Tengku Sofia. Dia masih belum berkesempatan untuk berkenalan dengan Iris Medina dengan lebih dekat. Sebelum ni, dia hanya kenal melalui suaminya sahaja. Dan ya, memang apa yang dikatakan suaminya semua betul. Manakan tidak, baru pertama kali jumpa hatinya sudah terpikat dengan budi pekerti Iris Medina.

"Dah lama sangat la Rayyan tinggalkan rumah Rayyan tu. Lagipun Rayyan rasa Rayyan nak belajar berdikari. Hidup berdua dengan isteri Rayyan, jadi lebih bertanggungjawab." pujuk Tengku Rayyan Mikael. Padahal, dia berbuat keputusan sedemikian kerana ingin hidup bebas. Susahlah hidup dekat rumah orang tua dia. Aktiviti malamnya menjadi terhad.

"Betul la apa kata Rayyan tu. Biar lah dorang berdua belajar hidup berdua suami isteri. Susah senang sama-sama. Nanti, kalau rindu suruh je Rayyan dengan Iris datang ke sini. Tak ada masalah pon kan." Dalam hal ni Tengku Afzan sependapat dengan anak tunggalnya itu. Tengku Sofia sudah cemberut tarik muka kerana tidak dibela.

"Mama jangan risau. Rajin-rajin, Rayyan dengan Iris datang sini. Jenguk mama dengan papa." pujuk Tengku Rayyan Mikael pula.

"Okay. Mama izinkan. Tapi, Rayyan kena janji dengan mama. Kena datang sini, bawa Iris jenguk mama dengan papa tau. Iris, jangan lupa ingatkan sikit si Rayyan ni. Kalau tak diingatkan, sebulan sekali pon susah nak nampak batang hidung. Busy memanjang."

"InsyaAllah ma."

**********

Setibanya mereka di penthouse, Iris Medina terkesima melihat kecantikan susun atur rumah kerabat Tengku aka suaminya itu. Rumah yang berkonsepkan English minimalist sangat cantik dimata Iris. Langkah diatur ke arah balkoni rumah. 'Cantiknyaaaaaaa' kata Iris Medina teruja. Dapat dilihatnya pemandangan kota raya Kuala Lumpur. 'Kalau malam-malam mesti cantikkan pemandangan kat sini. Ada la port lepak nanti. Hihihi.'

Iris Medina melangkah masuk ke dalam rumah semula. Tengku Rayyan Mikael yang sedang main phone itu dipandangnya lama.

'Dia ni memang nak biar aku berdiri macam tunggul ke kat sini? Tak nak tunjuk mana bilik aku ke? Dasar tak reti layan tetamu langsung. Eh tapi aku ni isteri dia, kena layan macam tetamu ke? Ahhh lantak lah.'

"Ehem." Iris Medina berdehem. Tengku Rayyan Mikael langsung tak heran.

"Bilik saya dekat mana?" tanya Iris Medina lepas tidak diendahkan oleh Tengku Rayyan Mikael.

"Atas, kanan."

Baru sahaja Iris Medina ingin melangkah ke bilik barunya, dia dipanggil oleh Tengku Rayyan Mikael.

"Duduk."

Iris Medina akur. Walaupun menyampah, still kena hormat suami kan.

"Mulai harini, kita buat hal masinhg-masing. Aku buat hal aku. Kau buat hal kau. Aku takkan masuk campur dalam hal kau, kau pon takkan masuk campur dalam hal aku. Faham? And make sure, kau jangan pandai-pandai nak menyampai dekat mama dengan papa ya. Kalau aku dapat tahu kau menyampai, kau siap eh. Sedar sikit kedudukan kau." Kata Tengku Rayyan Mikael pedas ditelinga Iris Medina.

"Ya saya tahu, saya ingat, saya faham. Saya tak bodoh. Tengku jangan risau, saya takkan masuk campur pon dengan urusan Tengku. Saya sedar kedudukan saya. Tak payah la Tengku nak ingatkan saya banyak kali. Saya belum pelupa lagi. Alhamdulillah ingatan saya masih kuat."

"Kalau kau sedar baguslah." Terus sahaja Tengku Rayyan Mikael berlalu keluar dari rumah. Langkah Tengku Rayyan Mikael dipandang lama oleh Iris Medina.

'Apalah yang diagungkan sangat pangkat Tengku tu? Bukan boleh bawak masuk kubur pon.'

Malas nak layan, Iris Medina terus menarik bagasi nya ke bilik yang telah 'ditunjuk' oleh Tengku Rayyan Mikael tadi.

**********

Selesai sahaja mengemas bagasinya, Iris Medina terbaring kepenatan diatas katil empuk baru miliknya.

"Fuhh penat. Lama tak mengemas bilik."

Krukkk~~

"Lapar la pulak. Nak order ke masak eh? Masak lah. Dapur pon tak masuk lagi."

Walaupun penat, digagahkan jugak kaki melangkah ke dapur bagi mengisi perutnya yang sudah berdangdut tu.

Masuk sahaja didapur. Kabinet atas, kosong. Kabinet bawah, kosong. Peti ais, kosong.

"Kosong semua? Seriuslah mamat ni langsung tak masak? Takkan maggi pon tak simpan. Dah tu macam mana nak masak kalau bahan basah semua tak ada. Haih, kena order la ni. Esok kena beli bahan basah ni."

**********

"So amacam? Dah jadi suami orang ni? Best tak?" tanya Karl kepada Tengku Rayyan Mikael. Macam biasa lah, rutin malam seorang Tengku Rayyan Mikael. 

"Biasa je." balas Tengku Rayyan Mikael acuh tak acuh je. 

"Biasa je? Seriouslah. Malam malam dah ada peneman, dapat belaian manja pon biasa je?" balas Shawn pula.

"Belaian manja apanya. Aku dengan dia bukan tidur sekali pon. Tak hingin aku tidur sebilik dengan perempuan kampung macam tu."

 "Tak tidur sekali? Aku tengok isteri kau bukan main lawa lagi. Takkan tak merasa lagi kot? Rugi, rugi." Shawn pandang Karl, Karl pandang Shawn. Tak dapat disangkal, isteri kawan mereka tu memang cantik. Mereka juga tak sangka yang Iris Medina secantik itu sewaktu mereka menghadiri majlis resepsi Tengku Rayyan Mikael.

"Cantik je tak guna kalau mata duitan." 

"Mungkin she really need that money. We don't know kan." kata Shawn bersangka baik.

"Pfft. Perempuan semua sama je lah. Dorang nak duit je. Tudung tu semua lakonan je lebih."

"Okay! Okay! Kita datang sini nak chill, enjoy. Bukan nak marah-marah. Jom, Awek-awek dah menanti abang nak beraksi ni." kata Karl lalu melangkah ke tengah kelab untuk menari diikut Shawn dan Tengku Rayyan Mikael.


Tengku PlayboyKde žijí příběhy. Začni objevovat