"Tapi kalau bukan sebab aku, Mahmad tak akan..."

"Cukup, Hans. Bersyukurlah yang kita tidak ada dalam radar Liam. Jangan fikirkan yang lampau. Kita fokus sahaja terhadap apa yang akan berlaku." Potong Ryia, rimas. "Aku... Aku rasa syukur sangat sebab sayap Raeya warna kelabu, bukan emas seperti aku. Tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan jadi, aku fikir, aku akan hantar Raeya rumah abang saudara aku."

"Asher?" Suara Nicholas tiba-tiba mencelah.

Kedua-dua pemuda yang sedari tadi berbual seperti dalam dunia sendiri tersentak di tempat masing-masing. Kus semangat, mahu tercabut jantung. Tak sedar pula ada orang lain bersama mereka.

"Ya, Nik." Jawab Ryia. "Asher." 

Nicholas bergerak ke arah kaunter dengan sebekas dagger di tangan. Dia meletakkan bekas tersebut ke atas kaunter dan memalingkan diri ke arah Ryia yang berada di belakangnya. "Hm, okeylah tu. Asher tu kawan baik aku dan aku sendiri yang kenalkan kau dekat Arabella. Aku percayakan dia. Dan Arabella mesti percayakan dia juga. Anak kau akan berada di bawah jagaan orang yang berkaliber." Katanya yakin.

"Tapi aku tak tanya Aleida lagi. Aku tahu mereka tiada anak. Aku takut gaya aku macam nak buang anak je. Kesian pula mereka harus jaga Raeya." Tutur Ryia pula, serba salah.

"Alah, macam kau tak akan lawat anak kau tu. Sementara aman damai ni, Arabella boleh tengokkan anak kau tu dulu. Aku tahu tugas kau dekat Aves Dale lebih mustahak sekarang ini." Laju Nicholas membidas.

"Betul." Setuju Hans. "Aves Dale perlukan pembangunan dan struktur ekonomi yang kukuh sebelum kita boleh mengumpulkan manusia-manusia bersayap emas dan perak di situ. Naga-naga pun kau dah sorokkan dekat situ, tak akanlah manusia tak boleh. Kau kan sekarang ni dikenali sebagai Lord Ryia." Sambungnya pula sambil menjongketkan kening berkali-kali bersama senyuman nakal.

Wajah Ryia memerah tanda malu. "Ish, diamlah kau."

"Oh, Lord Ryia. Bless us with your wisdom and guidance. For you are, the man who bestow us this blessing, bestowing the great Aves Dale as our shelter and safe haven." Hans berbicara dalam nada mengejek. Dia siap menggayakan tangan seperti seorang hamba yang menginginkan restu dari seorang raja. 

Pang!

Satu spanar terpelanting ke dahi Hans. "Aduh!" Adu Hans dengan kuat, menggosok dahinya laju-laju. "Weh, benjol aku nanti!"

"Biar benjol. Ada aku kisah?" Marah Ryia, menyampah. "Nasib baik aku tak bakar kau. Aku baru belajar teras api ni, sedar diri sikit yang kau sedang berhadapan dengan seorang pyromancer." 

"Eleh, transisi kau daripada healer kepada pyromancer tu macam siput. Lembap!" Marah Hans semula. Dia mengambil spanar yang sudah jatuh ke atas lantai itu untuk dibaling pada Ryia semula.

Dalam kesempatan itu, Nicholas menangkap balingan itu. Kedua-dua pemuda tersebut tersentak dengan kejadian itu sebelum masing-masing tersenyum serba-salah.

"Dia tu dah kuasai job healer, sebab tu dia kerja jadi pyromancer pula. Kau tu dari awal uni sampai sekarang masih belum kuasai job kau sebagai planetary mage. Macam mana nak berjaya?" Nicholas memulangkan paku buah keras pada Hans.

Hans menggosok kepalanya sambil tersengih. Alamak, dia pula kena balik!

Ryia berdiri di tempatnya dan memerhatikan setiap inci tongkat sakti yang baru sahaja diciptanya itu. Selepas berpuas hati, dia mengangguk sekali dan tersenyum. Kemudian, barulah dia menghulurkan tongkat sakti tersebut pada Nicholas.

"Terima kasih." Ucap Nicholas, menyambut huluran tersebut. Dia kembali ke bahagian belakang bengkel untuk menggilap kayu tongkat sakti tersebut.

Ryia meregang-regangkan tubuhnya setelah lama duduk di atas kerusi. Hans yang sedari tadi berada di hadapan kaunter sekadar memerhati.

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now